Belajar Makan Dengan Oxo Tot Training Plate dan Cutlery Set


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca. Sebagai ibu, kita mahukan yang terbaik untuk anak-anak kita. Kita juga pastinya mahukan anak-anak kita mampu menjalani kehidupan seperti yang lain. Contohnya berkemampuan untuk makan menggunakan peralatan dengan betul. Untuk itu, syira memperkenalkan Medina dengan Oxo Tot Training Plate dan Cutlery Set.

Oxo Tot Training Plate
Seawal usia 6 bulan si manja anda boleh menggunakan Oxo Tot Training Plate ini. Syira suka sangat dengan Oxo Tot Training Plate yang direka khas dengan lingkaran pinggan yang boleh ditanggal. Wah, lain macam ye boleh ditanggal. Ini bertujuan supaya segala makanan yang dihidangkan tidak senang terkeluar atau tumpah daripada pinggan. Sekiranya si manja sudah pandai menggunakan Oxo Tot Training Plate boleh la tanggalkan lingkaran pinggan tersebut. Medina masih lagi di dalam proses pembelajaran. Boleh la sikit-sikit guna. Lama-lama nanti pandai la kan. Hehe.
Oxo Tot Training Plate juga dicipta khas sebagai anti slip base supaya tidak licin dan kekal stabil di atas meja. Wah bagusnya. Sesetengah si manja kan agak lasak, jadi pinggan boleh terjatuh sekiranya ditolak. Oxo Tot Training Plate juga bebas BPA, PVC dan phthalate. Sememangnya sangat selamat untuk anak-anak. Oh ya, Oxo Tot Training Plate juga selamat digunakan di dalam gelombang mikro anda. Senang la kerja ibu kalau nak panaskan makanan Medina.


Oxo Tot Cutlery Set
Selain daripada training plate, syira juga introduced Medina dengan Oxo Tot Cutlery Set. Oxo Tot Cutlery Set dilengkapi dengan sudu, garfu dan pisau yang diperbuat daripada keluli. Oxo Tot Cutlery Set sangat selamat untuk usia Medina yang baru setahun enam bulan. Material keluli yang digunakan lebih halus pembikinan jika hendak dibandingkan dengan sudu orang dewasa. Taklah ibu risau Medina nak guna garfu hehehehe. Sebab tidak setajam garfu orang dewasa punya. More safe and effective cutlery.
Saiz Oxo Tot Cutlery Set juga bersesuaian dengan Medina. Easy to grab and hold. Bersesuaian lah dengan proses Medina yang masih in training to the grown up table.Oxo Tot Cutlery Set ini juga bebas phthalate, BPA dan PVC. Oxo Tot Cutlery Set juga terdapat dalam warna aqua, hijau dan merah jambu. Yang Medina punya warna hijau.



Untuk maklumat lanjut:
Facebook: Bloom & Grow / Smart Mum


6 Comments

  1. Wahh ada juga ya set training untuk belajar makan. Zaman sekarang macam2 dah ada ye. Nampak telur kukus tu buat kami teringin pulak nak makan. Hehe. Btw, semua peringkat umur boleh kan?

    ReplyDelete
  2. Ada pisau kecil jugak ya.. Comelnya.. Garfu nampaknya lebih selamat untuk anak-anak yang belum pandai guna lagi

    ReplyDelete
  3. Wah comelnya si manja tu makan. Nampk berselera jer heheh. Produk ni mmg bagus dan selamat digunakan. Mmg rekomen pd mereka yg ada anak kecik

    ReplyDelete
  4. Waw... Bagusnya set ni. Kecik kecik lagi kita dah didik anak cara penggunaaan cutlery set. Cara penggunaan yang betul dan selamat.. 👍

    ReplyDelete
  5. Comelnya la training set gini. Yang penting menarik hati anak-anak dan selamat digunakan. Comel la. Macam nak satu plak set nie. Haha

    ReplyDelete
  6. Alahai comelnya. Hehehe. Teringat set makan minum anak-anak. Masa kecil kita bleh pilih. Bila dah besar. Mula lah pilih nak upin ipin, boboboy, little poney.

    ReplyDelete

Post a Comment

Post a Comment

Previous Post Next Post