Malaika Oil - Rawatan Jerawat Terbaik




-Iklan-

Assalamualaikum


Dua minggu lepas, syira menerima email daripada pihak HQ Malaika Oil untuk menawarkan syira mencuba sendiri produk Malaika Facial Treatment Oil. Sebelum ni, syira pernah juga terdengar mengenai produk ni. Tapi ini kali pertama syira menggunakan minyak ajaib ni. Kenapa syira cakap ajaib? Haaa you guys kena baca testimoni syira sendiri.






Kandungan Malaika Oil
- Minyak zaitun
- Minyak lemon
- Minyak castor
- Serbuk temu lawak
- Herba & bunga-bungaan


Keunikan Malaika Oil dalam menggunakan bahan-bahan semula jadi dalam merawat kulit yang bermasalah seperti jeragat degil, jerawat, parut dan sebagainya. Yang paling penting, its chemical free ! Syira suka bau minyak ni sebab wangi. Rasa macam nak makan pun ada. Haha bau lemon yang sangat wangi dan tak memeningkan kepala bila kita apply.


Kebaikan Malaika Oil
- Merawat jeragat degil
- Mengecutkan jerawat
- Mengurangkan minyak berlebihan
- Mengecilkan pori-pori
- Melembapkan kulit
- Merawat parut jerawat


Basically syira tidak mengalami masalah kulit yang serius. Cuma syira ni selalu naik jerawat bila nak datang bulan. Eleh hampa jangan tipu macam hampa tak pernah ja kan kan. Its hormone people. Biasalah perempuan berubah hormon sikit mulalah miss J sibuk nak naik sebijik. Stress tau orang dok tegur "eeeee.. jerawat wei. Tuuuu". Alah come on macam tak pernah jumpa jerawat. Hihi Kalau husband syira lagi la, "rasa macam nak picit ja. Gerammm". Tepuk dahi aku.




Haaa.. gambar atas tu perasan tak ada sebijik miss J parking dekat dahi syira. Terserlahkan. Gambar ni beberapa hari sebelum syira menggunakan Malaika Oil. Memang syira tak suka bila tumbuh jerawat. Nak keluar pi mana-mana pun rasa malas tau. Masa mula syira start guna, syira sempat berhubung dengan pengasas Malaika Oil. Nasihat owner sendiri supaya menggunakan minyak tersebut sehari sekali pada mulanya supaya kulit kita adapt. Dah okay baru dua kali sehari. Meh syira cerita sikit cara gunakan minyak ni.


Cara Menggunakan Malaika Oil
Sapukan Malaika Oil ke seluruh muka. Biarkan beberapa minit sebelum 
cuci dengan pencuci muka. Disarankan guna pada waktu pagi dan malam.


Syira selalu guna sebelum mandi. Sebab lebih senang. Sapu minyak lepastu terus mandi. Lepas mandi terasa segar dan bersih ja. Terus terang syira cakap lepas ja basuh muka, kulit terasa lebih lembut. Tahu tak minyak zaitun ni menyerikan wajah kita selain merawat masalah kesihatan? Betul. Dalam Al-Quran sendiri pun ada sebut yang minyak zaitun jernih dan berkilau seperti cahaya. 




Selepas dua minggu syira menggunakan Malaika Oil, jerawat syira dah hilang. Ish, magik betul rasa. Memang berkesan mengecutkan jerawat! Minyak pada wajah pun berkurangan. Kalau tidak, rasa macam ada sekilo minyak di muka lebih-lebih lagi kalau bangun dari tidur. Minyak berlebihan juga punca jerawat naik. Selain itu, Malaika Oil ni bagus untuk menghilangkan kesan kotoran kalau kita mekap. Memang keluar habis kotoran & minyak berlebihan yang kita sendiri tak tau. Selama ni ingat cuci dengan pencuci muka dah cukup bersih. Salah sama sekali. Sebotol ni mampu tahan lama sebab besar la awak. Berbaloi sangat dengan harga.


TESTIMONI PENGGUNA LAIN








HARGA
RM 49.00

Halal JAKIM !!
Lulusan KKM !!


UNTUK TEMPAHAN
Facebook : https://www.facebook.com/malaikaoil
Instagram : https://instagram.com/malaikaoilofficial/
Website : http://www.malaikaoil.com/

ATAU

Sms/Whats app : Taip "MALAIKA" hantar ke 0112 - 572  1213







2 Comments

  1. Kulit cepat berminyak tak klu pki serum ni sbgi pelembap muka? :)

    ReplyDelete
  2. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    ReplyDelete

Post a Comment

Post a Comment

Previous Post Next Post