Masak Spagetti Segera 3 Minit Dengan Master Pasto


Masak Spagetti Segera 3 Minit Dengan Master Pasto | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ya ampun serius la tiga minit je? Spagetti apa tu masak hanya tiga minit je? Selalu kalau syira dok masak spagetti makan masa lebih kurang setengah jam🤔🤔 Haaa inilah istimewanya Master Pasto.


Dekat rumah memang boleh dikatakan setiap bulan, syira akan masak pasta. Sebabnya kadang-kadang rasa bosan asyik makan nasi ja kan. Medina pun suka makan pasta. Selera minah Itali mek sorang ni 😅 Ibu layankan jelah selera asalkan nak makan.

Master Pasto - Ready To Eat Meal in Malaysia!

Master Pasto merupakan produk keluaran Lioco Food SDN BHD yang telah ditubuhkan sejak tahun 2017 di Pulau Pinang. Walaupun Master Pasto ini spagetti segera atau instant spagetti, Master Pasto tidak mengandungi MSG dan bahan pengawet which is good for my family. Medina pun boleh makan. Semestinya Master Pasto ini halal ye anak-anak. Jangan risau!


Terdapat tiga pilihan spageti yang dijual oleh Master Pasto iaitu Aglio Olio, Bolognese dan Mushroom Cream. Kesemua spageti Master Pasto  ini disertakan dengan ayam. Siapa yang tak suka ayam kan? Dalam setiap kotak disediakan dua peket flexy iaitu sos dan spageti. 'Flexy Packy' yang digunakan selamat dan direka khas bersesuaian dengan suhu semasa penyediaan.

Syira suka semua spageti Master Pasto

Master Pasto Spagetti Bolognese
Rasa sos yang masam dan cukup rasa bagi syira. Disertakan dengan ketulan ayam yang menambahkan lagi selera. Sedap wei. Tak pedas. Just nice kalau nak bagi anak makan.


Master Pasto Spagetti Aglio Olio
Yang ni favourite syira sebab syira memang suka makan pedas. Hehe tekak orang melayu ni memang suka sangat pedas. Tapi bagi syira, tak pedas sangat. Pedas manja-manja ja. Kalau boleh bagi skala kepedasan daripada 10, syira bagi 3/10 ja. Sedap!


Master Pasto Spagetti Mushroom Cream
Adudu.. yang ini pun sedap. Semua sedap pendek cerita. Yang ini Medina suka sangat. Banyak dia makan sebab sos cendawan yang sangat sedap dan penuh krim. Cukup rasa dan kena dengan selera kami anak beranak hehe.


Mudah je nak sediakan!
Boleh reheat dengan microwave atau didihkan di dalam periuk selama tiga minit. Dah siap! Mudah kan? Orang putih kata 3 minute wonder gitu. Haha



Master Pasto ini tak perlu disimpan di dalam peti sejuk dan sangat bersesuaian bagi korang yang suka travel. Sebab ready meal kan? Buka dan reheat je. Dah boleh makan. Spageti pun dimasak al dente gitu. Korang jangan risau, its Halal. Kalau nak travel confirm syira beli Master Pasto. Support sikit Malaysia Halal Food.

Korang nak cuba? Boleh terus order di maklumat di bawah⤵⤵
Facebook: Master Pasto
Instagram: @masterpasto

23 Note(s) ?

  1. Senang dan mudah..
    Bawa gi travel pun senang ni kannn...

    ReplyDelete
  2. sesuai untuk saya yang tetiba rasa malas nak masak harini ... hahahah =)

    ReplyDelete
  3. Nampak mudah sangat nak sediakan ye?. Kalau travel baguih la bawak ni. Senang pun senang je. Tak payah susah susah dan cara penyediaan sekejap je.

    ReplyDelete
  4. Hari tu nampak ni kat Ekspo halal tapi tak beli. Takut x sedap. Skali tgk ni, alahai...macam menyesal plak tak beli & rasa.

    ReplyDelete
  5. wahhh ! baguslah sekarang ada benda2 instant macam nie. maklumlah, bujang2 nie malas nak masak banyak2. plus xada masa nak masak. dgn adanya pasta instant nie senang jelah nanti. 3 minit je dh siap. mudah dan pantas.

    ReplyDelete
  6. macam best je. boleh masak bila masa and boleh bawak kemana je. in shaa Allah akan beli nanti. terbaik! :)

    ReplyDelete
  7. Memang mudah sangat nak sediakan nie. Nie kalau simpan kat pejabat sangat membantu nie, especially time overtime ataupun time malas nak keluar lunch kan.

    ReplyDelete
  8. Dah makan semua ni . Semua sedap. Tapi paling suka Spaghetti Aglio Olio tuhlah. Pedas dan rasa memang kena dengan tekak .Pedasnya memang cukup .Puas hati. Nak sediakan pun cepat

    ReplyDelete
  9. Spagetti one of my favorite ! tapi tula, kalau sendiri masak tak berapa nak berselera hahaa ^ dengan adanya Master Pasto semuanya nampak mudah & senang nak bawa kemana-mana

    ReplyDelete
  10. Nom nom sedap ya. Kalau nak bawa pergi travel memang wajib bawa produk ni. Sebab anak2 memang excited makan spaghetti

    ReplyDelete
  11. elok sangat bawa pergi travel lagi-lagi negara susah nak jumpa makanan halal. kena beli standby kat rumah, kan lapar boleh makan

    ReplyDelete
  12. spaghetti ni memang sedap, haritu dah cuba tester di MSU, senang dimasak sedap dimakan. Heheh

    ReplyDelete
  13. Mudahnya cara penyediaan. Sesuai sangatlah kalau nak bawak travel. Ataupun buat stok kat rumah. Time lapar, panaskan je, hehe

    ReplyDelete
  14. Kita suka yang Spaghetti Bolognese tu memang sedap dan menjadi pilihan kat dalam tu pulak banyak daging ayam tu memang puas makan halal lagi kita standby untuk puasa nanti senang nak makan sahur wakakakaka..

    ReplyDelete
  15. Sennag sangat ni. .Rendam sahaja dah siap. .Bolehla buat stok puasa travel ke kan. .Kita suka makan spageti ni. .Nampak sedap ni

    ReplyDelete
  16. Lia dah cuba pasta ni memang mudah & pantas cara penyediaan. Tak payah nak ambil masa lama. sedap dan penting ada halal certified.

    ReplyDelete
  17. Sedapnya pasta spagetti.
    Selalu masak goreng je. Sekarang ni dah mudah kan.
    Sbb ada yang instant macam ni.
    Jadi kalau nak pergi travel pun boleh bawak.
    Takde la makan meggi je. Hehe

    ReplyDelete
  18. Memang sesuai sangat untuk orang yg tak ada masa & org yg ada masa tapi malas nak masak hahaha

    ReplyDelete
  19. Sedap nya 🤤. Terasa nk borong benda ni. Blh lh masak masa2 malas nnti 🤭 Do follow my blog too 😎

    ReplyDelete
  20. wah biar betul, 3 minit je guna produk ni. memang mudah la untuk orang-orang bujang nak masak dan makan spageti kan. kena cri ni buat stok kat dapur.

    ReplyDelete
  21. Sedapnya Master Pasto spaghetti..saya suka beli dan standby dekat rumah sebab anak2 suka makan spaghetti..kalau malas nak masak saya sediakan sahaja Master Pasto ni.

    ReplyDelete
  22. Wah ni best sangat, nampak sedap and yang penting boleh siap dihidang dalam masa yang cepat and mudah pulak.

    ReplyDelete
  23. Bolelah jadi orang itali tiap hari, haha..

    ReplyDelete