Persiapan Kembali Ke Sekolah 2026 Bersama Hari-Hari

Setiap kali musim kembali ke sekolah tiba, Syira memang excited, tapi dalam masa yang sama, kepala mula ligat berfikir, uniform sekolah masih elok ke? Kasut masih muat? Beg lama boleh pakai lagi atau tak? Itu belum masuk senarai alat tulis lagi. Banyak ye ibu-ibu ni kena fikir. Hahaha..

Untuk tahun 2026 ini, Syira rasa bersyukur sebab persiapan kembali ke sekolah jadi jauh lebih mudah dengan Pusat Pakaian Hari-Hari. Bayangkan, semua keperluan sekolah Medina boleh didapati di bawah satu bumbung sahaja. Tak perlu ulang-alik dari satu kedai ke kedai lain, jimat masa dan tenaga tau.



Dari uniform sekolah, kasut sekolah, stokin, beg sekolah sehinggalah ke keperluan asas lain, semuanya lengkap di sini. Nak lagi best adalah harga yang mampu milik dan mesra poket. Korang yang ada lebih dari seorang anak, kos persiapan sekolah memang boleh jadi agak tinggi kan? Jadi Pusat Pakaian Hari-Hari sememangnya menawarkan harga berpatutan tetapi masih menjaga kualiti.

Kualiti barangan di Pusat Pakaian Hari-Hari juga tahan lasak dan sesuai untuk kegunaan harian anak-anak yang aktif. Oh ya, dengan pembelian di Hari-Hari sekarang turut disertakan dengan free gift seperti kalendar dan tuala. Siapa yang tak suka free gift, kan? Lagipula, Hari-Hari juga berpengalaman selama 35 tahun di dalam industri fashion retail dengan lebih daripada 120 buah cawangan di seluruh Malaysia. Wow!




Untuk korang yang tak sempat keluar rumah atau lebih selesa membeli secara online, Pusat Pakaian Hari-Hari juga mempunyai kedai di atas talian iaitu ehari.com. Lebih menarik, pembelian secara atas talian juga menawarkan diskaun sebanyak 10%, memang sesuai untuk yang nak berjimat shopping kembali ke sekolah. Dengan Pusat Pakaian Hari-Hari, persiapan sekolah anak jadi lebih teratur, jimat dan menyeronokkan. Kalau korang masih belum mula buat persiapan sekolah, mungkin ini masanya untuk singgah ke cawangan Pusat Pakaian Hari-Hari yang terdekat atau beli je secara online di ehari.com.

0 تعليقات

إرسال تعليق

Post a Comment (0)

أحدث أقدم