Setiap kali nak dekat Raya, mesti ada satu memori yang selalu terlintas di kepala Syira iaitu zaman kecil dulu bila mak ayah bawa pergi beli baju raya. Perasaan tu memang susah nak lupa. Masuk kedai, tengok baju warna-warni, cuba itu ini, kadang sampai pening nak pilih. Tapi itulah kenangan paling best sebelum Raya. Baru-baru ni, Syira rasa macam “throwback” balik ke zaman raya macam dulu-dulu bila pergi shopping di Pusat Pakaian Hari-Hari cawangan Taman Batik, Sungai Petani.
Syira pergi dengan suami dan anak, kononnya nak cari baju raya untuk tahun ni. Tapi bila dah masuk kedai, terus rasa teruja macam budak kecil pula. Pilihan baju memang banyak, dari baju Melayu, baju kurung sampai pakaian untuk kanak-kanak semua ada. Senang bila satu tempat boleh cari untuk satu keluarga. Yang bestnya, staf dekat sini pun sangat friendly. Mereka siap tolong tunjuk warna baju yang tengah viral dan bantu cari saiz yang sesuai. Jadi shopping pun rasa lebih santai dan tak kelam kabut.
Akhirnya kami pilih baju raya sedondon warna biru ini. Syira suka sebab nampak klasik, simple tapi tetap elegan. Suami pun nampak segak dengan baju kurta biru gelap, dan anak pun seronok sebab dapat pakai baju raya sedondon. Apa yang lagi best, sekarang Pusat Pakaian Hari-Hari tengah ada promosi menarik untuk raya. Bermula 21 Februari, setiap pembelian RM120 dan ke atas akan dapat Freegift Sampul Raya, dan kalau beli RM200 dan ke atas pula boleh dapat Freegift Woven Beg. Memang berbaloi kalau datang shopping dengan keluarga.
Selain itu, ada juga jualan clear stock baju raya dengan harga yang sangat murah dari RM5, RM10 dan RM25 sahaja. Memang rambang mata tengok harga macam ni. Bagi Syira, pengalaman shopping dekat sini bukan sekadar beli baju raya, tapi buat Syira teringat balik kenangan lama semasa ikut mak ayah shopping sebelum raya, suasana kampung, dan rasa teruja tunggu pagi raya.
Memang kena dengan tagline Pusat Pakaian Hari-Hari, “Raya Macam Dulu – Dulu, Hari-Hari sentiasa disisi.” Dan tahun ni, memori raya tu Syira dah cipta semula bersama keluarga di Pusat Pakaian Hari-Hari. Apalagi korang, jangan lupa berkunjung ke cawangan yang terdekat!






إرسال تعليق