Produk Koolit: Rawatan Terbaik Kulit Kering dan Sensitif


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Syira boleh dikatakan mempunyai masalah kulit kering dan gatal sejak dari kecil lagi. Pelbagai produk dan ubatan digunakan tetapi tidak memberi kesan secara total. Kalau iye pun hanya untuk sementara sahaja. Baru-baru ni, telah viral satu rangkaian produk ni, membuatkan syira ingin mencuba. Produk yang syira maksudkan ialah Koolit.

Syira start gunakan produk ini pada bulan June. Kiranya sudah hampir sebulan syira gunakan produk Koolit ini. Produk Koolit terdiri daripada Koolit Gentle Body Wash, Koolit Soothing Lotion dan Koolit Calming Cream. Produk Koolit ini sesuai digunakan oleh semua peringkat umur. Anak syira pun guna produk Koolit juga.


Keistimewaan Produk Koolit

🌿Produk Koolit mengandungi Ekstrak Akar Manis ianya sejenis bahan anti-radang, ada 40 kali antioksidan dan boleh mencerahkan kulit secara semulajadi
🌿Menyerap ke dalam kulit dengan pantas
🌿Melambatkan proses kehilangan air epidermis
🌿Perubahan dapat dilihat dalam tempoh 4minggu
🌿Mempunyai sijil kelulusan GMP
🌿Selamat untuk digunakan semua peringkat umur termasuk bayi
🌿Harga berpatutan dan mampu milik


Koolit Gentle Body Wash

Merupakan sabun badan yang tidak berbuih dan boleh dibilas tanpa air. Unik kan? Syira sukakan Koolit Gentle Body Wash ini sebab kurang berbuih. Semestinya tidak melekit di badan. Bila gunakan Koolit Gentle Body Wash, kulit terasa lebih lembut. Oh ya, Koolit Gentle Body Wash juga mempunyai vitamin C & E di mana sesuai untuk merawat kulit kering dan juga masalah kulit yang lain.


Koolit Gentle Body Wash ini sesuai digunakan untuk individu yang mempunyai masalah kulit yang tidak boleh terkena air sebab tidak perlu dibilas. Mandian ini selamat digunakan dan disahkan oleh perbadanan antarabangsa IFRA.


Koolit Soothing Lotion

Koolit Soothing Lotion merupakan losyen yang boleh digunakan di seluruh badan termasuk muka. Tekstur Koolit Soothing Lotion ini tidak melekit dan cepat meresap ke dalam kulit. Diperkayakan dengan Jojoba dan vitamin E semula jadi yang berfungsi dalam mencerahkan kulit. Bestnya! Sebab lembut ja di kulit dan sangat sesuai untuk bayi.


Koolit Soothing Lotion juga memberikan kelembapan segera kepada kulit kering. Bukan sahaja kulit kering, kulit normal juga boleh. Uniknya Koolit Soothing Lotion juga boleh digunakan sebagai deodorant. Wow menarik kan.


Koolit Calming Cream

Koolit Calming Cream juga salah satu produk favourite syira. Wajib letak dalam beg. Senang nak guna bila-bila masa. Merupakan krim tanpa wangian yang sesuai digunakan untuk semua peringkat umur.


Salah satu fungsi Koolit Calming Cream adalah memberikan kelembapan kulit sepanjang masa kerana krim ini diperbuat daripada minyak zaitun yang umumnya baik untuk kulit kering dan sensitif.


Testimoni Syira

Syira boleh dikatakan mempunyai masalah kulit kering dan gatal sejak di bangku sekolah lagi. Contohnya di bahagian jari syira. Sering kali kulit mengelupas dan gatal-gatal (rujuk gambar). Tambahan pula di waktu cuaca panas, memang terasa gatal di sekitar jari.


Setelah menggunakan produk Koolit, kelihatan perubahan ketara di jari syira. Kulit sudah tidak gatal lagi dan tidak mengelupas. Kalau tidak, nak bersalaman dengan orang lain pun jadi segan dek kerana jari mengelupas.

Sekiranya kalian ingin mencuba produk Koolit ini, kalian boleh membuat pembelian di Shopee, Lazada, Watsons dan juga farmasi terpilih. Kalian juga boleh mendapatkan info dan membuat tempahan di maklumat di bawah ini:

Facebook: Koolit Malaysia
Instagram: @koolitmy
Shopee: Shopee
Lazada: Lazada
Watsons: Watsons




21 Comments

  1. Nampak macam best sgt product Koolit Ini. Is it local or foreign brand? Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  2. OK. Sebagai insan yang berkulit sensitif, Rawlins memang tercari-cari produk yang boleh membantu masalah kekeringan kulit diri ini

    ReplyDelete
  3. Menarik jugak produk sebegini ya. Hopefully saya dapat cuba la sebab saya ni alami masalah kulit kering. Semoga sesuai produk ni dgn kulit saya nanti

    ReplyDelete
  4. wah, ade kat drugstore eh? good, maknanya betul betul berkualiti! saya suka packaging dia, simple je

    ReplyDelete
  5. nama produk ni unik ya koolit hehe. amaze jap haha. packaging nampak simple and nice

    ReplyDelete
  6. Yaaa Sis dah beli untuk Mak Sis dah, lepas baca review semua..Mak Sis jenis kulit kering, so belikan dia dan cuba, alhamdulilah bagus...

    ReplyDelete
  7. Ramai kawan2 dah start guna koolit ni.

    ReplyDelete
  8. Menarik lah produk Koolit ni... rupanya banyak jenis (bukan setakat cream) atau saya yang terlepas pandang sebelum ni... kat blog Syiera baru saya tahu... may be nanti nak try body wash diorg.

    ReplyDelete
  9. Mula-mula tengok produk ni terus tertarik sebab unik betul namanya. Paling suka soothing lotion tu sapu kat strechmark

    ReplyDelete
  10. wah bagusnya produk koolit ni. Memang bagus untuk kulit sensitif. Ana pun ada problem jugak so memang tak banyak produk boleh guna

    ReplyDelete
  11. Tengok branding name pun dh unik. Koolit aka Kulit 😅. Dh banyak dkt pasaran ke produk ni? Boleh la cuba mana tahu kena dengan jenis kulit ni

    ReplyDelete
  12. wah nampak macam menarik produk ni. bolehlah nanti nak beli satu dan cuba produk ni :) terima kasih share ya

    ReplyDelete
  13. Dah try ketiga tiga produk koolit ni memang serasi sangat dengan kulit satu family. Tak sabar nak repurchased

    ReplyDelete
  14. Nak kene cuba ni.. Ramai kata bagus

    ReplyDelete
  15. Nampak menarik dan bagus.. AM nak cuba juga la.. Utk atasi masalah kulit kering dan kerap mengelupas nie.

    ReplyDelete
  16. Mesti Kool pakai produk ni kan macam namanya juga Koolit.

    ReplyDelete
  17. saya memang choosy kalau bab skincsre dan suplemen. tak dapat nak komen lebih sebab belum tengok ingredients dia betul2. nice sharing sis

    ReplyDelete
  18. Dah guna ni. Memang bagus produk ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Post a Comment

Previous Post Next Post