Phuture Daging: Daging Halal Malaysia Berasaskan Tumbuhan



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Betapa pentingnya dalam mencari makanan yang halal dan bersih untuk keluarga. Syira boleh dikatakan sangat menitikberatkan status halal sesuatu produk tersebut. Yela, sebagai seorang Muslim sememangnya makanan halal menjadi keutamaan syira.

Bagi syira dengan ada logo halal daripada JAKIM menjanjikan bahawa sesuatu produk itu bersih dan berkualiti mengikut syariat. Antara ciri-ciri penting semasa JAKIM menilai status halal sesuatu produk adalah;

Bahan Mentah
Wajib daripada sumber yang halal. Dibekalkan oleh pembekal berstatuskan halal

Kilang/ Premis
Perlu dipagarkan supaya tidak dimasuki oleh haiwan perosak atau haiwan liar. Segala mesin dan peralatan yang digunakan juga mestilah bersih.

Pekerja
Pekerja juga harus sentiasa dalam keadaan bersih dan menjaga tahap kebersihan dengan teliti seperti yang tertakluk di dalam MS ISO 22000:2012 (Food safety management systems).

Proses Pembuatan
Aspek penting dalam menjaga kebersihan sepanjang proses pembuatan sesuatu produk dan perlu dicatatkan. Proses ini termasuklah info pembuatan, bahan-bahan, tarikh luput dan lain-lain lagi.


Phuture Daging: Daging Halal Malaysia


Phuture Daging Sdn Bhd merupakan salah satunya daripada 500 top global food technology innovation, Phuture Foods yang menjanjikan kualiti terbaik sebagai keutamaan. Untuk pengetahuan kalian, penyelidik syarikat dan fasiliti pembangunan semuanya diiktirafkan halal.

Tambahan pula, syarikat ini di dalam proses akhir status halal bagi produk yang berasaskan tumbuhan iaitu, Phuture Daging. Unik kan? Sebenarnya banyak kebaikan yang pengguna dapat dari aspek kesihatan dan kebersihan sekiranya mengamalkan daging berasaskan tumbuhan ini.

Pertama kali dengar pasal Phuture Daging ni pun agak teruja. Setiap bahan mentah yang dipilih bagi memproses daging ini, diteliti secara halus supaya pembekal menepati kriteria yang diinginkan. Phuture Daging tegasnya memastikan agar bahan yang digunakan tidak dimodifikasi, bebas antibiotik dan hormon dan juga tidak berlaku kekejaman terhadap haiwan.



Bagi mencapai konsistensi kualiti produk, syarikat ini komited dalam memeriksa dan menambahbaikkan proses pembuatan dengan lebih kerap. Yela kan, nak pastikan mengikut kriteria JAKIM, semestinya kena sentiasa menambahbaikkan prosedur terutamanya dari segi bahan pembuatan.

Secara tuntasnya, Phuture Daging ini bertujuan untuk menghasilkan produk yang bebas kolestrol, rendah kalori dan berasaskan tumbuhan yang sesuai diamalkan oleh semua golongan termasuklah vegan dan vegetarian.

Jadi, penggemar makanan Malaysia boleh memilih alternatif lain seperti Phuture Daging di mana mereka akan dapat menikmati kesedapan dan kualiti terbaik daripada Phuture Daging.


Sementara itu, Phuture Daging menjanjikan sokongan kepada pemilik restoran sekiranya mereka memilih untuk menggunakan produk ini sebagai salah satu menu mereka. Unik kan kalau guna daging berasaskan tumbuhan sebagai menu restoran. Dengan keunikan dan status halal yang ada, Phuture Daging akan sentiasa memastikan kesedapan dan kualiti tinggi untuk setiap pelanggan.


Untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana Phuture Daging menjadi pengasas di Asia dari segi daging berasaskan tumbuhan, boleh email ke enquiry@phuturedaging.com atau melayari website rasmi https://phuturedaging.com/



0 Note(s) ?