Supercube Molasses Herbs Drink - Cara Syira Kekalkan Kesihatan!

 

Terus-terang syira agak skeptikal dengan minuman herba. Dalam minda dah terbayang mesti rasa pahit dan kurang menyelerakan untuk diminum. Tapi sangkaan syira meleset bila syira dah cuba minum Supercube Molasses Herbs Drink ni.

Naahhhh.. sedap rupanya minuman herba Supercube ni. Terus berubah perspektif syira. Hahaha first impression, bau minuman herba Supercube ni yang wangi dah cukup buat syira tertarik untuk minum. Bauan herba yang menarik. Sampaikan mak pun tegur wanginya bau.

Rasa seakan-akan laicikang membuatkan syira jatuh hati. Rasa manis natural sebab istimewanya minuman herba Supercube ini menggunakan gula molasses. Gula molasses ni apa? Dikenali sebagai gula hitam atau gula hitam Jepun dimana tebu diperah untuk mendapatkan cecair dan seterusnya direbus berjam-jam sehingga menjadi likat.


Kemudian dikeraskan mengikut bentuk. Comel kan bentuk minuman herba Supercube ni? Berbentuk kiub. Senang nak bawa ke mana-mana. Ada beza ke dengan gula yang terdapat di pasaran kita? Yes ada! Kebanyakan molasses sugar dan juga gula perang di pasaran adalah hasil gula putih yang kemudiannya dicampur kembali dengan molasses syrup yang didapati semasa proses pembuatan gula putih.

Lebih banyak molasses yang dicampur lebih gelap lah gula putih tadi bertukar. Hasil seakan sama akan tetapi proses berlainan. Penghasilan molasses sugar Supercube adalah semulajadi dan tidak melalui proses pembuatan gula putih.

Kelebihan:
ii. Glycemic index yang lebih rendah. Glycemic index adalah kadar sesuatu menaikkan gula dalam darah. Makanan dan minuman yang menjalani proses2 adalah lebih tinggi glycemic index. Supercube adalah pembuatan natural jadi glycemic index seakan-akan madu. Supercube adalah alternatif lebih baik dari gula putih mahu pun gula perang.

ii. Sedap dan berkhasiat. Molasses mengandungi iron, calcium, magnesium dan banyak lagi vitamin dan minerals.


Oh ya, syira dah cuba tiga jenis minuman herba Supercube yang terdiri daripada Supercube Ginger & Lavendar, Supercube Osmanthus & Roses dan Supercube Red Dates & Goji Berry. Lupa syira nak cakap, syira nak puji sikit. Kotak minuman herba Supercube ni cantik sangat. Jom syira share satu-satu minuman herba Supercube ni.

Sejak bergelar ibu, syira boleh dikatakan selalu tidak cukup tidur. Senang cerita... Ada masalah tidur. Kadang-kadang badan dah letih tapi susah nak lelap mata. Kalau dah tidur pun tak lena. Asyik terjaga ja. Bila dah tak boleh lelap mengundang stress. Di sini la fungsinya Supercube Osmanthus & Roses dalam membaiki kualiti tidur dan hilangkan tekanan.

Bila dah minum Supercube Osmanthus & Roses, kualiti tidur syira lebih baik dan senang pula nak lelap. Kalau tak, ambil masa juga mata ni nak mengantuk. Badan pun rasa lebih segar dan tak lesu pada keesokkan  harinya. Barulah best nak mulakan hari baru.

Seterusnya, Supercube Red Dates & Goji Berry. Berfungsi dalam membaiki kitaran haid dan juga bagus untuk ibu mengandung bagi tambahan tenaga. Selain daripada itu, dapat menambahkan darah, mencegah sembelit dan khas untuk ibu menyusu (tambahkan susu badan).

Walaupun syira sudah tidak menyusu, syira tetap minum Supercube Red Dates & Goji Berry ni untuk menambah lebih tenaga. Lagi pula, bagus dalam membantu haid yang tidak teratur. Jangan tak tahu, Supercube Red Dates & Goji Berry ni mampu mengubah mood kepada lebih baik tau. So just in case kalian tengah moody, cubalah secawan.

Kebetulan dua hari lepas, syira tengah 'datang bulan'. Untuk pengetahuan semua, setiap kali haid syira akan mengalami migrain dan period cramps. Lain orang, lain simptomnya. Tapi kalau syira, memang terseksa la setiap bulan kena hadap kekejangan haid dan migrain. So syira cubalah Supercube Ginger & Lavendar yang sememangnya baik untuk migrain dan period cramps.

Alhamdulillah, syira tidak mengalami period cramps. Kalau tak, nak buat rutin harian pun terganggu. Syira ada bancuhkan untuk mak, sebab mak syira selalu mengadu kembung perut. Mungkin banyak angin dalam badan. Sesuai la dengan bahannya halia yang baik dalam membuang angin dalam badan. Perut mak lebih selesa.

Cara penyediaan minuman herba Supercube mudah sangat. Cuma larutkan satu kiub di dalam 200-250ml air panas. Kalau nak minum sejuk, boleh letak ais. By the way, kalian juga boleh masukkan kiub minuman herba Supercube ni dalam makanan kalian. Sebagai contoh, overnight oats.

Menarik kan minuman herba Supercube ni? Sebabnya semua bahan-bahan semulajadi yang digunakan adalah bergred A di mana terdapat di Malaysia seperti halia dari Bentong dan ada yang diimport dari luar negara seperti Bunga Osmanthus dari China.

Rugi tak cuba tau. Sekiranya kalian berminat untuk mencuba minuman herba Supercube ni, boleh lah membeli secara direct di HQ atau agen yang berdekatan dengan kalian. Cari je hashtag #supercube di Instagram. Selamat mencuba!



12 Comments

  1. Sedap.. suka yang ginger tu. Leh buang angin

    ReplyDelete
  2. Wahh macam sedap je supercube ni. Nanti nak try jugak

    ReplyDelete
  3. Best produk ni . Kakya dah try jugak. Yang halia tu KakYa sukaaa...

    ReplyDelete
  4. memang nampak cntik kotak dia..unik + kalerful

    ReplyDelete
  5. cantik btul kotak dia..unik ^_^

    ReplyDelete
  6. Dah jadi rutin minum ni setiap hari. Tidur pun lena..tak perlu nak set jam lagi...sebab boleh bangun sendiri. Rasa segar je lepas tu..

    ReplyDelete
  7. Kita suka semua. Suka yang Osmanthus dan Roses, mmalm minum tidur lena. Esok pagi minum ginger and lavender, bagi fresh badan..

    ReplyDelete
  8. Sedap Syira. Dni kunyah gitu je yang reddates buat milk booster hehe. Manis kunyah raw gitu tapi suka

    ReplyDelete
  9. Suka tgk kotak dia.. Funky sangat... Teringat nak rasa yg osmanthus dengan rose tu

    ReplyDelete
  10. Fav fd yg goji berry tu . Sedap sangat2

    ReplyDelete
  11. nak tanya yg utk tidur lena tu selang seli ke minum yg roses dan satu lagi?

    ReplyDelete
  12. The commonplace five-card-draw game reveals 솔카지노 5 cards, each offering players the choice to hold or replace by drawing a card from the forty seven remaining in the virtual deck. The video games require extra skill—or at least of|no much less than} a basic understanding of probabilities—than the slot machines do. As such, they enchantment to individuals who want to have some sense of exerting management over the end result}. Of course, basic, spinning-reel slot machines make up only a fraction of the electronic gaming machines available at most casinos.

    ReplyDelete

Post a Comment

Post a Comment

Previous Post Next Post