Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan



Assalamualaikum


Lama betul syira tak update blog. Sememangnya syira busy sangat sekarang ni. Dah tak macam dulu dah. Sibuk bisnes. Andddd sibuk nak kahwin. Pewwiittttt :p Syira baru ja selesai menjalankan ujian saringan HIV. Nak kahwin sekarang macam-macam prosedur. Sabar jelah. 

Seawal 8 pagi syira dah terpacak dekat Klinik Kesihatan. Mak datuk ramai betul rakyat jelata. Syira dapat nombor giliran gila jauh ke belakang. Hampir 50 orang jugak sementara nak sampai giliran syira. Sampai ja giliran syira, staff nurse kasi nombor giliran lain pulak. Tunggguuu lagi.

Lepas 10 minit macam tu, nama syira dipanggil lagi. Syira dikenakan bayaran RM1. Pastu kena isi form. Isi nama apa yg patut. Macam nak jawab exam pun ada kena tick macam2. Lepastu tungguuuu lagi sampai la masuk jumpa doktor. Guess what? Kena kaunseling pulak. Doktor cerita serba sedikit mengenai apa itu HIV, punca HIV etc. Dalam hati syira, "aku pun tau laaaa"

Then barulah sampai masanya untuk ambik darah. Perasaan? Nervous sikit sebab syira tak boleh tengok darah. Istigfar syira masa staff cucuk jarum. Darah tak kuaq pulak dah. Yang ni syira stress. Sebab jarum terpaksa dicabut semula. Lepas tu cucuk balik, Alhamdulillah nak jugak darah kuaq. Tak nak berpisah dgn syira tadi lols. 

Dah settle ambik darah, syira kena bawak sample darah ke makmal untuk lab test. Result HIV kena tunggu dalam 30 minit. Beria ja akak syira cakap kena tunggu 2 minggu la nak tau result. Lepas 30 minit, nama dipanggil. Masuk jumpa doktor untuk dapatkan sijil ujian HIV. Yeayyy!! NEGATIF. Alhamdulillah. Dah boleh kahwin. Hahahahhahah!!




Tapiiiii.. yang tak bestnya syira kena buat Talasemia Screening sebab HB syira sangat low. Takut pembawa Talasemia. Talasemia tu apa? Basically kurang darah merah sobs. Patut la syira selalu tak lepas nak donate darah. Boleh donate tapi lepas donate confirm pengsan haha. Syira dah settle ambik darah untuk Talasemia cuma result belum kuaq. Bulan 8 katanya. Lama betul,

Apa-apa pun Ujian HIV dah settle. Valid sampai 6 bulan tau. Ada benda lain lagi yang tak settle. Borang nikah tak submit lagi. Hantaran lagi. Ala mak serabut. Doakan syira ye!









                                    

4 Comments

  1. Awww.. nak jadi isteri orang dah. In shaa Allah semuanya Allah akan permudahkan. Jom baca sini. http://fassyidas.blogspot.com/2015/06/best-tak-jadi-isteri.html ;)

    ReplyDelete
  2. klinik kesihatan bakar arang ni tutup ari apa ntah?huhu

    ReplyDelete
  3. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    ReplyDelete

Post a Comment

Post a Comment

Previous Post Next Post