Skip Hop Zoo Range - Llama


Skip Hop Zoo Range - Llama | Medina lah yang paling excited bila sampai satu box besar dari Skip Hop. Kemain lagi seronok. Syira pernah review pasal produk Skip Hop sebelum ni. Nanti korang boleh scroll ja archieve syira ya.

Kali ni syira nak review Skip Hop Zoo Range - Llama. Untuk pengetahuan korang, selain llama ada lagi design haiwan yang lain seperti unicorn, fox, gajah, harimau bintang dan sebagainya. Ibu medina terkenan dengan llama sebab comel la pulak rasa. Hehehe

Skip Hop Zoo ni termasuklah:
🐪 Beg galas
🐪 Lunch bag
🐪 Set pinggan & mangkuk
🐪 Set sudu & garfu
🐪 Botol straw


Berbaloi beli untuk anak korang!!

Inilah rupa beg galasnya. Comel tak? Didatangi dengan design yang menarik, bukan anak ja suka. Ibu pun suka. Kebetulan syira memang tengah cari beg galas untuk medina sebab dia suka sangat galas beg cousin dia. So, syira grab la beg galas ni. Boleh lah nak letak keperluan medina seperti lampin, baju salin dan sebagainya. Warna menarik. Soft ja. Sesuai dengan karakter si manja. Kualiti beg yang bagus dan tali boleh dilaraskan mengikut kesesuaian anak. Ada poket tepi sesuai untuk letak botol air atau jus. Extra front pocket boleh letak snek atau apa saja keperluan anak. Yang paling penting phthalate free!


Ini pulak beg bekal. Ala ala.. kecik kecik lagi dah ada lunch bag. Boleh la letak botol susu medina 😜 Kalau anak korang dah bersekolah, bolehlah beli. Bolehlah bawak bekal ke sekolah. Saiz just nice untuk medina. Tak terlalu besar. Terdapat compartment untuk letak barang lain contohnya sudu atau garfu ni. Nanti medina dah masuk tadika bolehlah bawak ye. Untuk sekarang ibu bawak botol susu jelah untuk kemana-mana.


Set pinggan & mangkuk ni kegemaran medina. Alhamdulillah medina bolehlah sikit sikit belajar untuk makan sendiri. Budak-budak ni kan bijak, semua benda kalau boleh nak explore. So sebagai ibu, syira benarkan ja. Tumpah tu perkara biasa. Hehe. Sedikit sebanyak bila medina tengok design cute set melamine ni, medina tak sabar nak makan. Haha pinggan agak praktikal sebab ada separation space untuk letak nasi dan lauk secara berasingan. So nampak lebih kemas la. Yang penting ringan dan sesuai untuk toddler.


Ala.. cutenya garfu dan sudu ni kan? Selain belajar makan sendiri, syira jugak cuba terapkan penggunaan sudu dan garfu dekat medina. Slowly but surely kan sayang? Walaupun still nampak kekok, at least medina cuba. Diperbuat daripada besi keluli yang halus pembuatannya. Tak membahayakan anak, mummies jangan risau okay. Kurang tajam berbanding garfu orang dewasa.


Last one is the straw bottle. Yang ini favourite ibu medina. Haha sebab medina ni memang suka minum air masak. So syira standby siap-siap air dalam straw bottle. Senang nak bawak ke mana sahaja. Syira selitkan ja dekat tepi beg galas. Kalau korang beli, dapat extra straw just in case hilang atau dah rosak. Tahan lasak dan anti leaking. Korang jangan risau, bebas PVC dan BPA👌


Korang boleh dapatkan full set Skip Hop Zoo Range ni dekat details bawah. Berbaloi sangat sebab design cantik dan comel. Kalau anak korang dah bersekolah, disyorkan beli. Hehhee recommended👍👍👍

Skip Hop: @skiphop.asia
Bloom and Grow: @bloomandgrowasia
Smart Mum Asia: @smartmumasia



13 Comments

  1. comel hehe.. yang dewasa pun suka apa lagi kids kan =D

    ReplyDelete
  2. Comel sangat. Beg sesuai dgn Medina :)

    ReplyDelete
  3. Alahai comelnyaa ni mesti x nak renggang. Budak-budak kalau dah suka mesti akan stick je gn benda tu

    ReplyDelete
  4. waa comelnyaa barang2 ni semuaa! design super cute dan colour pon cantik jee tgknya tuu, mesti happy budak2 dpt barang2 ni semua kan baguslaa dpt complete set mcm ni siap bagpack comel tuu.

    ReplyDelete
  5. comelnya beg dan set pinggan mangkuk ni, sesuai dengan si gegurl. dah boleh pergi sekolah melaram dengan beg comel

    ReplyDelete
  6. OMG so cute lah pastu tengok your anak pakai beg tu sangat kena dan sepadan lah hehehee bestnya lengkap dan juga cukup menarik....

    ReplyDelete
  7. awwwwww cute gilaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  8. Alololo comelnya satu set terus , so cute ! Kecik2 dah bergaya ehehe

    ReplyDelete
  9. ya allah comelnya! Memang suka sangat dengan llama sebab fluffy and comel! Untung Medina dapat satu set meal box siap dengan beg! Mesti happy sangat bila nak makan

    ReplyDelete
  10. Barangan dia cute sangat...warna pun menarik..suka kak mid tengok

    ReplyDelete
  11. Alahai comelnya set makan dia. Baru lah di Manja excited nak makan nanti. Tengok bekas dah bersekera, belum lagi tengok hidangan. Color pun lawa.

    ReplyDelete
  12. Alahai comel nya..!! Design cantik, warna ceria menarik. Ini kalau buat hadiah pun lawa

    ReplyDelete
  13. Alahai comelnya bag ni. Mesti anak suka sangat. Hahah sy yang tua ni pun terpikat haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Post a Comment

Previous Post Next Post