Resepi Air Soda Bandung Laici Menggunakan Produk F&N

Ingat tak lagi baru-baru ni, syira ada membuat pembelian produk F&N menggunakan aplikasi F&N Life. Kalau belum berkesempatan lagi untuk membaca, boleh klik dekat entri ini >> Mudahnya Beli Produk F&N Menggunakan Aplikasi F&N Life

Alhamdulillah kita dah masuk hari ke 17 dalam menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan.  Setiap hari mesti bingung memikirkan juadah berbuka kan? Biasalah kalau mak-mak ni mesti pening sikit nak pusing menu setiap hari.

So hari ni, syira nak kongsikan resepi air soda bandung laici dengan menggunakan produk F&N. Resepi yang sangat mudah dan sedap untuk disediakan bagi juadah berbuka puasa. Confirm licin. Haha


Bahan-bahan yang digunakan:

- F&N cool ice cream soda

- F&N bandung

- Satu tin laici

- Ais secukupnya

Cara-cara membuatnya:

- Campurkan F&N cool ice cream soda dan F&N bandung ke dalam jug.

- Masukkan buah laici. Syira tak guna air laici yang dalam tin tu tau sebab dah cukup manis.

- Masukkan ais

- Kacau sebati

Dah siap! Mudah kan? Syira suka resepi air soda bandung laici ni sebab simple tapi cukup segar lagi-lagi masa berbuka. Masa penyediaan pun sekejap ja. Campak-campak dah siap. Memudahkan kerja ibu macam syira ni.


Order Je dengan Aplikasi F&N Life

Zaman sekarang ni semua order online ja senang. Tambahan pula dalam situasi pandemik macam ni. Lagi la malas nak keluar. So, order jelah online. Tup tup dah sampai depan pintu.

Minggu lalu syira order Ramadan Bundle, so sekarang nak order la pulak untuk persiapan hari raya. Dah hampir dekat dengan hari raya. So syira nak order Pek Kasih Ramadan.

Di dalam pek ini terdapat 10 item yang bernilai RM44.40. Bagi syira, pek ini sangat berbaloi dan harga berpatutan. Lengkap untuk persiapan raya nanti sebab ada lemang dan juga ketupat sekali.

Sekiranya hampa nak membeli untuk ahli keluarga atau kawan yang jauh pun boleh juga. Yelakan, faham dengan larangan merentas negeri ni banyak membataskan pergerakan kita contohnya balik ke kampung halaman. So apa kata, order je pek ini. Moga-moga yang di kampung, rasa happy sikit.

Promosi Ramadan Bundle dan Raya Bundle masih lagi berjalan. Jadi sekiranya hampa nak membuat pembelian, bolehlah memuat naikkan aplikasi F&N Life di Playstore sekarang. Dan terus buat pembayaran dan tunggu je kurier hantar di rumah.

Maklumat lanjut:

Facebook: F&N

Instagram:  F&N




5 Comments

  1. Bandung tu limited edition kan.. nk kne cari cepat nie

    ReplyDelete
  2. tak pernah lagi minum letak laici. macam sedap je

    ReplyDelete
  3. bandung tu sedap betul..raya ni memng stok f&n

    ReplyDelete
  4. sedapnyaaaa bandung laici...tertelan air liur kita tau hehehhe

    ReplyDelete

Post a Comment

Post a Comment

Previous Post Next Post