Mudahnya Beli Produk F&N Menggunakan Aplikasi F&N Life

Assalamualaikum. Sejak berbadan dua ni kan terus terang la syira agak malas nak keluar rumah. Tambahan pula dek kerana kesihatan syira agak tidak memberangsangkan sejak dua menjak ni lagi la tidak menggalakkan syira nak keluar macam dulu. Tapi kalau tak keluar, barang keperluan nak kena restock juga kan.

Tapi tak apa. Sekarang semua di hujung jari ja. Klik klik dah sampai depan pintu rumah. Misalnya, baru-baru ni syira beli produk keluaran F&N secara online ja. Serius sebelum ni, syira tak tau pun wujudnya aplikasi F&N Life. Sangat memudahkan kerja surirumah.


Senang Dan Cepat Guna Aplikasi F&N Life

Cara-cara nak order pun senang ja. Tak payah pening kepala. Ikut ja apa yang syira cerita ni step by step okay. Mula-mula sekali, download dulu aplikasi 'fnlife' di Playstore dan daftar dulu akaun anda di aplikasi F&N Life.


Dah dapat email pengesahan, baru kita boleh start membeli. Senang je kan? Kejap lagi syira cerita pula macam mana nak buat pembelian. Pun mudah juga tapi sebelum tu, syira nak kongsikan dekat hampa semua mengenai promosi terkini bersempena Ramadan dan juga Hari Raya.


Promosi F&N Life Ramadan Bundle adalah untuk bulan Ramadan. Berbaloi-baloi harga yang ditawarkan. Contohnya, syira dah beli BB Raya Bundle dengan harga RM36.90 sahaja. Dapat 12 botol besar tau. Seleksi air perisa pun menarik untuk dipilih.

Promosi F&N Life Raya Bundle pula khas untuk Hari Raya. Nak beli untuk bulan puasa pun boleh. Ikut suka hampa la kan. Syira pun tak sabar nak beli Raya Bundle pulak. Yelakan kena juga fikir persiapan untuk Hari Raya tak lama lagi. Beli je dekat sini, tau-tau dah sampai dekat depan pintu. Yang Gift For Your Family tu, misalnya hampa nak hadiahkan kepada famili atau kawan-kawan pun boleh.


Penghantaran Pantas! Tiga Hari Ja Dah Sampai!

Seriusss.. syira impressed sangat dengan servis F&N ni. Dalam masa tiga hari dah sampai tau. Syira order BB Raya Bundle. Macam mana nak order? Pilih mana-mana produk yang ingin dibeli dan masukkan ke kart. Tekan 'confirm'. Seterusnya hampa buat je pembayaran. Lepas tu tunggu jela abang kurier hantar.

Macam order syira hari tu, kurier Gdex Express yang hantar. Sebelum nak hantar tu, terima mesej dulu mengatakan ada barang yang hendak dihantar. Tak lama kemudian, dah sampai. Puas hati sangat.

Kemain besar lagi kotak yang sampai. Haha sampaikan abang kurier pun tanya apa yang berat sangat ni. Haha nama pun air minuman memang la berat kan. Taraaa.. inilah yang syira order hari tu. So far, syira berpuas hati dengan servis F&N. Memudahkan ibu macam syira.



Maklumat lanjut:

Facebookhttps://www.facebook.com/FNlife.my

Instagramhttps://instagram.com/fn.life


3 Comments

  1. wah syok yer , banyak stok air dia. nak sebotol...hihi

    ReplyDelete
  2. secure kan bungkusan dia. takde tumpah ke apa ke

    ReplyDelete
  3. senang je bila semua benda boleh beli online. jimat masa

    ReplyDelete

Post a Comment

Post a Comment

Previous Post Next Post