Logo KBBA

Zakat Simpanan : Wajib Ke Tidak Menunaikannya?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca! Diharapkan kalian semua baik-baik sahaja menghadapi wabak ini. Anyway.... Ramai tak yang tahu pasal Zakat Simpanan? Satu topik yang cukup menarik untuk syira ulaskan di sini.

Wajib ke tidak bagi kita menunaikan zakat simpanan? Zakat simpanan ditentukan berdasarkan dua syarat. Apakah syaratnya? Syarat-syarat wajib Zakat Simpanan adalah:

i. Cukup nisab
Bersamaan nilai simpanan berjumlah RM85 gram emas mengikut harga pasaran semasa

ii. Cukup haul
Cukup tempoh setahun simpanan

"Tiada wajib atas engkau sesuatu (pada emas) sehingga engkau memiliki 20 dinar (bersamaan 85 gram). Apabila ada pada engkau 20 dinar dan cukup haul, maka wajiblah zakat padanya 1/2 dinar (2.5%) Maka jika lebih dari 20 dinar, hendaklah dihisab menurut lebihannya itu 2.5% daripada keseluruhannya.” (Riwayat Abu Daud)

Zakat simpanan wajib dikenakan sekiranya memenuhi syarat wajib seperti di atas. Tak kira peringkat umur termasuk kanak-kanak, jika sekiranya cukup nisab, wajib ditunaikan zakat simpanan.

Macam mana nak tentukan kadar nisab? Kadar nisab perlu dirujuk di pejabat zakat masing-masing atau layarilah website pejabat zakat negeri. Ini kerana kadarnya yang sentiasa berubah-ubah. Makanya, kalian sila check dengan pejabat zakat yang berdekatan ye.

Apakah yang termasuk di dalam Zakat Simpanan?
- Akaun simpanan dan semasa
- Simpanan Takaful/ insuran
- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
- Lain-lain simpanan tunai
- Deposit wang

Cara Kiraan Zakat Simpanan

Macam syira cakapkan tadi selain cukup haul, syarat wajib juga ditentukan oleh cukup nisab. Syira bagi contoh kadar nisab bagi negeri Selangor pada tahun ini adalah RM18, 510.72. Sekiranya simpanan kita menyamai atau lebih daripada jumlah nisab tersebut, makanya wajib dizakatkan simpanan kalian. Setakat ni faham tak?

Cara nak kira zakat simpanan sangatlah mudah. Bandingkan jumlah baki terendah simpanan dengan nisab akhir tahun. Ok syira rumuskan dua jenis simpanan yang kebanyakannya kita ada iaitu simpanan tetap dan juga simpanan tidak tetap.

i. Simpanan Tetap (simpanan yang tidak digunakan tetapi menyamai atau melebihi nilai nisab)

Contoh:

Tarikh: 1/1/2019
Simpanan: RM19, 000

Tarikh: 1/1/2020
Simpanan: RM19, 200

Jumlah yang wajib dizakatkan:
RM19, 000 (baki terendah) x 2.5% = RM475

ii. Simpanan Tidak Tetap (simpanan yang sering digunakan)

Contoh:

Tarikh: 1/1/2019
Masuk: RM15, 000
Keluar: -
Baki: RM15, 000

Tarikh: 1/6/2019
Masuk: -
Keluar: RM1, 000
Baki: RM14, 000

Tarikh: 12/9/2019
Masuk: RM5, 000
Keluar: -
Baki: RM19, 000

Tarikh: 1/12/2019
Masuk: -
Keluar: RM100
Baki: RM19, 100

Jumlah yang wajib dizakatkan:
RM14, 000 (baki terendah) x 2.5% = RM350

Syira percaya ramai dikalangan kita ni mempunyai beberapa akaun kan? Macam syira pun ada. Macamana nak kira pulak? Jika simpanan di salah satu akaun mencukupi atau melebihi nisab, adalah wajib digabungkan semua akaun yang ada untuk dizakatkan.

Contoh:

Baki terakhir Akaun A = RM19, 000 (melebihi nisab). Manakala Akaun B = RM800.

Justeru, jumlah yang wajib dizakatkan:
RM19, 000 + RM800 = RM19, 800 (jumlah yang digabungkan)

RM19, 800 x 2.5% = RM495


Cara Pembayaran Zakat

i. Bayar di pejabat zakat negeri masing-masing
ii. Bayar secara online contohnya Lembaga Zakat Selangor di EzakatPay https://fpx.zakatselangor.com.my/


Info lanjut:

Hubungi: 03-8314 2312 (Afzalika)/03-8314 2222(Lembaga Zakat Selangor)
Whatsapp: 011-2075 4557 (Afzalika)


Ingatlah diwajibkan bagi setiap umat Islam menunaikan zakat. Jadikan amalan menunaikan zakat sebagai kebiasaan. Zakat Di Hati, Hati Suci Bersih.


4 Note(s) ?

  1. oooo baru tahu pengiraannya macam tu,tq info....

    ReplyDelete
  2. terima kasih diatas perkongsian ini syiera. Abam Kie folo blog ini, ye?

    ReplyDelete
  3. Banyak cara nak berzakat kan... Jom berzakat...

    ReplyDelete
  4. Ohh mcm tu kiranya nya.. thank u for sharing this

    ReplyDelete