Darce Multipurpose Surface Disinfectant Spray Review


Darce Multipurpose Surface Disinfectant Spray Review | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah kita sudah memasuki fasa pemulihan covid19. Semoga wabak pandemik ini cepat pergi daripada bumi kita. Amin. Dalam pada itu, syira ingin memperkenalkan dekat korang produk daripada Darce iaitu Multipurpose surface disinfectant spray.


Dalam menghadapi situasi sekarang, kebersihan antara faktor yang penting bagi menangani wabak ini. Justeru itu, penggunaan surface disinfectant spray menjadi pilihan syira.


Kebaikan Darce Multipurpose Surface Disinfectant Spray

▪ Senang digunakan tanpa air dan sabun
▪ Membunuh 99.9% kuman, bakteria dan virus
▪Sesuai digunakan untuk semua permukaan seperti rumah, pejabat, kereta, kedai
▪ Membasmi kuman dan menghilangkan bau

Bahan yang terkandung:
Alcohol dan Benzalkonium Chloride

Terdapat tiga saiz Darce Multipurpose Surface Disinfectant Spray iaitu 500ml, 5l dan 25l. Yang syira guna ni 500ml. Darce Multipurpose Surface Disinfectant Spray ni wangi sangat dan berbau lavender. Senang digunakan. Spray sahaja di permukaan yang ingin dicuci dan sedia untuk dilap.


Syira kebanyakannya spray di tombol pintu, meja, cermin, kabinet tv dan sebagainya. Sememangnya memudahkan kerja rumah syira seharian.


Bagus kan Darce Multipurpose Surface Disinfectant Spray ni? Makanya, sentiasa lah kita meneruskan sikap baik dengan sentiasa mencuci, sanitasi dan membasmi kuman. Jangan ambil sambil lewa tau bab kebersihan. Kekal berjaga-jaga dan kekal selamat.


Untuk maklumat dan tempahan:


Atau korang boleh membeli di farmasi berdekatan seperti AA Pharmacy dan korang juga boleh membeli secara online di Shopee https://shopee.com.my/eathlete/7532119964/






9 Comments

Post a Comment

Post a Comment

Previous Post Next Post