Cara Edit Gambar Atau Poster Hari Raya

 

Assalamualaikum, selamat berpuasa bagi umat Islam. Bulan depan kita nak sambut bulan syawal dah kan? Mesti la ramai nak update poster atau gambar ucapan hari raya kan? So, syira share cara edit gambar hari raya yang simple dan comel. Ikut ja cara di bawah ni ok.

1. Pergi ke https://www.remove.bg/ dan pilih gambar anda yang nak dipadamkan latar belakangnya. Tak kisah la gambar tahun bila pun. Klik upload image. Then dah selesai, download je gambar tadi.



2. Download aplikasi Canva dulu dekat app store. Dah selesai download, pergi ke Canva app dan klik 'Instagram post'. Pilih yang 'blank'.


3. Pilih gallery. Cari gambar yang dah download tadi tu dan add to page.



4. Adjust sikit size gambar. Ikut la nak letak tepi ke tengah. Macam syira letak tepi. Lepas tu, klik gambar tu dan cari effects. Scroll kiri cari shadow. Lepas tu pilih la nak shadow macam mana, syira pilih glow.

5. Tekan simbol tambah tu pilih elements. Tulis dekat search tu 'ketupat'. Pilih la sticker mana-mana yang berkenan asalkan free. Boleh cari apa-apa sahaja selain ketupat. Yang penting kena dengan tema hari raya. Hihi. Dah pilih, klik dan adjust kedudukan.

6. Bila dah adjust tapi macam ganggu gambar kan? Ok, klik sticker tu dan cari position. Tekan backwards so sticker tu akan berada di belakang gambar/tulisan.

7. Tulisan pula boleh pilih simbol tambah dan cari 'text'. Pilih mana-mana font dan edit text ikut kesesuaian.

8. Ok part background tu kalau rasa macam putih bosan je kan? Boleh klik background gambar dan pilih colour.

9. Dah siap. Jangan lupa save! Hasilnya seperti di bawah.




0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post