Syiera Firdaus

Lifestyle

Parenting

Beauty

Logo KBBA

 

Terus-terang syira agak skeptikal dengan minuman herba. Dalam minda dah terbayang mesti rasa pahit dan kurang menyelerakan untuk diminum. Tapi sangkaan syira meleset bila syira dah cuba minum Supercube Molasses Herbs Drink ni.

Naahhhh.. sedap rupanya minuman herba Supercube ni. Terus berubah perspektif syira. Hahaha first impression, bau minuman herba Supercube ni yang wangi dah cukup buat syira tertarik untuk minum. Bauan herba yang menarik. Sampaikan mak pun tegur wanginya bau.

Rasa seakan-akan laicikang membuatkan syira jatuh hati. Rasa manis natural sebab istimewanya minuman herba Supercube ini menggunakan gula molasses. Gula molasses ni apa? Dikenali sebagai gula hitam atau gula hitam Jepun dimana tebu diperah untuk mendapatkan cecair dan seterusnya direbus berjam-jam sehingga menjadi likat.


Kemudian dikeraskan mengikut bentuk. Comel kan bentuk minuman herba Supercube ni? Berbentuk kiub. Senang nak bawa ke mana-mana. Ada beza ke dengan gula yang terdapat di pasaran kita? Yes ada! Kebanyakan molasses sugar dan juga gula perang di pasaran adalah hasil gula putih yang kemudiannya dicampur kembali dengan molasses syrup yang didapati semasa proses pembuatan gula putih.

Lebih banyak molasses yang dicampur lebih gelap lah gula putih tadi bertukar. Hasil seakan sama akan tetapi proses berlainan. Penghasilan molasses sugar Supercube adalah semulajadi dan tidak melalui proses pembuatan gula putih.

Kelebihan:
ii. Glycemic index yang lebih rendah. Glycemic index adalah kadar sesuatu menaikkan gula dalam darah. Makanan dan minuman yang menjalani proses2 adalah lebih tinggi glycemic index. Supercube adalah pembuatan natural jadi glycemic index seakan-akan madu. Supercube adalah alternatif lebih baik dari gula putih mahu pun gula perang.

ii. Sedap dan berkhasiat. Molasses mengandungi iron, calcium, magnesium dan banyak lagi vitamin dan minerals.


Oh ya, syira dah cuba tiga jenis minuman herba Supercube yang terdiri daripada Supercube Ginger & Lavendar, Supercube Osmanthus & Roses dan Supercube Red Dates & Goji Berry. Lupa syira nak cakap, syira nak puji sikit. Kotak minuman herba Supercube ni cantik sangat. Jom syira share satu-satu minuman herba Supercube ni.

Sejak bergelar ibu, syira boleh dikatakan selalu tidak cukup tidur. Senang cerita... Ada masalah tidur. Kadang-kadang badan dah letih tapi susah nak lelap mata. Kalau dah tidur pun tak lena. Asyik terjaga ja. Bila dah tak boleh lelap mengundang stress. Di sini la fungsinya Supercube Osmanthus & Roses dalam membaiki kualiti tidur dan hilangkan tekanan.

Bila dah minum Supercube Osmanthus & Roses, kualiti tidur syira lebih baik dan senang pula nak lelap. Kalau tak, ambil masa juga mata ni nak mengantuk. Badan pun rasa lebih segar dan tak lesu pada keesokkan  harinya. Barulah best nak mulakan hari baru.

Seterusnya, Supercube Red Dates & Goji Berry. Berfungsi dalam membaiki kitaran haid dan juga bagus untuk ibu mengandung bagi tambahan tenaga. Selain daripada itu, dapat menambahkan darah, mencegah sembelit dan khas untuk ibu menyusu (tambahkan susu badan).

Walaupun syira sudah tidak menyusu, syira tetap minum Supercube Red Dates & Goji Berry ni untuk menambah lebih tenaga. Lagi pula, bagus dalam membantu haid yang tidak teratur. Jangan tak tahu, Supercube Red Dates & Goji Berry ni mampu mengubah mood kepada lebih baik tau. So just in case kalian tengah moody, cubalah secawan.

Kebetulan dua hari lepas, syira tengah 'datang bulan'. Untuk pengetahuan semua, setiap kali haid syira akan mengalami migrain dan period cramps. Lain orang, lain simptomnya. Tapi kalau syira, memang terseksa la setiap bulan kena hadap kekejangan haid dan migrain. So syira cubalah Supercube Ginger & Lavendar yang sememangnya baik untuk migrain dan period cramps.

Alhamdulillah, syira tidak mengalami period cramps. Kalau tak, nak buat rutin harian pun terganggu. Syira ada bancuhkan untuk mak, sebab mak syira selalu mengadu kembung perut. Mungkin banyak angin dalam badan. Sesuai la dengan bahannya halia yang baik dalam membuang angin dalam badan. Perut mak lebih selesa.

Cara penyediaan minuman herba Supercube mudah sangat. Cuma larutkan satu kiub di dalam 200-250ml air panas. Kalau nak minum sejuk, boleh letak ais. By the way, kalian juga boleh masukkan kiub minuman herba Supercube ni dalam makanan kalian. Sebagai contoh, overnight oats.

Menarik kan minuman herba Supercube ni? Sebabnya semua bahan-bahan semulajadi yang digunakan adalah bergred A di mana terdapat di Malaysia seperti halia dari Bentong dan ada yang diimport dari luar negara seperti Bunga Osmanthus dari China.

Rugi tak cuba tau. Sekiranya kalian berminat untuk mencuba minuman herba Supercube ni, boleh lah membeli secara direct di HQ atau agen yang berdekatan dengan kalian. Cari je hashtag #supercube di Instagram. Selamat mencuba!

Website: https://supercube.my
Instagram: https://www.instagram.com/supercube.hq/


Jarang syira nak buat luahan hati peribadi dekat blog tapi... Disebabkan hari ni syira extra rindu dekat arwah ayah. Mungkin bagi yang tak tau, syira pernah ja tulis pasal arwah ayah. Kalau nak baca KLIK SINI. 

Bagi yang dah sedia maklum, arwah ayah dah meninggal dunia pada 4 tahun yang lalu. Cuma hari ni, syira terbaca posting dekat Facebook mengenai "pura-pura apa yang paling sakit?". Syira pun ada la share.

"Pura-pura okay depan arwah ayah dekat hospital. Padahai ayah dah tak lama. Kami tak boleh bagitau ayah sakit apa. Lepas 3 hari, ayah tinggai kami semua. Al fatihah buat ayah sayang"

Yesss.. itulah yang paling sakit. To be honest, syira tak tau mana mai kekuatan masa tu bila berdepan dalam situasi macam ni. Of course, syira pernah ja hadapi kematian but not my father (tengah menulis pun sebak hmm..). After several years now, baru syira sedar kekuatan syira masa tu baby yang syira kandungkan masa tu.

Sounds weird but its true. Syira tak nangis pun depan arwah. Nangis pun di penjuru luar wad. Masa tu tak peduli orang tengok dia ni pasepa reyau. Hahaha ada yang tanya syira murung ke tak lepas tu? Murung tu tak, tapi syira took times banyak bulan jugak untuk recovered.

Sampaikan dalam lena pun nangis teresak-esak. Sabaq jelah husband melayan bini dia masa tu. Dengan craving teruk gulai ikan arwah ayah masa tu. Husband pun sedih jela bini dia craving benda yang takkan dapat makan.

Masa berpantang, syira hampir nak meroyan. Bayangkan tengah makan boleh keluaq air mata. Actually, masa tu syira terkilan sebab medina tak sempat jumpa arwah tokwan dia. Rasa serupa bodoh je tapi itulah yang jadi.

Above all, arwah ayah banyak ajarkan syira banyak benda dalam hidup ni. Kami bukan dari family senang tapi arwah ayah selalu senangkan kami adik beradik dengan cara dia. Paling syira tak boleh lupa, arwah ayah selalu sangat pesan, "hang jangan dok reyau pasai laki" hahahaha tapi syira tewas selalunya.. syira selalu tangisi dalam setiap doa syira. Sebab laki tu ayah.

Al-fatihah.


VIT MAKANAN KUALA LUMPUR SDN BHD adalah syarikat pengeluar makanan berasaskan mi segera yang telah ditubuhkan sejak 1975. VIT’S merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah sejak 1980-an bernombor 1 001-01/2005.

VIT’S menjelaskan bahawa produk VIT’S yang berada dipasaran adalah daripada pengeluaran dimana sijil 
halal masih dalam tempoh yang sah. Oleh itu, kami memberi jaminan bahawa produk yang berada dipasaran adalah memenuhi piawaian halal dan selamat untuk dimakan. Maka pengguna boleh terus mengguna produk kami tanpa ragu ragu.

‘Merujuk kepada isu yang tular di media sosial baru-baru ini, ingin kami jelaskan statusnya dengan lebih 
terperinci agar ianya tidak memberi tanggapan negatif atau menyebabkan pengguna muslim kami salah faham terhadap situasi sekarang’ , ulas En YT Lai selaku Pengarah Pembangunan VIT’S.

Pada September 2020 lalu, premis VIT’S telah dilawati oleh Inspektor dari Jabatan Halal Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk pemeriksaan berkala. Mereka telah mengutarakan isu-isu teknikal yang berkaitan dengan kebersihan di bahagian pemprosesan. VIT’S telah mengambil tindakan yang sewajarnya untuk penambahbaikkan terhadap isu-isu yang telah diutarakan oleh pihak JAIS dan sedang menunggu giliran untuk diinspeksi semula oleh JAIS.

“Kami adalah salah satu daripada 300 syarikat yang menunggu giliran untuk diinspeksi. Kami akur dengan giliran yang ditetapkan memandangkan situasi pandemik yang membataskan jadual pegawai JAIS untuk membuat pemeriksaan buat masa ini”, kata pegawai Halal VIT’S Puan Chumihati.

Terbaru pihak KPDNHEP telah melawat premis VIT’S pada 6 Januari 2021 dengan melakukan pemeriksaan dan memberi nasihat kepada VIT’S untuk tidak mengeluarkan produk pengeluaran bertarikh terkini ke pasaran sehingga mendapat kelulusan daripada JAIS.

Sebagai sebuah syarikat yang mempunyai lebih dari 50% jumlah pekerja berbangsa Melayu dan beragama Islam, VIT’S amat mementingkan piawaian HALAL yang mengutamakan faktor kebersihan. VIT’S juga telah bekerjasama dengan JAIS dan KPDNHEP untuk menyelesaikan isu ini dengan secepat mungkin. VIT’S memahami kepentingan keperluan Halal dan memandang serius terhadap perkara ini.

Kami memohon orang ramai untuk berurusan terus kepada VIT’S untuk sebarang pertanyaan dan menggesa agar menghentikan penyebaran sebarang maklumat palsu yang boleh mengundang kepada salah faham. Segala status terkini akan kami maklumkan di portal rasmi kami di www.vitsnoodles.com.my.

Segala maklumbalas boleh di usulkan kebahagian komunikasi pemasaran melalui e-mel syazwany@vit.com.my kepada Puan Nor Syazwany.
 
#vitsnoodles #vitsinstantnoodles #instantnoodlerawang #vitsitalianmigoreng


Selamat Tahun Baru kepada kalian yang masih setia membaca blog syira ni. Tak terlambat lagi kan? Hihi... Tahun baru, mesti lah azam pun baru. Syira boleh dikatakan ada banyak target untuk tahun 2021 ni. Salah satunya nak adsense lulus!

Dan.... Finally approved! To be honest, ini akaun adsense syira yang kedua. Kenapa dua? Sebab yang first kena disabled. Kalau kalian tanya kenapa kena disabled? Kalau ikut pemahaman syira, ada satu entry tu menyalahi community standard.

Padahal entry tu pasal hotel je. Hahaha antara top entry syira. Sejak tu, iklan dah hilang daripada blog. Sadis la jugak. Haha tapi syira teruskan menulis walaupun dalam hati teringin jugak nak cash out macam orang lain.

So apa yang syira buat untuk dapatkan kelulusan adsense? First thing first, syira beli domain sendiri. Sebelum ni kalau kalian perasan url syira blogspot dot com. So, syira tukarkan kepada dot com. Taraaaa... Sekian lama berblogging baru nak ada domain sendiri.

Kat mana syira beli domain? Banyak website yang syira survey dan akhirnya syira memilih Syokhost. Harga RM45 setahun. Ok la not bad harganya. Sekali pasang domain dekat blog RM70. Well.. syira tak pandai bab coding ke apa. Sebab tu hire je orang. Senanggggg...


Ok done part domain. After a week, syira cuba apply adsense baru menggunakan Gmail baru. Dengan tawakalnya, syira habis usaha la. Haha sepanjang menunggu kelulusan tu, berapa kali dok refresh Gmail kot-kot ada email masuk tak perasan.

Seingat syira hampir dua minggu jugak syira menunggu, akhirnyaaaaa.. LULUS! Allahu.. bertapa gembiranya syira masa tu hahahaha. By the way, azam syira tahun ni kalau boleh nak withdraw 100usd setiap bulan.Amin. doakan. So kalian, jangan lupa klik iklan adsense syira okay? See yaaaa!

‘Comfort food’ adalah makanan ringkas yang pernah menjadi kegemaran di masa lampau. Ia mampu membawa kita kembali ke zaman sewaktu kecil, melangkah ke dapur melihat ibu atau nenek memasak makanan yang kita gemari disediakan dengan penuh kasih sayang. Mari melangkah ke Tahun Baharu dengan penuh kasih sayang, harapan dan semangat yang baru!

Ayam Brand telah menghasilkan lima resipi ‘comfort food’ yang mudah disediakan dan menyihatkan bagi mengembalikan nostalgia makanan lampau sambil membawa kegembiraan tahun baharu 2021. Resipi ringkas ini menggunakan bahan-bahan asas dapur yang biasa ditemui di rumah. Jika ketiadaan mana-mana bahan, gantikan sahaja dengan apa yang ada. Tiada masalah. Terokai lebih banyak Resipi Comfort Food di www.ayambrand.com.my/comfortfood


Nasi Goreng Sardin & Udang

Nasi goreng merupakan ‘comfort food’ yang serba guna dan wajib ada di rumah. Resipi Nasi Goreng Sardin dan Udang yang menyelerakan ini hanya memerlukan 8 bahan yang mudah didapati di rumah iaitu satu tin Ayam Brand™ Sardines in Extra Virgin Olive Oil, udang, telur, kicap, cili kembung merah, jagung manis, nasi yang telah ditanak dan minyak masak.

Pukul telur bersama-sama secubit garam, dan goreng. Semasa menggoreng, potong udang menjadi kepingan-kepingan panjang. Tiada udang? Gantikan dengan kepingan ayam atau daging. Atau cukup sekadar ada sardin sebagai sumber protein apatah lagi ia juga padat dengan Omega 3! Panaskan lebih banyak minyak, goreng kilas bahan-bahan selebihnya sehingga betul-betul masak, dan gaulkan kesemuanya dengan sempurna. Ringkas namun cukup berkhasiat.

Masa penyediaan bahan: 10 minit Memasak: 10 minit Hidangan: 2 orang


Paratel Makerel

Bagi penggemar kari, paratel iaitu sejenis masakan kari kering dengan hanya sedikit kuah seharusnya menjadi makanan asas yang lazat dan mudah disediakan. Malah memasaknya pun lebih cepat berbanding memasak kari biasa!

Anda perlukan satu tin Ayam Brand™ Mackarel in Tomato Sauce, daun kari, bawang merah yang dihiris, cili merah, serbuk cili, limau nipis dan garam. Ramuan yang biasa sahaja namun apabila digabungkan mampu membangkitkan selera! 

Panaskan minyak, lalu tumis bawang, daun kari dan cili merah sehingga berbau harum. Masukkan makerel dengan sos tomato dan tekan dengan lembut. Perah limau nipis dan tambahkan serbuk cili serta garam secukup rasa. Biarkan masak sehingga sedikit kering, kemudian hidangkan dengan nasi, roti atau capati. 

Masa penyediaan: 5 minit Memasak: 10 minit Hidangan: 4 orang


Loco for Cacao

Masih ingat lagi semasa ibu membancuh minuman coklat panas di waktu malam yang hujan dan sejuk? Sedap dan mampu memanaskan badan. Kembalikan tradisi ini dengan membancuh minuman berkhasiat gabungan Timur dan Barat yang kami panggil Loco for Cacao. Campurkan 80ml Ayam Brand Coconut Super Light dengan serbuk minuman coklat kegemaran anda, 20ml sirap vanila dan 10ml sirap kayu manis. Untuk lebih rasa, hiaskan dengan kelapa bakar.

Masa penyediaan: 5 minit

Membancuh: 5 minit Hidangan: 4 orang


Mufin Pastri Saba

Minum petang dengan karipap pusing dan kuih-muih yang dibeli dari makcik di seberang jalan merupakan sebahagian daripada keindahan hidup di Malaysia.

Mufin pastri saba yang dibakar ini padat dengan kebaikan Omega 3. Bentangkan doh pastri lapis yang dibeli di kedai. Gunakan mangkuk untuk membuat bentuk bulat. Letakkan di dalam panci mufin kemudian isikan dengan Ayam Brand Chilli Saba atau Ayam Brand Saba Mayo ditambah dengan jagung manis, cili hijau yang dihiris dan bawang hijau. Bakar sehingga berwarna keperangan dan ia sedia untuk dihidang.

Masa penyediaan: 10 minit Memasak: 20 minit Hidangan: 12 orang


Pastri Pinwheel Saba

Meskipun kita tidak digalakkan kerap makan di luar buat masa ini, kita masih boleh membuat kafe sendiri di rumah! Pastri ini sesuai dimakan sambil menunggu janji temu di Zoom.

Cuba kaedah baru membuat sandwic telur dadar pedas yang pernah dibuat oleh nenek.

Mulakan dengan asasnya iaitu pastri lapis segera. Sapukan campuran dua tin Ayam Brand Saba atau Ayam Brand Tuna in Chili, jagung, serbuk kari, keju dan ketumbar, kemudian gulung. Potong pastri yang telah digulung tadi menjadi hirisan setebal 2cm, letakkan di atas dulang yang dilapik, sapukan pelicau telur dan bakar sehingga keperangan.

Masa penyediaan: 10 minit Memasak: 20 minit Hidangan: 12 orang


Layari laman Facebook Ayam Brand Malaysia dan sertai peraduan Memories with Ayam Brand dan kuiz lain untuk berpeluang memenangi kalendar Ayam Brand 2021!

Terokai lebih banyak resipi yang enak dan mudah disediakan daripada Ayam Brand di  https://www.ayambrand.com.my/recipe/recipes-video, Facebook https://www.facebook.com/ayambrandmalaysia dan Instagram  https://www.instagram.com/ayambrandmy/ bagi menambah pilihan makanan berkhasiat untuk si kecil. Kekal selamat dan kekal sihat.


 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca! Diharapkan kalian semua baik-baik sahaja menghadapi wabak ini. Anyway.... Ramai tak yang tahu pasal Zakat Simpanan? Satu topik yang cukup menarik untuk syira ulaskan di sini.

Wajib ke tidak bagi kita menunaikan zakat simpanan? Zakat simpanan ditentukan berdasarkan dua syarat. Apakah syaratnya? Syarat-syarat wajib Zakat Simpanan adalah:

i. Cukup nisab
Bersamaan nilai simpanan berjumlah RM85 gram emas mengikut harga pasaran semasa

ii. Cukup haul
Cukup tempoh setahun simpanan

"Tiada wajib atas engkau sesuatu (pada emas) sehingga engkau memiliki 20 dinar (bersamaan 85 gram). Apabila ada pada engkau 20 dinar dan cukup haul, maka wajiblah zakat padanya 1/2 dinar (2.5%) Maka jika lebih dari 20 dinar, hendaklah dihisab menurut lebihannya itu 2.5% daripada keseluruhannya.” (Riwayat Abu Daud)

Zakat simpanan wajib dikenakan sekiranya memenuhi syarat wajib seperti di atas. Tak kira peringkat umur termasuk kanak-kanak, jika sekiranya cukup nisab, wajib ditunaikan zakat simpanan.

Macam mana nak tentukan kadar nisab? Kadar nisab perlu dirujuk di pejabat zakat masing-masing atau layarilah website pejabat zakat negeri. Ini kerana kadarnya yang sentiasa berubah-ubah. Makanya, kalian sila check dengan pejabat zakat yang berdekatan ye.

Apakah yang termasuk di dalam Zakat Simpanan?
- Akaun simpanan dan semasa
- Simpanan Takaful/ insuran
- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
- Lain-lain simpanan tunai
- Deposit wang

Cara Kiraan Zakat Simpanan

Macam syira cakapkan tadi selain cukup haul, syarat wajib juga ditentukan oleh cukup nisab. Syira bagi contoh kadar nisab bagi negeri Selangor pada tahun ini adalah RM18, 510.72. Sekiranya simpanan kita menyamai atau lebih daripada jumlah nisab tersebut, makanya wajib dizakatkan simpanan kalian. Setakat ni faham tak?

Cara nak kira zakat simpanan sangatlah mudah. Bandingkan jumlah baki terendah simpanan dengan nisab akhir tahun. Ok syira rumuskan dua jenis simpanan yang kebanyakannya kita ada iaitu simpanan tetap dan juga simpanan tidak tetap.

i. Simpanan Tetap (simpanan yang tidak digunakan tetapi menyamai atau melebihi nilai nisab)

Contoh:

Tarikh: 1/1/2019
Simpanan: RM19, 000

Tarikh: 1/1/2020
Simpanan: RM19, 200

Jumlah yang wajib dizakatkan:
RM19, 000 (baki terendah) x 2.5% = RM475

ii. Simpanan Tidak Tetap (simpanan yang sering digunakan)

Contoh:

Tarikh: 1/1/2019
Masuk: RM15, 000
Keluar: -
Baki: RM15, 000

Tarikh: 1/6/2019
Masuk: -
Keluar: RM1, 000
Baki: RM14, 000

Tarikh: 12/9/2019
Masuk: RM5, 000
Keluar: -
Baki: RM19, 000

Tarikh: 1/12/2019
Masuk: -
Keluar: RM100
Baki: RM19, 100

Jumlah yang wajib dizakatkan:
RM14, 000 (baki terendah) x 2.5% = RM350

Syira percaya ramai dikalangan kita ni mempunyai beberapa akaun kan? Macam syira pun ada. Macamana nak kira pulak? Jika simpanan di salah satu akaun mencukupi atau melebihi nisab, adalah wajib digabungkan semua akaun yang ada untuk dizakatkan.

Contoh:

Baki terakhir Akaun A = RM19, 000 (melebihi nisab). Manakala Akaun B = RM800.

Justeru, jumlah yang wajib dizakatkan:
RM19, 000 + RM800 = RM19, 800 (jumlah yang digabungkan)

RM19, 800 x 2.5% = RM495


Cara Pembayaran Zakat

i. Bayar di pejabat zakat negeri masing-masing
ii. Bayar secara online contohnya Lembaga Zakat Selangor di EzakatPay https://fpx.zakatselangor.com.my/


Info lanjut:

Website: Lembaga Zakat Selangor
Hubungi: 03-8314 2312 (Afzalika)/03-8314 2222(Lembaga Zakat Selangor)
Whatsapp: 011-2075 4557 (Afzalika)


Ingatlah diwajibkan bagi setiap umat Islam menunaikan zakat. Jadikan amalan menunaikan zakat sebagai kebiasaan. Zakat Di Hati, Hati Suci Bersih.


Older Posts Home

Pageviews

ABOUT ME

IMG-20200122-112142-982
Hello and assalamualaikum. My name is Syiera. Based in Kedah. Blogged about lifestyle, beauty and parenting a lil bit. Any review or collaboration, feel free to contact me at my social media as below or can email me at syierafirdaus@gmail.com as well.

SOCIAL MEDIA

Followers

Archive

POPULAR POSTS

  • Sihat Dan Bertenaga Sentiasa Dengan Kitsui Royal Lpo & Kitsui Belloss Fiber
  • Tasneem Naturel Balm Kit Bayi Magik Medina
  • Set Make Up Lengkap Dengan Jardin Air Cushion Foundation Dan Serum Susuk Beradu
  • Ainaa Cleanser Dan Ainaa Serum Daripada Syafiqah Ainaa
  • Review Genki Pants & Tape
  • Skip Hop Zoo Range - Llama
  • 6 Minggu Hamil.. Tapi Tak Nampak Baby..
  • VIRAL! KEMAMPUAN LELAKI OKU BERJIWA BESAR INI BUAT RAMAI RAKYAT MALAYSIA MENANGIS!
  • Masalah Ruam Bukan Masalah Lagi Dengan Joielle Baby VCO Set
  • REMDII Sensitive : Produk Yang Sesuai Untuk Kulit Sensitif
Powered by Blogger.

Read Them

  • BEN ASHAARI
    Online learning ? 7 orang anak perempuan ni antara anak anak yang sudah ketinggalan !
  • Diana's ♥
    SUPERCUBE – Teh Herba Unik Berbentuk Kiub
  • farahain zfa
    Meet My Pets
  • HASRUL HASSAN
    Jumlah Trafik Blog 2020
  • Qaseh Dalia's Blog
    RMHC Sumbang RM100,000 kepada 50 Rumah Anak Yatim Di Seluruh Negara

KBBA

Logo KBBA

Categories

  • Review 56
  • Tips 29
  • Semasa 19
  • Shopping 19
  • Makan 15
  • Shopee 13
  • Skincare 11
  • Info 10
  • Parenting 8
  • Isu 6
  • Travel 6
  • Resepi 3
  • Kahwin 2
  • Hamil 1
  • Hotel 1
  • Personal 1

Designed by OddThemes | Distributed by Gooyaabi Templates