Sambil Bermain Free Game, Kanak-kanak Belajar Pengurusan Kewangan

 

Hye semua pembaca blog syira. Bagaimana korang menghabiskan masa cuti sekolah minggu lalu bersama anak korang? Syira nak kongsi game online sambil belajar ilmu kewangan. Mudah sahaja semuanya di hujung jari dan paling best game online ini percuma! Korang boleh layari website ini, https://www.mortgagecalculator.org/money-games

Baca ini juga: Main Game Percuma di Solitaire

Terapkan Kepentingan Literasi Kewangan di Kalangan Kanak-kanak

Sememangnya penting bagi anak-anak diketengahkan mengenai celik kewangan. Antara kepentingan literasi kewangan adalah dapat melatih anak-anak menabung, supaya dapat memupuk sifat tidak membazir dan sebagainya.

So, macam mana nak terapkan aspek ini tapi dengan cara yang lebih menarik perhatian anak-anak? Of course dengan isikan masa lapang dengan game di https://www.mortgagecalculator.org/money-games tapi korang kena pantau la ye. Main pun kenalah berpada-pada.

3 Game Pilihan Medina


- Burger Shop

Medina suka betul game Burger Shop ni. Untuk main game ni, kena fokus untuk siapkan order pelanggan mengikut kemahuan mereka. Juga perlu uruskan stok inventori untuk membeli bahan-bahan burger yang habis. Agak mencabar juga untuk completekan misi di setiap level game ni tapi best. Ibu pun suka juga!

Link >> https://www.mortgagecalculator.org/money-games/burger-shop/



- Cashier Stimulator

Yang ini pun best gila. Korang akan totalkan bil item yang dibeli oleh pelanggan. Seterusnya kumpul bayaran yang diterima. Lagi banyak korang unlock, lagi banyak item yang akan ditambah di kedai korang. Boleh ralit main game ni.

Link >> https://www.mortgagecalculator.org/money-games/cashier-simulator/



- Farm Town

Game ini juga pilihan medina. Cara main pun senang ja, korang perlu tanam tumbuhan dan kutip hasilnya serta membela haiwan sehingga besar. Hasil daripada tu, korang boleh jual untuk dapatkan wang. Wang tu nanti korang boleh gunakan untuk beli benih, perkakasan kulinari dan sebagainya.

Link >> https://www.mortgagecalculator.org/money-games/farm-town/

Selain dari games yang syira kongsikan ni, banyak lagi games yang menarik untuk korang ajak anak-anak main. Korang boleh pilih game yang menarik perhatian korang di website >> https://www.mortgagecalculator.org/money-games << . Masa lapang pun dapat diisi dengan baik bersama anak pada hujung minggu.

0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post