Kasut Sekolah Pallas Pilihan Medina Untuk Darjah 1


Kasut Sekolah Pallas Pilihan Medina Untuk Darjah 1 | Pejam celik dah tamat sesi tadika Medina pada tahun ini. Dah nak masuk darjah 1 dah pun, maka persiapan sekolah mestilah kena buat kan? Selain beg sekolah, haruslah kena ada kasut sekolah. Untuk darjah 1, syira memilih kasut sekolah hitam jenama Pallas untuk medina.

Kenapa syira memilih Pallas? Haa.. syira pernah belikan untuk anak saudara sebelum ni, memang tahan lasak dan tapak pun tak pecah. Terbaik la Pallas. Jadi untuk medina pun, syira pilih kasut sekolah Pallas. Harga pun berpatutan je.



PALLAS JAZZ SCHOOL SHOES SINGLE VELCRO STRAP 205/307-0210 BLACK

Haa inilah pilihan kasut sekolah syira untuk medina. Cantik kasutnya. Medina pun suka. Antara kelebihan kasut sekolah model ini adalah:

Single velcro strap

Sangat memudahkan untuk anak-anak yang baru nak masuk darjah 1 kalau kasut sekolah jenis strap macam ni. Lekat ja strap dah boleh gerak!

Kanvas upper yang tahan lama

Kanvas yang digunakan juga tahan lama dan lasak. Sesuai la untuk anak yang lasak macam medina ni.



Tapak dalam istimewa "Better Rebound"

Bagus untuk kurangkan pressure semasa memakai. Rasa macam melantun je bila berjalan.

Arch support

Dengan adanya special insole cushion with arch support ni, kaki anak takkan rasa tegang otot dan selesa ja bila pakai.

X-Light

Ringan betul kasut sekolah ni. Tak terasa berat bila pakai tau. Barulah tak sakit kaki.

Kalau nak tau sistem pengudaraan kasut sekolah Pallas juga bagus. Kaki anak akan rasa lebih selesa dan tak cepat berbau. Korang faham kan, kalau kasut yang lambat kering atau tidak mempunyai pengudaraan yang baik, kasut akan jadi berbau yang tak best.. haaa itulah maksud syira. Tapi Pallas memang terbaik.



Material yang digunakan juga sangat berkualiti dan tahan lama. Kasut sekolah anak saudara syira tu masih elok dan boleh dipakai. Sebab kualitinya memang tiptop dan kasut pun sangat selesa dipakai. Sebab itulah syira letak kepercayaan 100 peratus terhadap jenama Pallas ni. Harga pun berpatutan bersesuaian dengan kualitinya. Berita baik untuk korang, Pallas tengah ada Back To School Contest dan korang berpeluang memenangi Cash RM3000! Wow bestnya.

Kalau korang nak tahu saiz kasut sekolah anak, lebih mudah beli online je. Macam syira pun beli secara online sebab malas nak bersesak-sesak di luar. Mudah dan cepat. Tunggu dihantar je. Boleh beli kasut Pallas secara online di www.wow2wee.com je atau https://www.pallas.com.my. Boleh juga dapatkan kasut Pallas di AEON, Lotus’s, MYDIN Supermarket dan juga kedai-kedai terpilih di seluruh Malaysia.



0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post