Aku Dan Migrain

Assalamualaikum semua. Sapa kat sini pesakit migrain? Sep sikit. Boleh geng dengan syira. Syira start migrain masa syira masuk Uitm dulu. Semester pertama pulak tu. Selalu sakit kepala. Last last pi check dekat Unit Kesihatan, doktor sahkan syira ada migrain.
Seumur hidup ingat sakit kepala biasa jelah. Tapi berdenyut denyut sebelah kepala ni. Kadang tu berlarutan sampai 2 atau 3 hari. Kalau ampa nak tau, dulu syira selalu tempek plaster 'kokyok' tu dekat dahi. Sampaikan makcik cleaner pun tegur "kesian.. tampal setem ek" hehehehe
Gituu la rasanya macam ada orang screw😂
Bila migrain ni sedikit sebanyak mengganggu kehidupan seharian syira. Sebabnya pesakit migrain ni tak boleh terdedah dengan cahaya dan bunyi. Memang kena bergelap ja. Syira selalu sangat bergelap dalam bilik kalau migrain menyerang. Kalau boleh bunyi bising sikit pun tak boleh. Rasa bertambah berdenyut. Kadang sebab cuaca terlalu panas pun tak boleh jugak.
Arwah ayah syira selalu tegur "hang ni asyik sakit kepala ja" hahaha. Nak buat macam mana. Sakit Allah nak bagi. Redha jelah kan. Tapi alhamdulillah sepanjang syira pregnantkan si Medina, syira tak migrain langsung. Pelik. Kalau tidak dalam sebulan mesti kena punya.
Selalunya kalau migrain, syira suka mandi lama-lama. Biar air jatuh atas kepala lama sikit. Boleh la rasa lega sikit. Kalau orang tua dulu cakap tepuk dekat ubun kita masa air mengalir atas kepala. Entah la. Tak pernah cuba.
Selain daripada tu boleh try rendam kaki dengan air ais. Pastu letak ice pack dekat belakang leher. Yang ni berkesan bagi syira. Tapi kalau dah melarat sangat, syira akan telan ubat. Dulu syira memang kaki telan ubat migrain, asal sakit ja telan. Cuma sekarang ja kurang dah. Nak lawan sendiri sakit tu. Gituuu
Eh kalau korang ada tips lain boleh la kongsi dekat komen. Mana tau syira boleh cuba. Ok tu ja. Bye

6 Note(s) ?

  1. sha pun selalu jugak sakit kepala sekarang, mungkin sebab panas :3 takpi check pun haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup panas pun punca sakit kepala. Drink more water okay

      Delete
  2. rasanya kena jugak migrain ni tapi dok fikir tu sakit kepala biasa je. Kalau panas memang confirm sakit kepala teruk

    ReplyDelete
  3. trademark tampal koyok tuh lahhh punca aku kenal kau.hahahhaa...

    ReplyDelete
  4. Even me myself xde migrain pun x boleh tidur under the light and ade bunyi langsung

    ReplyDelete
  5. aida xde migrain.
    pernah kena sakit kepala yg teruk, syiera.
    gi doktor, tu hanya la sakit kepala biasa. stress kot.
    bukan migrain. itu pun rasa nak hentak kepala kat dinding tau.
    aduhai...

    ReplyDelete