Izara @ Bayu Sutera: Tarikan Terbaru Perumahan Di Pinggir Tasik Dengan Ciri 'Smart Home'

Memiliki rumah pertama yang cantik adalah idaman dan juga impian setiap orang. Siapa yang tak nak kan memiliki rumah sendiri. Sekiranya anda mahukan rumah dengan persekitaran kondusif dan moden, perumahan terbaru Izara @ Bayu Sutera ini wajib dipertimbangkan. Nak tahu lebih lanjut? Teruskan membaca.


Perumahan Di Pinggir Tasik Dengan Ciri Smart Home

Berlokasikan di Seremban, Negeri Sembilan, perumahan Izara @ Bayu Sutera adalah projek perumahan di bawah pemaju yang terkemuka iaitu Matrix Concepts. Perumahan Izara @ Bayu Sutera ini merupakan kediaman teres dua tingkat yang berstatuskan hartanah milik bebas.

Berkeluasan saiz 20' x 70' (perantaraan) dan binaan 2,315 kaki persegi. Agak besar juga untuk keluarga besar. Dilengkapi dengan 4 bilik tidur dan 4 bilik air serta pagar keselamatan yang ketat sememangnya cukup memberikan keselesaan kepada penghuni.


Dilengkapi dengan ciri 'digital lock', modul pencahayaan dan penyaman udara IR Blaster serta mempunyai kawalan suara. Wow menariknya! Harga perumahan Izara @ Bayu Sutera bermula dari RM553,xxx. Perumahan Izara @ Bayu Sutera juga memiliki taman residensi sendiri. 

Kemudahan Yang Kondusif di Izara @ Bayu Sutera

Mempunyai keluasan tasik sebesar 3 ekar, penghuni di sini dapat melakukan aktiviti 'outdoor' seperti jogging, parcourse, plaza deck, water features dan pelbagai lagi. Juga terdapat kemudahan seperti taman permainan, gelanggang badminton, parcourse, laluan refleksologi dan sebagainya.

Menariknya, bakal penghuni Izara @ Bayu Sutera juga layak menjadi ahli di d’Tempat Country Club secara percuma di mana merupakan pusat hiburan dan beriadah terbesar di Negeri Sembilan penuh dengan tarikan seperti kolam renang, gimnasium, gelanggang tenis, snooker, ruang event dan juga kafe.


Selain itu, kedudukannya yang terletak berdekatan dengan Matrix Global Schools seperti Matrix Private School, Matrix International School dan Matrix International Pra Sekolah yang dibangunkan seluas 20 ekar dengan seni bina dan dalaman yang unik mengikut gaya Sekolah kolonial British klasik. Turut dilengkapi dengan kemudahan dan kurikulum yang mampu menampung 2,500 pelajar tempatan dan asing.

Bagi yang suka dengan aktiviti sukan yang lasak, korang boleh akses ke X-Park kerana terdapat sukan seperti ATV, Go Kart, flying fox, paintball, memanah dan banyak lagi. Bestnya, banyak aktiviti yang dapat dilakukan bersama keluarga.



Juga berdekatan dengan Sendayan Merchant Square yang terdiri daripada 163 unit pejabat kedai yang berhadapan dengan Carnelian Park iaitu sebuah taman awam yang dibina oleh pemaju dalam kawasan komersial untuk ikatan komuniti. Berkeluasan tanah simpanan seluas 6.4 ekar untuk pembangunan pusat beli-belah kejiranan pada masa hadapan.

Promosi 'Gempak Raya Bonanza' Sedang Dijalankan

Bersempena dengan musim perayaan, pemaju menawarkan promosi Gempak Raya Bonanza iaitu bakal penghuni yang ingin membeli Izara @ Bayu Sutera layak mendapat Rebat tambahan sebanyak RM10,000, penjimatan sehingga RM74,000. Fuhhh, mantap promosi ni. Rugi tak grab!


Jadi apa korang tunggu lagi? Sekiranya korang mengimpikan kediaman di pinggir tasik, Izara @ Bayu Sutera ini merupakan pilihan terbaik. Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Matrix Concepts di talian 1 800 88 2688 atau lawati http://izara2.bayusutera.com untuk maklumat lanjut.




#BayuSutera #Izara #BandarSriSendayan #LakesideResidences #Smarthome #GempakRayaBonanza #BSSDevelopment






0 تعليقات

إرسال تعليق

Post a Comment (0)

أحدث أقدم