Ainaa Cleanser Dan Ainaa Serum Daripada Syafiqah Ainaa

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca syira. First and foremost tahniah diucapkan kepada pasangan berbahagia, Syafiqah Ainaa dan Hafiz Mahamad di atas kejayaan dalam menghasilkan produk berkualiti seperti Ainaa Cleanser dan Ainaa Serum. Sekali gus membuktikan produk tempatan Malaysia mampu mencipta nama baik sebaris dengan jenama tersohor yang lain. Sejujurnya, syira follow up kisah Syafiqah Ainaa ini sebelum mereka berdua berkecimpung di dalam bidang perniagaan. Banyak cerita viral mengenai pasangan merpati dua sejoli ini. Syira tak perlu cerita, korang pun tahu kan? Hehe okay mari syira kongsikan dengan pembaca syira mengenai dua produk best ini.


Ainaa Cleanser 2in1 Purifying Gel
Kenapa 2in1? Ainaa Cleanser ini bukan hanya pencuci muka tetapi berfungsi juga sebagai pembersih mekap. Wah unik bukan? Sangat memudahkan bagi kalian yang selalu travel ke sana sini. Kalau nak cuci mekap sebelum ambil wudhu pun senang dengan adanya Ainaa Cleanser. Antara bahan yang terkandung dalam Ainaa Cleanser adalah Cocamidopropyl, Lecithin, Dimethicone, Trehalose, Coco Glucoside.

Kebaikan Ainaa Cleanser 2in1 Purifying Gel
✅Merawat masalah jerawat
✅Mengurangkan jeragat
✅Mengurangkan sunburn
✅Mengekalkan hidrasi kulit
✅Melindungi kulit daripada bakteria
✅Melembutkan kulit wajah
✅Membersihkan kekotoran kulit wajah
✅Tidak menyebabkan pori-pori tersumbat


Cara Menggunakan Ainaa Cleanser 2in1 Purifying Gel
Pencuci muka: Basahkan kulit wajah dan cucikan kulit wajah dengan 1-2 pam sahaja. Urut rata ke seluruh wajah. Bilas kulit wajah dengan air sebersihnya. Pembersih mekap: Tidak perlu basahkan kulit wajah. Cucikan dengan Ainaa Cleanser sehingga hilang kotoran. Bersihkan dengan tisu basah atau air bersih. Harga Ainaa Cleanser 2in1 Purifying Gel adalah RM45.

Ainaa Serum
Selain itu, Syafiqah Ainaa juga mengeluarkan Ainaa Serum. Seingat syira, Ainaa Serum merupakan produk pertama yang dihasilkan sebaik sahaja mereka terlibat di dalam perniagaan. Bahan yang terkandung dalam Ainaa Serum adalah timun, lavender, aloevera, saponaria officinalis/soapworts dan asparagopsis armata.

Kebaikan Ainaa Serum
✅Menyegarkan kulit wajah
✅Melembapkan kulit
✅Mengurangkan pigmentasi
✅Menghilangkan kesan jerawat
✅Mengurangkan lingkaran gelap di mata
✅Mengurangkan jeragat
✅Mengecilkan liang roma pada wajah
✅Mencerahkan kulit



Cara Menggunakan Ainaa Serum
Digunakan selepas mencuci kulit, sapukan serum secara rata di kulit muka. Boleh digunakan 2-3 kali sehari. Harga Ainaa Serum adalah RM65.

Testimoni Syira

Ainaa Cleanser: Syira menggunakan Ainaa Cleanser sebagai pembersih muka dan make up removal. Sangat menyenangkan bagi syira jika hendak pergi ke mana-mana. Segala kekotoran mudah ditanggal dengan menggunakan Ainaa Cleanser. Syira boleh dikatakan kerap juga mengenakan solekan jika keluar. Jadi dengan adanya Ainaa Cleanser, dapat mengurangkan masalah jerawat. Korang jangan tak tahu pulak, kalau solekan tak bersih memang mengundang miss J. Hehe
Ainaa Serum: Syira paling suka gunakan Ainaa Serum sebab tekstur serum yang ringan sahaja. Senang meresap ke dalam kulit. Bau pun sangat wangi. Sepanjang syira menggunakan Ainaa Serum, masalah eyebag semakin berkurangan. Syira selalu apply Ainaa Serum sebelum tidur di bawah mata supaya bangun tidur tidaklah bermata panda. Hihi



Haaa.. korang jangan lupa cuba tau. Harga combo untuk Ainaa Cleanser dan Ainaa Serum ini adalah RM110. Harga yang sangat berbaloi dan packaging pun tampak eksklusif. Dekat mana nak tempah? Korang boleh layari di maklumat bawah ini:



24 Comments

  1. Terpandang tentang mereka ni di Youtube kalau tak silap.

    ReplyDelete
  2. aku suke tgk marketing founder produk ni... semoga produk ni memberi manfaat kpd ramai.

    ReplyDelete
  3. Makin meni gkat naik produk ni walau awalnya dikecam sedsyat dasyatnya kan...
    InsyaAllah makin kembang bisnes.. cambest je demo awak buat sbb step by step. Thank u share

    ReplyDelete
  4. Banyaknya serum kat pasaran sekarang ni. Kena pilih yang sesuai dengan kulit. TQ share info tentang ainaa cleanser dan serum ni

    ReplyDelete
  5. Ainaa skincare ni best. Kita pun guna juga.
    Masa operation haritu, cleanser ainaa kita bawak.
    Senang. Sebab packing dia pun botol macam tu.
    Pastu best bila lpas cuci muka segar je.

    ReplyDelete
  6. sis pon suka kalau serum yang meresap kedalam kulit..nanti kulit muka akan terasa lembab & gebu..nanti nak beli juga laa

    ReplyDelete
  7. Ramai kawan2 kita dah pakai produk ni...bagus katanya

    ReplyDelete
  8. Looks like a good product. Will give a try soon.

    ReplyDelete
  9. menarik ainaa serum ni. Blogwalking n singgah follow di sini.. sudilah singgah ke blog saya https://faradidi.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. Sis ada baca review tentang produk ni, ramai jugak yang kata bagus ya. Bolehlah nanti sis cuba jugak nanti. Fungsi 2 dalm 1 ni menarik gak..senang nak bawak travel

    ReplyDelete
  11. Aina ni nampak bagus ye.. Tengok ramai yang guna bagi feedback positif. . Ckenaser dia tu menarik sangat

    ReplyDelete
  12. Banyak dah Rawlins baca review yang bagus berkenaan produk Ainaa nie. Packing pun nampak sangat cantik dan chic.

    ReplyDelete
  13. Emi ada try jugak dua2 item ni last month. Not bad lah. Emi suka tekstur serum dia tu, macam cepat meresap ke kulit.

    ReplyDelete
  14. Ramai yang review produk ni kata bagus .Kalau serasi better teruskan tak perlu tukar tukar skincare kan .Macam saya dah biasa pakai skincare berasaskan bahan semulajadi

    ReplyDelete
  15. Nampak bagus ya produk Ainaa nie. Ramai bagi feedback positif. Tekstur dia nmpk menarik sbb jenis x melekit n senang nk remove make up dgn sekali calit.

    ReplyDelete
  16. Ramai juga sharekan tentang produk ni... Rasa macam nak cuba pulak.. Tunggu produk yg ada ni habis dululahh nice sharing😄

    ReplyDelete
  17. Love the sleek packaging of Ainaa Cleanser and Ainaa Serum. I have yet to try this brand. tapi macam best after read your review hehe

    ReplyDelete
  18. Dah lama terdengar ramai yang rekomen produk ainaa ni, terutama sekali produk serum ni. Kalau macam ni saya kenalah rekomen untuk isteri saya.

    ReplyDelete
  19. It's my first time get to know about this brand and i like to check it out too.

    ReplyDelete
  20. wao.. i got new things to buy for my muslim friends d... at least this is halal for them..

    ReplyDelete
  21. TB pun guna ni.. hari tu balik kampung TB terlupa bawak balik serum ainaa...huwaa. segala mak nenek makeup tertinggal kat kl.. balik kampung terpaksa pi beli makeup kat eco shop je.. untuk makeup2 pi kenduri.. hahaha.. yang cleanser pi beli kat guardian.. hee... tak berserum malam2 teman kalau dab tertinggal ainaa serum ni

    ReplyDelete
  22. ramai yg bagi review bagus pasal produk ni ...

    ReplyDelete
  23. Dlu masa produk dye muncul, mcm2 org kecam. Tapi skrg ni mmg byk baca feedback +ve

    ReplyDelete

Post a Comment

Post a Comment

Previous Post Next Post