Adakah Kitsui Bahaya? - Review Korean Whitie + Plus Tomato dan Kitsui Bellos Fibre


Menjaga kesihatan sememangnya tidak mudah. Kesihatan merupakan 'harta' tidak ternilai tambahan pula di saat kita semua dilanda pandemik. Kesihatan bukan sahaja pada dalaman malahan kulit yang sihat juga perlu dititikberatkan. Syira sememangnya pencinta produk kesihatan. Oleh itu, syira sempat mencuba dan review produk Kitsui seminggu lalu.

Mungkin ada dikalangan pembaca syira yang pernah mendengar jenama Kitsui bukan? Produk Kitsui ini agak famous di Malaysia. Mana tidaknya produk ini boleh didapati di drugstores. Syira sudah seminggu mencuba Kitsui Korean Whitie + Plus Tomato dan Kitsui Bellos Fibre. Nanti syira share satu-satu.

Adakah Kitsui Bahaya? Jawapannya TIDAK. Kitsui merupakan trusted brand yang sudah lama berada di pasaran lebih daripada 20 tahun. Fuh... Lama kan. Semua produk dibawah jenama Kitsui telah menjalankan dan lulus ujian keselamatan dan ujian makmal, malah telah mendapat sijil halal dari kilang bertaraf GMP.

Produk Kitsui boleh didapati di farmasi terkemuka di Malaysia iaitu Watsons & Guardian. Kandungan produk Kitsui juga premium dan bebas bahan larangan yang selamat diamalkan oleh kaum wanita dan lelaki. Sebab? Kitsui bukanlah ubat-ubatan malahan makanan sampingan yang menggunakan bahan semula jadi yang dimakan setiap hari seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.




 

Kitsui Korean Whitie + Plus Tomato - Penyelesaian Masalah Kulit Anda

Nak merawat kulit tidak semestinya bergantung kepada penjagaan luaran kulit sahaja, penjagaan dalaman kulit juga sangat penting bagi menjamin kesihatan kulit yang bagus. Kitsui Korean Whitie + Plus Tomato yang berasaskan tomato yang diperkayakan dengan vitamin A, C dan zat besi.

Diformulasikan untuk menyelesaikan masalah kulit seperti kulit kusam dan tidak bermaya serta melambatkan penuaan. Untuk pengetahuan kalian, Kitsui Korean Whitie + Plus Tomato diiktirafkan sebagai Superfood oleh Times Magazine. Wow. No wonder la bahan yang digunakan juga premium.




Bahan aktif Kitsui Korean Whitie + Plus Tomato
Vitamin C, Tomato, Acerolla dan Camu camu

Istimewanya Kitsui Korean Whitie + Plus Tomato ini 100% tidak mengandungi kolagen di mana sesuai diambil oleh golongan alahan dengan kolagen. Juga bebas  bahan pengawet, gluten, GMO, alergen, antibiotik dan bahan yang boleh mengganggu hormon.

Syira sudah sedia maklum bahawa tomato sememangnya elok untuk kulit berseri. Selalu jugak buat mask tomato. Tapi sekarang ni mudah. Just consume je Kitsui Korean Whitie + Plus Tomato ni.

Bancuh dengan 150ml air, shake dan terus minum. Rasanya sedap dan boleh diterima tekak syira. Manis masam. Syira minum dengan air sejuk. Nak guna air suam pun boleh tapi syira suka sejuk-sejuk. Rasa macam minum jus gituh. Haha nak campur dengan jus buah pun boleh. Mana-mana yang kalian prefer la.


Kelebihan Kitsui Korean Whitie + Plus Tomato
-Bantu menyerap lebihan minyak pada wajah yang menyebabkan jerawat.
-mengurang dan memudarkan bintik hitam pada wajah
-mengecilkan liang pori kulit wajah.
-Meningkatkan pengeluaran pro-kolagen, bagi membaiki struktur kulit wajah.
-sebagai anti-oksidan berkesan menghalang penuaan.
-membantu kulit lembap dan berseri.
-kandungan vitamin C pada buah acerola juga dapat mencerahkan kulit dengan menyebarkan pigmen-pigmen menjadi lebih merata
-dapat menghasilkan kekenyalan, kekuatan, dan kelenturan pada kulit.
-Acelora telah dibuktikan boleh menentang proses penuaan sel-sel, membantu menghindarkan kulit berkedut.

Testimoni syira: Kulit syira lebih lembut dan nampak lebih bermaya. Kalau sebelum ini, kulit syira tak bermaya disebabkan faktor kurangnya rehat. Nampak la effect pada kulit bila kita ni tak cukup rehat. Masalah eyebag pun berkurangan.

Minyak yang berlebihan juga dapat dikawal. Bangun pagi tu tidak la rasa muka syira berminyak. Jerawat segan nak singgah bila minyak terkawal. Oh ya, Kitsui Korean Whitie + Plus Tomato juga membuatkan kulit syira lebih anjal. Harga yang dijual adalah RM38.80.


Kitsui Bellos Fibre - Tambahan Sumber Serat Untuk Badan

Diformulasikan bagi membekalkan serat yang berkurangan dalam badan. Terutamanya bagi golongan yang jarang makan buah atau sayur. Atau makan tetapi tidak mencukupi. Di sini lah fungsi Kitsui Bellos Fibre selain merawat masalah sembelit.

Bahan Kitsui Bellos Fibre
Epal, Kiwi, Oren, Avocado, Tomato, Lemon, Nenas, Sena dan Acacia Gum.

Sejujurnya syira pernah mencuba Kitsui Bellos Fibre sebelum ini dan sememangnya syira suka minum setiap malam sebelum tidur. Supaya esok pagi bangun dan boleh terus 'flush' semua isi perut. Sama seperti Kitsui Korean White Plus Tomato, juga dibancuh dengan 150ml air suam.

Rasa Kitsui Bellos Fibre ni macam mana pula? Walaupun minuman Kitsui Bellos Fibre ni berwarna hijau, kalian janganlah skeptikal rasa macam jus sayur. Sebab rasanya sedap dan tak seperti yang difikirkan. Masam manis buah-buahan.

Kebaikan Kitsui Bellos Fibre
-meningkatkan metabolisme badan
-menghentikan sembelit
-meningkatkan peredaran darah
-keluarkan toksin dalam badan melalui proses pencernaan
-tubuh akan berasa ringan dan lebih bertenaga
-membersihkan usus
-meningkatkan corak tidur
-melancarkan sistem pencernaan

Testimoni syira: Semakin meningkat usia ni, kadang kala mengganggu sistem pencernaan, makanya syira consume la Kitsui Bellos Fibre ni bagi melawaskan pencernaan. Seperti yang dimaklumkan kesannya seawal 3 hari tau! Yes! Memang lawas. Senang nak membuang disebabkan kandungan seratnya yang tinggi dan juga bebas daripada pengawet, pigment, gula tambahan dan mengandungi bahan yang boleh mengganggu sistem hormon.

Syira sangat mengesyorkan Kitsui Bellos Fibre untuk individu yang mempunyai masalah sembelit. Badan terasa lebih ringan disebabkan kesan nyahtoksinkan oleh Kitsui Bellos Fibre. Toksin yang berlebihan dikeluarkan melalui proses pencernaan membuatkan badan rasa lebih bertenaga dan juga dapat membantu syira tidur lebih nyenyak. Harga yang dijual adalah RM38.80.






Berita baik buat kalian, syira nak kongsikan dengan pembaca syira diskaun 12% off sekiranya kalian membeli di Shopee Kitsui Mall atau klik link ini https://shopee.com.my/kitsui.my.hq.

Maklumat lanjut boleh layari:
Website: https://kitsui.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/kitsuimalaysia/
Instagram: https://www.instagram.com/kitsuimalaysia/

Tik Tok : https://vt.tiktok.com/ZSJefYjJy/

Shopee : https://shopee.com.my/kitsui.my.hq?smtt=0.0.9


#Kitsui #KitsuiMalaysia #watsonsmalaysia #guardianmy #tipskecantikankulit
#kulitsehat

 

1 Comments

  1. Waaahhh.. tak sabar nak tengok kesan dia sebulan selepas amal... gerenti cerah dan muluuus... terujanya!

    ReplyDelete

Post a Comment

Post a Comment

Previous Post Next Post