Anugerah Skrin 2018


Anugerah Skrin 2018 bakal berlangsung pada malam ini, 2 November 2018 jam 9.00 malam. Siapa kat sini ternanti-nanti Anugerah Skrin setiap tahun? Syira boleh dikatakan tidak terlepas peluang untuk menonton setiap tahun. Acara kemuncak la katakan.
Drama dah tengok jadi mestilah kita nak tau siapa pemenangnya kan? Antara drama yang bertanding bagi Drama Terbaik seperti Aku Nazmi, Qalbu, Cucu Atuk dan banyak lagi. Kalau pilihan syira semestinya drama Qalbu sebab storyline agak mantap. Sedih giler drama ni😣
Tambah yang berlakon pulak pelakon veteran lagi la menambahkan kesyahduan drama ni. Tapi tak tau la kan, drama lain pun best jugak. Ini cuma pilihan syira je. Hehehe okay jom tengok kategori lain pulak.

KATEGORI DRAMA

  1. Drama Terbaik
  2. Pengarah Drama Terbaik
  3. Videografi Drama Terbaik
  4. Lakon TV Terbaik
  5. Penyunting Drama Terbaik
  6. Pelakon Lelaki Terbaik Drama
  7. Pelakon Wanita Terbaik Drama
  8. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama
  9. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama
  10. Drama Komedi Terbaik
  11. Drama Rantaian Terbaik ( Kategori Bahasa Melayu )
  12. Drama Rantaian Terbaik ( Kategori Bahasa Cina ) *Baru
  13. Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian ( Melayu/Cina ) *Baru
  14. Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian ( Melayu/Cina ) *Baru

KATEGORI FILEM

  1. Filem Terbaik Filem
  2. Pengarah Terbaik Filem
  3. Lakon Layar Terbaik Filem
  4. Pelakon Lelaki Terbaik Filem
  5. Pelakon Wanita Terbaik Filem
  6. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem
  7. Pelakon Pembantu Wanita terbaik Filem
 KATEGORI BUKAN DRAM DAN TEKNIKAL
  1. Rancangan Majalah Terbaik
  2. Rancangan Realiti Terbaik
  3. Rancangan Anugerah Terbaik
Apa apa pun malam ni kita saksikan para pemenangnya. Ok la bye.

1 Note(s) ?