Wasiat: Wanita Sila Ambil Perhatian!


Assalamualaikum. Mesti kalian pernah dengar je kan perbalahan sesama ahli keluarga disebabkan perebutan harta? Kerana harta, sanggup memutuskan silaturrahim. Pelik ke? Eh tak. Tak pelik pun. Pernah dengar tak, sebab duit boleh putih mata. Itu lah yang sering terjadi di dalam masyarakat kita.

Apa yang lebih menyedihkan, sekiranya si isteri langsung tidak mempunyai ilmu mengenai pengurusan harta, mengalami kesulitan bagi meneruskan hidup. Banyak je yang berlaku. Tapi sayang.. masih ramai jugak yang masih tak ambil peduli. Anggap tak penting.

Pentingkah bagi wanita ambil tahu tentang wasiat? Kalau tanya syira, jawapan syira 100% penting! Boleh dikatakan isu wasiat seringkali menjadi isu selepas berlakunya kematian. Bukan meminta kematian, sekurang-kurangnya ada jaminan masa hadapan. Bukan setakat kaum wanita je patut ambil tahu, kaum lelaki juga jangan ambil mudah.

Apakah yang kalian faham dengan wasiat? Wasiat atau mana lain iqrar yang dibuat oleh seseorang pada ketika beliau masih hidup untuk dibahagi samaratakan selepas kematiannya mengikut hukum syarak. Kalau tadi asyik cerita pasal peranan isteri je kan, peranan suami macam mana pula?

Peranan suami dalam melaksanakan perancangan pewarisan sangat lah penting bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang boleh berlaku, terutama membabitkan harta yang ditinggalkan. Suami kenalah peka dan jangan alpa! Salah satunya yang suami boleh lakukan adalah perancangan hibah supaya si isteri tidak perlu meminta-minta jika berlaku kematian suami.

Nanti sekejap.. Hibah tu apa pula? Hibah adalah memindahmilikkan atau menghadiahkan harta semasa hidup kepada mana-mana waris atau bukan waris atau mana-mana orang yang disayangi.  Faham setakat ini?

Tanpa perancangan pewarisan harta yang sempurna, mungkin menyebabkan berlaku kesulitan di kemudian hari. Disinilah peranan isteri dalam mengingatkan suami supaya membuat perancangan wasiat. Sangat lah penting dalam meneruskan kelangsungan hidup terutamanya jika ada anak-anak.

Kes yang paling sering kita dengar adalah kes faraid. Suami meninggal dunia tanpa melakukan wasiat. Lalu berlaku perbalahan sesama balu dan keluarga suami. Sedih je bila dengar.. Hubungan yang dulunya akrab tapi menjadi renggang. Jadi, perlu lakukan faraid supaya harta dapat dibahagikan dengan betul.

Lampiran keratan akhbar

Sebenarnya banyak lagi instrumen dalam pewarisan harta warisan selain hibah, faraid dan wasiat. Antaranya instrumen penting yang lain adalah melantik wasi atau lebih dikenali sebagai pentadbir yang akan bertanggungjawab menguruskan pembahagian harta. Tapi sebelum tu... nak tanya penting ke membuat wasiat? Ok, syira tegaskan antara kepentingan wasiat di sini supaya;

i. Hutang si mati dapat dijelaskan
ii. Ahli keluarga tidak bergaduh
iii. Anak dan isteri tidak terabai
iv. Adik keluarga tidak makan harta anak yatim

MAIS Selaku Pihak Berautoriti Sebagai Wasi Harta Pusaka

Untuk mewariskan harta pusaka memerlukan kepada bantuan daripada mereka yang arif dalam bidang pewarisan dan undang-undang. Di sinilah peranan Majlis Agama Islam Selangor sebagai pemegang amanah atau pentadbir harta pusaka.

MAIS mempunyai bidang kuasa yang menguruskan harta pusaka di negeri Selangor. Sangat recommended bagi kalian yang mencari wasi untuk menggunakan khidmat daripada MAIS.

Kalian boleh layari www.mais.gov.my. Inshaallah di sana, MAIS akan membantu kalian bagaimana untuk menguruskan wasiat. Orang tua cakap beringatlah sebelum terjadi apa-apa yang tidak diinginkan.


Dengan informasi yang syira kongsikan ini, diharapkan dapat membantu kalian dalam memahami topik ini. Semoga bermanfaat kepada semua terutamanya kaum wanita. Jangan ambil mudah!

Sekian.

2 Note(s) ?