Aplikasi Marrybrown: Tawaran Berbaloi Serendah RM2.90!

Asalamualaikum

Bila dah seminggu berhari raya ni, bosan la juga kan asyik makan lemang, ketupat dan lain-lain juadah hari raya. Tekak rasa nak makan makanan lain pula. Tambahan pula, kedai makan banyak pula yang masih tak buka. So syira ternampak satu posting facebook ni mengenai Aplikasi Marrybrown.

Tertarik untuk tengok dan syira pun muat turun la aplikasi Marrybrown. Terkejut! Sebab banyak tawaran menarik harga dari RM2.90 sahaja.. Rupanya lebih jimat dan berbaloi. Hanya dalam aplikasi Marrybrown sahaja tau. Memandangkan syira dah lama tak makan Marrybrown, makanya syira ajak la adik ipar singgah Marrybrown tempoh hari.

Bila dah ada aplikasi ni lebih mudah nak order. Boleh je terus order guna aplikasi. Lepas tu pick up dekat outlet yang terlibat. Kadang bukan apa, order guna website ni leceh dan lambat, so jangan lupa download aplikasi Marrybrown okay sebab syira nak ajar cara gunakannya. Senang je!


Yang bestnya bila dah download aplikasi untuk pertama kali, korang akan dapat PERCUMA seketul Marrybrown’s Crispy Chicken. Crispy Chicken dia serius sedap. Something different.


Cara-cara Tebus Tawaran Aplikasi Marrybrown

Mula-mula mestilah kena download aplikasi Marrybrown di https://mbapp.marrybrown.com/ atau boleh je taip di google playstore  / app store. Tapi.... Tak semua outlet terlibat tau. Korang boleh semak outlet di sini https://mbapp.marrybrown.com/participating-outlets

Boleh klik Tab Home

Buka je Aplikasi Marrybrown akan tertera deals yang ada selepas klik tab Home. Pilih je mana-mana tawaran yang korang nak, lepas tu klik Redeem. Bila dah klik Redeem akan keluar QR code, so nanti staff akan scan QR code tu.


Klik terus Tab Deals

Nak lagi mudah klik je tab Deals, akan terpampang macam di bawah ni. Macam-macam deals yang ada. Step yang sama ja, pilih dan redeem. Nanti dia akan masuk ke My Reward. Bila dah nak order nanti, staff akan scan je QR code.

Syira suka guna Aplikasi Marrybrown ni sebab kita boleh bajet nak berbelanja. Lebih jimat dan berbaloi dengan tawaran yang ada. Jimat sangat. Next time nak order Boba Milk Tea pulak. Hari tu nak order tapi kehabisan stok. Nampak sangat sedap!

So korang jangan lupa download cepat Aplikasi Marrybrown dan nikmati tawaran yang ada. Rugi tau tak guna. More details:

Website : https://marrybrown.com

IG : https://www.instagram.com/marrybrownmy

FB : https://www.facebook.com/MarryBrownMalaysia

Twitter : https://www.twitter.com/MarryBrownMy


0 تعليقات

إرسال تعليق

Post a Comment (0)

أحدث أقدم