Pernah Ditipu Dan Tidak Dibayar Payment Untuk Job Review




Assalamualaikum




Selamat pagi. Bangun pagi terus mengadap laptop. Entah kenapa sejak dua menjak ni selepas subuh, mata tak nak lelap dah. Well, syiera mengaku ada jugak 'terbabas' selepas subuh. Hehe kalau kepenatan sangat la. Eleh korang tak payah nak gelak sangat. Korang pun mesti pernah tertidur lepas subuh kan. Pffttt. Betul? Hahaha. Okay, back to our topic. 


Syiera buat job review? Tak caya? Haha yelah syiera blogger suam suam kuku ja. Ada lah sikit-sikit side income sepanjang blogging. Syiera sebenarnya freelance marketer sometimes consult business individu lain. Yelah, dah itu yang syiera belajar sepanjang tiga tahun. Marketing, marketing, marketing. Orang cakap bebudak marketing kuat kencing orang. Hello, kita bukan kencing. Kita pandai manipulasi target market dia supaya membeli. Yes, that's how we do it. Kalau tak korang tak beli lah biskut extra 50g!!!! Eleh, itu semua marketing ja. Tak da pun extra tu. Serius, trust me. Haha. 


Syiera pernah kena tipu dengan satu online shop ni. Syiera pun tak pasti macam mana beliau dapat nombor telefon syiera. For the first time, beliau hubungi syiera melalui whatsapp. Beliau sampaikan hasrat nak minta khidmat syiera review online shop beliau yang baru saja bertapak. Okay, syiera pun cool jelah. Seperti yang kitaorang deal, syiera akan dibayar sebanyak sekian sekian. Syiera akan review online shop beliau di blog, facebook dan instagram syiera. Okaay cun. Deal.


Selepas dua hari, syiera dah siap review hape semua, syiera whatsapp beliau. Yelah nak bagitau dah selesai semuanya.

" Salam awak, syiera dah review. Done :D "
(syiera sertakan sekali link hape semua)

Beliau balas

" Thank you syiera! Wah lain macam cara you review "
(Aku tak tau apa yang lain macamnya)

" Biasa je awak "
(Ringkas je aku balas)

" Okay syiera, nanti i bank in. Tapi sekarang i dekat kampung.... "
bla bla bla ada lagi dia cakap.

" Sure boleh. Catch me later "

Selepas beberapa hari, syiera tunggu punya tunggu tiada tanda-tanda pun beliau nak bayar. Syiera pun bersangka baik. Mungkin bank jauh ke dekat kampung dia. Errrrrr.. tak tau la kalau kampung jauh hulu pendalaman ke. Kot la kan. 


Selepas dua minggu, kesabaran sudah hampir menipis. Syiera whatsapp beliau tanya. You know what? Beliau blocked syiera daripada whatsapp. What the.... Geramnya. Haha tapi cool lagi. Orang macam ni memang nak main psiko dengan syiera. Fine! Syiera malas nak argue sangat. Sejurus lepas tu syiera delete post review daripada instagram dan facebook. Puas hati. Hahahahaha. Yelah, selalunya semua post review syiera takkan delete. Memang kekal. Cuma entry di blog syiera tak delete. Tak pe biarlah. Syiera ikhlaskan entry ni kekal dalam pencarian pak cik google.


Kecewa ke syiera? Ada sikit Haha. Okay, first. Dalam dunia ada je orang macam ni. Jujur tu benda paling susah kita nak cari. Lebih-lebih daripada orang yang kita tak kenal. Tapi tak pelah, whatever it is, semua ni mengajar syiera supaya lebih berhati-hati. Kalau lepas ni syiera nak buat review dengan lebih serius, mungkin akan ada hitam putih. Hahaha. Untuk masa sekarang, syiera ada buat review instashop. Alhamdulillah, sepanjang di instagram tiada lagi kes macam ni. Bayar dulu baru jalan. So hopefully korang berhati-hati. Jangan terkena macam syiera ni. Tapi tak pe. Experience is the best teacher. Gituuu.





14 Comments

  1. ohh.. ada juga macam ni.. susah gak.. lepas ni kene ada diposit.. baru boleh jalan :)
    thanks info kak syiera :D

    ReplyDelete
  2. Sabar eh Syiera. Org tu sebenarnye dia still berhutang ngan Syiera. Sebab dia janji nak bayar. Mane boleh free2 je iklan dia diletak kat situ. Ye dak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha tak tau la beliau masih ingat ke tak ana.

      Delete
  3. Wow :O Tak pernah kena lagi.

    Huih, jujur memang susah manusia nak buat dan senang nak tipu sana sini -.- Sabar syiera sabar. Moga jadi pengajaran untuk saya dan semua. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpa, lepas ni syiera lebih careful. Allah nak duga syiera.

      Delete
  4. nk business tp tipu2..tak berkat..huhu

    ReplyDelete
  5. HI! 안녕하세요! We are Twinscraftlife! pls visit our blog shop^^ 꼭오세요~
    twinscraftlife.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Pengalaman mematangkan diri... Salam ukhwah, singgah sini jalan-jalan blogwalking sambil cari kawan blogger.. salam perkenalan, salam ceria dari MyCherita

    ReplyDelete
  7. bersabaq la noo..xpa orang segak p mana pun bleh hidup punya heh heh heh lawak ja nooo saja mai jalan2 sini

    ReplyDelete

Post a Comment

Post a Comment

Previous Post Next Post