Aktiviti Outdoor Menarik di Awanaz Rarecreation, Kedah



Aktiviti Outdoor Menarik di Awanaz Rarecreation, Kedah | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hai korang! Siapa kat sini sukakan aktiviti outdoor yang santai ataupun lasak? Angkat tangan sikit๐Ÿ™‹๐Ÿ™Œ Syira assume di sini mesti ramai saja yang berminat malahan sering meluangkan masa melakukan aktiviti outdoor kan? For that reason, syira nak share dengan korang mengenai Awanaz Rarecreation.

Awanaz Rarecreation? Bagi yang tertanya-tanya Awanaz Rarecreation merupakan tempat rekreasi yang menyediakan pelbagai aktiviti luar rumah yang menarik untuk korang yang meminati aktiviti outdoor. Selain daripada itu, Awanaz Rarecreation juga menyediakan tempat untuk perkhemahan. Tiba-tiba teringat lagu berkhemah bersama si nopal๐Ÿ˜… Oh ya, Awanaz Rarecreation ditubuhkan pada 5 Disember 2018.

Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama keluarga dan rakan-rakan. Tunggu sat nohh satgi syira cerita aktiviti apa yang disediakan di Awanaz Rarecreation ini. Bagi syira, Awanaz Rarecreation ini mempunyai keunikan tersendiri. Selain lokasi yang menarik dan strategik, korang juga dapat menikmati keindahan alam sekitar.

Lihat saja lah Awanaz Rarecreation ini dikelilingi dengan bukit, hutan dan sungai. Bunyi macam menenangkan ja kan? Kalau korang sukakan percutian yang memerlukan ketenangan dan privasi, Awanaz Rarecreation patut masuk wishlist korang. Okay kat bawah ni antara aktiviti yang disediakan di Awanaz Rarecreation.

๐ŸŒณHiking bukit
Bestnya hiking bukit. Korang ada teroka keindahan alam semula jadi selain meningkatkan stamina badan korang. Haa gitu

Perkhemahan
Aktiviti yang paling popular dikalangan pelajar sekolah. Sesuai sangat untuk adik-adik berkhemah. Jangan kata student, family pun boleh berkhemah.

๐ŸšœATV ride
Ini antara aktiviti yang syira minat. Sebab challenging bagi syira. Kalau korang tak reti handle ATV memang susah sikit. Tapi korang kena cuba.



Meredah sungai dengan menaiki bot
Unik kan? Ini pun something yang rare. Dapat redah hutan dengan menaiki bot.

๐ŸนArchery game
Korang juga boleh mencuba permainan memanah yang turut disediakan di Awanaz Rarecreation.

Selain daripada aktiviti-aktiviti di atas, terdapat jugak aktiviti lain seperti memancing ikan, menanam padi, membuat jerat di hutan, BBQ, berkelah dan banyak lagi. Korang request sahaja nak buat aktiviti, inshaallah Awanaz Rarecreation boleh realisasikan hasrat korang.

Di Awanaz Rarecreation, juga boleh diadakan "Garden Wedding". Haaa.. kalau korang impikan perkahwinan ala ala Yuna tu boleh cuba adakan di Awanaz Rarecreation. Bukan setakat wedding, program lain seperti explorace, team building, seminar juga boleh dilakukan di Awanaz Rarecreation. Jadi apa korang tunggu lagi? Jom bercuti di Awanaz Rarecreation!





Untuk maklumat lanjut dan tempahan:

WEBSITE | INSTAGRAM | FACEBOOK

Lokasi: No 1331 Awanaz, Kampung Charok Tok Lateh, 06000 Wang Tepus, Kedah, berhampiran Bandar Darulaman, Jitra, Malaysia.

14 Note(s) ?

  1. Pernah pergi area Wang Tepus kat Jitra ni rumah kawan. Aktiviti yang sangat menarik kalau datang kat sini ye dengan ATV, suasana kampung, meredah sungai dengan menaiki bot dan juga ada durian? Kalau musim memang best la!!!

    ReplyDelete
  2. Teringin nak try ATV. Tunggu nnti anak dah besar nk suruh dia join sekali. Anak keciknni terbatas sikit nak main outdoor.

    ReplyDelete
  3. Menarik juga tempat ni ye. Hiking bukit tu bukit apa? Tinggi tak? Sejak ada anak lama dah mendaki. Taktau la larat lagi ke tak. aTV penah try gak dulu kat Kemensah.

    ReplyDelete
  4. Boleh la nak cuba nnt...selalu lalu lalang kat kedah..kedah mmg kaya ngan nature..kalau org suka nature mmg best ni

    ReplyDelete
  5. Waaa.. Banyak aktiviti boleh dibuat.
    Menarik semua aktiviti tu..
    Kalau ada geng lagi la best kan buat aktiviti tu semua..

    ReplyDelete
  6. Wah tetiba kita pulak teruja tengok tempat ni. Banyak betuk aktiviti menarik kt sini ya. Saya tak pernah lagi ke sini. Hope one day boleh la ke sini.

    ReplyDelete
  7. wow Kedah looks so nice now. Haven't been to Awanaz Rarecreation, but it seems like a good place from your blog post.

    ReplyDelete
  8. Kadang2 mmg kena buat aktiviti kat luar bandar ni, back to the nature. Siap dpt buah durian tu! Sedap tak durian kampung / hutan tu?

    ReplyDelete
  9. Wahhhh banyak betul aktiviti yg boleh dilakukan di hutan rekreasi nis. Nanti kalau je sana, sy rujuk entri nie. Teringin pulak nk ke sana. Tebang

    ReplyDelete
  10. Sesekali dapat lakukan aktiviti mcm ni seronok gak..kalau asyik terperap je kat rumah boring gak. Hope kalau sis ke sana dpt le singgah tempat ni dn beraktiviti di sana

    ReplyDelete
  11. best nya kalau join aktviti macam ni.. meredah sungai dengan bot tu paling TB suka.. even dalam hati ni suka je fikir ada buaya tak dalam sungai yang tenang tu? hahaha

    ReplyDelete
  12. Bestnya kalau dapat sertai aktiviti macam ni..sekali sekala dapat terokai alam semulajadi sambil beriadah memang syok..dekat Kedah jer ni..boleh intai2 ni

    ReplyDelete
  13. Wow...nampaknya memang best lar kalau boleh pergi sana untuk menikmati pelbagai jenis aktiviti radiah yang disediakan. Kena lar bookmark page ini.

    ReplyDelete
  14. Kak pun suka aktiviti mcm no, mmg emjoy dan mengiki fizikal dan mental

    ReplyDelete