Resepi Ayam Masak Lemon Mudah & Simple


Resepi Ayam Masak Lemon Mudah & Simple | Salam. Hai laaa dah hampir bagi kita menunaikan ibadah berpuasa kan? Ada yang terbabas tak? Kalau ada disebabkan sakit atau datang bulan, tak pa lagi. Janji ganti puasa tau.

Okay, syira dah lama tak kongsi resepi masakan. So saja la nak kongsi resepi yang syira masak kelmarin iaitu ayam masak lemon. Actually syira tengok resepi ni dekat Facebook tapi syira tak ikut 100% sebab tak cukup bahan. Syira olah ja asalkan jadi.

Bahan-bahan A untuk ayam

Ayam dipotong sederhana kecil
2 cwn Tepung gandum
2 cwn Tepung beras
1 sb Serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Bahan-bahan B untuk kuah

Halia
4 ulas Bawang putih
1 biji Bawang besar
1 biji Lemon
Sos tiram
Bancuhan tepung jagung
3 sk Gula
Garam secukup rasa
1 Kiub pati ayam

Okay jom kita mula! Mula-mula perapkan ayam dengan bahan A. Tak perlu lama pun. Setengah jam pun ok. Sebab syira tak sempat nak tunggu lama so sat ja laaa. Hampa rajin hampa tunggu la lama. Haha.

Lepas tu goreng ayam tadi sampai nampak palutan tepung tu bertukar warna emas/golden gituuu. Toskan. Letak tepi sebab kita nak buat kuahnya.

Panaskan minyak sikit. Tumiskan halia dan bawang putih. Dah naik bau, masukkan sikit air. Masukkan kiub pati ayam dan kacau. Lepas tu perahkan setengah biji lemon ke dalam kuah tadi. Jangan buang lagi sebelah lemon tu. Nak guna! Then masukkan sikit sos tiram. Yang ni ikut firasat hati hampa la nak adjust macam mana.

Dah nampak mendidih sikit masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah dia. Syira tak letak banyak tepung jagung. Sebab takut kuah jadi berketul. Masukkan gula. Gula kena lebih tau. Sebab nak balance dengan rasa masam lemon. And season to taste.

Lepas tu masukkan ayam tadi. Hampa gaul la sikit bagi depa bermesra sesama sendiri. Eh. Jangan lupa lemon lagi sebelah tadi, hampa hiris dan campak ke dalam masakan tu. Lepas tu masukkan hirisan bawang besar dgn cili hidup. Sebenarnya cili hidup ni tak dak function pun. Saja la buh bagi nampak berseri sikit. Hahaha

Ok siap! Bulan puasa ni nak rasa tak boleh. So ikut jelah kat hati sanubari uolls. So far depa kata sedap. Depa kata la. Tak tau la kalau depa muhung. Haha tapi tak boleh buat selalu sebab mak syira tak bopa berkenan makan masam masam ni. Taste orang tua gamaknya Hahhahaha

Ok lah selamat mencuba!


2 Comments

  1. Rasa lemon tu pembuka selera.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum haii datang sini blogwalking ^^ terima kasih berkongsi resepi :)

    https://ailya-saffaa.blogspot.com/

    ReplyDelete

Post a Comment

Post a Comment

Previous Post Next Post