Logo KBBA

Sudio NIO Case Review - Diperbuat Daripada Kulit Epal

 

Terus terang syira dah banyak kali dengar mengenai brand Sudio ni. Cuma belum sempat nak review jenama ini. Dok tengok blogger lain ja review. Macam best je terutama sekali wireless earphone Sudio. So, kali ni syira berkesempatan untuk menggunakan Sudio NIO berserta case yang mesra vegan!

Bagi yang tak tau, Sudio ini jenama berasal dari Sweden tau. Antara produk Sudio adalah Sudio Tolv, Sudio Ett, Sudio Elva, Sudio Fem dan Sudio Femtio. Yang syira nak review ni Sudio NIO dengan 4 pilihan warna yang menawan iaitu Hitam, Hijau, Putih dan Aurora. Syira memilih warna Aurora.

Kelebihan Sudio NIO

1)Hujung sayap dengan 4 saiz tersedia untuk keselesaan anda
2)Teknologi mikrofon dwi adaptif dan jangka hayat bateri 20 jam
3)Kawalan panel sentuh dan gandingan automatik; Perlindungan dinilai IPX4 yang boleh dipercayai
4)Terdapat dalam 4 warna: hijau, hitam, putih, pasir, dan aurora warna eksklusif
5)Penghantaran percuma ke seluruh dunia dan jaminan antarabangsa 3 tahun dengan Sudio SPHERE

Touch Panel Sudio Nio

✅Muzik:

-Play/Pause - Sentuh Sekali (earphone sebelah kiri/kanan)
-Undo - Sentuh Dua Kali (earphone sebelah kiri)
-Next - Sentuh Dua Kali (earphone sebelah kanan)
-Kuatkan Volume - Sentuh Tiga kali (earphone sebelah kanan)
-Perlahankan Volume - Sentuh Tiga Kali (earphone sebelah kiri)

✅Panggilan:
-Jawab Panggilan - Sentuh Sekali (earphone sebelah kiri/ kanan)
-Tolak Panggilan - Sentuh Tiga Saat (earphone sebelah kanan/kiri)



Cantik tak warna Aurora ni? Lawa kan? Hehe saja pilihan kelainan sikit selalu asyik pilih warna putih atau hitam ja. Oh ya sekarang tengah promosi sekiranya kalian membeli Sudio NIO Case bermula 25 Mei - 6 Jun 2021, kalian akan menerima diskaun 50%. Wow berbaloi kan?


Sudio NIO Case - Case Mesra Vegan

Keunikan Sudio NIO Case yang direka khas daripada tumbuhan yang berasaskan kulit epal. Yes! Kulit epal tau. Dengar cerita kulit epal ini yang dibuang daripada kebun utara Itali. Disebabkan sayang kulit epal dibuang begitu saja, maka Sudio mengubah kulit epal tersebut menjadi case yang mesra vegan.

Kulit epal dikeringkan dan ditumbuk menjadi halus seperti serbuk halus bagi menghasilkan bahan asas kemudian dicampur aduk dengan bahan lain non toxic dan organik bagi menghasilkan bahan yang cantik, hypoallergenic, dan biodegradable.



Review Syiera

Jujur syira cakap Sudio NIO ni memberikan kepuasan muzik dekat syira. Syira seringkali mendengar muzik kalau nak blogging. Kedua-dua earphone balance dan selesa di telinga. Tak senang tanggal daripada cuping telinga. Yang paling best tahan sehingga 20 jam! Case pula, syira suka dengan tekstur leather ni yang lembut dan cantik. Barulah dapat protect Sudio NIO daripada calar.

Dapatkan diskaun 15% dengan menggunakan kod ini SYIERA15 semasa pembelian Sudio NIO dan 50% diskaun Sudio NIO Case bermula 25 Mei - 6 Jun 2021. Penghantaran percuma ke Malaysia dan nationwide serta jaminan waranti 3 tahun dengan Sudio Sphere.


Untuk Maklumat Lanjut:


2 Note(s) ?