5000 Tasneem Naturel, CF-Patch & Sleep Tight Patchure Diedarkan Secara Percuma!


Assalamualaikum. Cuaca sekarang memang tak menentu kan. Sekejap hujan, sekejap panas yang terik. Sakit kepala ibu kadang-kadang tau. Rentetan itu juga, kanak-kanak juga sering kali tak sihat. Contoh terdekat, tadika Medina laaa.. purata pelajar tidak hadir di dalam seminggu adalah 1 hingga 4 orang kerana tidak sihat. Yelakan, kena faham la bila bercampur dengan orang lain.

Medina pun tak terlepas daripada kesihatan tak menentu. Paling kerap sekali batuk. Sampaikan nak tidur pun susah. Syira pun skrol la dalam website and then terjumpa sesuatu yang menarik iaitu Edaran Percuma! 5000 patchure Tasneem Natural bakal diedarkan secara percuma je korang! Wow menarik untuk dicuba ni.

5000 Patchure Diedarkan Secara Percuma!

Jujurnya, syira memang pengguna Tasneem Natural semasa medina kecil dulu. Bahan yang digunakan juga semula jadi dan selamat digunakan. Korang jangan risau! Tasneem Naturel, CF-Patch & Sleep Tight Patch ini juga selamat digunakan, tidak berbau kuat dan sangat mudah untuk digunakan. Juga korang jangan panik, ia merupakan kelulusan FDA.

Baca sini juga: https://www.syierafirdaus.com/2018/01/tasneem-naturel-balm-kit-bayi-magik.html

Bahan yang digunakan juga premium dan antara bahannya adalah Tendrilleaf & Chekiang Fritillary Bulb yang berfungsi untuk menurunkan suhu panas tekak yang menjadi punca si manja korang batuk. Manakala, Akar Indigowood & Whiteflower Hogfennel Root pula menjadikan tekak lebih selesa dan membebaskan kahak.

CF patch merupakan solusi paling cepat untuk mengatasi masalah batuk berpanjangan, keringkan hingus, melancarkan pernafasan anak dan juga menurunkan suhu badan. Medina sendiri jika selsema atau batuk, memang akan demam. Nak tidur malam pun susah sebab hidung tersumbat. Ini memang solusi terbaik untuk medina ni.

Manakala, Sleep Tight Patch ini bagi membantu si manja korang untuk tidur dengan lebih lena, dan kurangkan keresahan atau meragam serta mengelakkan bayi korang terbangun lebih kerang. Haa.. kang ibu bapa pulak tak cukup tidur sebab anak asyik terjaga je. Bagus la patch ni.



Jangan tak tau, Bilal (anak Neelofa) pun guna tau. Haaa.. bukan biasa-biasa penangan Tasneem Naturel, CF-Patch & Sleep Tight Patch ni. Bertambah yakin lah syira nak cuba untuk Medina. Sembang punya sembang, macam mana nak dapatkan CF-Patch & Sleep Tight Patch ni?


Caranya mudah sekali, korang pergi ke pautan website ini >>> https://www.tasneemnaturel.com/patchure/ dan sila isi maklumat ringkas. Pengedaran patch adalah secara rawak dan akan diedarkan sepanjang tahun 2023. Tetapi... Sekiranya korang memerlukan CF-Patch & Sleep Tight Patch dengan kadar segera, korang boleh beli juga di website ini! Selamat mencuba.

Facebook: https://www.facebook.com/tasneemnaturelhq

Instagram: https://instagram.com/tasneemnaturelhq


0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post