Pura-pura Apa Yang Paling Sakit?

Jarang syira nak buat luahan hati peribadi dekat blog tapi... Disebabkan hari ni syira extra rindu dekat arwah ayah. Mungkin bagi yang tak tau, syira pernah ja tulis pasal arwah ayah. Kalau nak baca KLIK SINI

Bagi yang dah sedia maklum, arwah ayah dah meninggal dunia pada 4 tahun yang lalu. Cuma hari ni, syira terbaca posting dekat Facebook mengenai "pura-pura apa yang paling sakit?". Syira pun ada la share.

"Pura-pura okay depan arwah ayah dekat hospital. Padahai ayah dah tak lama. Kami tak boleh bagitau ayah sakit apa. Lepas 3 hari, ayah tinggai kami semua. Al fatihah buat ayah sayang"

Yesss.. itulah yang paling sakit. To be honest, syira tak tau mana mai kekuatan masa tu bila berdepan dalam situasi macam ni. Of course, syira pernah ja hadapi kematian but not my father (tengah menulis pun sebak hmm..). After several years now, baru syira sedar kekuatan syira masa tu baby yang syira kandungkan masa tu.

Sounds weird but its true. Syira tak nangis pun depan arwah. Nangis pun di penjuru luar wad. Masa tu tak peduli orang tengok dia ni pasepa reyau. Hahaha ada yang tanya syira murung ke tak lepas tu? Murung tu tak, tapi syira took times banyak bulan jugak untuk recovered.

Sampaikan dalam lena pun nangis teresak-esak. Sabaq jelah husband melayan bini dia masa tu. Dengan craving teruk gulai ikan arwah ayah masa tu. Husband pun sedih jela bini dia craving benda yang takkan dapat makan.

Masa berpantang, syira hampir nak meroyan. Bayangkan tengah makan boleh keluaq air mata. Actually, masa tu syira terkilan sebab medina tak sempat jumpa arwah tokwan dia. Rasa serupa bodoh je tapi itulah yang jadi.

Above all, arwah ayah banyak ajarkan syira banyak benda dalam hidup ni. Kami bukan dari family senang tapi arwah ayah selalu senangkan kami adik beradik dengan cara dia. Paling syira tak boleh lupa, arwah ayah selalu sangat pesan, "hang jangan dok reyau pasai laki" hahahaha tapi syira tewas selalunya.. syira selalu tangisi dalam setiap doa syira. Sebab laki tu ayah.

Al-fatihah.

2 Note(s) ?

  1. alahaii.. sedihnya ... been there ... huhu ..

    ReplyDelete
  2. Sentiasa doakan utk arwah ye.. Nasib ade husbnd yang memahami

    ReplyDelete