Main Game Online Percuma di Solitaire.org

 

Korang mesti tak lupa kan game daun terup dekat pc masa zaman remaja dulu? Legeng betul game Solitaire ni. Dulu masa setup pc kat rumah selalu juga main Solitaire ni. Tapi korang jangan fikir negatif dulu ye, sebenarnya kalau apa saja jenis permainan selagi tidak melibatkan sebarang taruhan tidak haram ye. Syira main suka-suka je.

Kadang tu bukan apa, penat kerja satu hari, nak juga rehatkan minda. Alihkan perhatian ke tempat lain. Jadi syira pun mainlah game online percuma di website solitaire.org. Ye wak, secara percuma je. Yang bestnya di solitaire.org ni tiada iklan tau. Barulah best nak main game.

Game Percuma di Solitaire.org Tanpa Perlu Muat Turun

Kalau korang nak tau game di solitaire.org tak perlu download tau. Boleh main terus tanpa perlu daftar. Best kan? Banyak pilihan game yang ada di website solitaire.org ni. Tapi syira main yang syira minat jelah. Antara kategori game online di solitaire.org adalah logic puzzle game, word games, hidden object games, mahjong games, card games dan free online game.

3 Pilihan Syira di Solitaire.org

Daily Word Search
Syira suka sangat main game kategori macam ni. Favourite sangat. Game daily word search ni senang ja nak main. Korang hanya perlu cari perkataan dalam grid teka teki. Game ni nampak macam senang tapi syira suka sebab menguji minda kita.

Play this game

The Palace Hotel
Game ini dalam kategori hidden object. Kategori ni pun syira minat sangat. Game ni korang perlu mencari objek tersembunyi. Kalau dah jumpa klik je objek tersebut. Sekiranya gagal untuk mencari, korang boleh klik hint.

Play this game

Zuma Legend
Game ni memang syira pernah main masa kecil dulu. Kita perlu tembak bola yang sama warna sebelum sampai ke penghujung. Semakin kita naik level, semakin susah tau. Menguji betul.

Play this game

Haaa.. banyak lagi tau game yang best. Cumanya syira tak mampu cerita semua. Korang sendiri kena tengok website ni dan main. Memang boleh ketagih tau tapi make sure korang pandai manage masa. Jangan leka pula.

0 تعليقات

إرسال تعليق

Post a Comment (0)

أحدث أقدم