Inisiatif McDonald's Dalam Usaha Membantu Penduduk Negeri Perlis


McDonald's sememangnya dekat di hati rakyat Malaysia dengan rangkaian restoran makanan segera. Syira secara peribadi pun pelanggan setia McDonald's. Mana taknya seleksi burger daripada McDonald's banyak betul. Rambang mata nak pilih.


Sejumlah RM507,500 disumbangkan oleh McDonald’s Malaysia melalui Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Perlis untuk meringankan beban golongan memerlukan di negeri ini. Inisiatif-inisiatif yang diumumkan termasuklah penyerahan zakat perniagaan bagi tahun 2019, penyerahan sijil pelantikan kepada pelatih Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s, dan penyerahan pek “Kembali ke Sekolah”.

Namun demikian, selain McDonald's menambat hati rakyat dengan makanan segeranya, McDonald's juga menyumbang semula sebahagian pendapatannya kepada golongan yang memerlukan. Bagus kan?

Setiap tahun, usaha program komuniti ini akan diadakan bagi mendekati masyarakat dan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat syarikat. Baru-baru ini, Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Perlis menyaksikan McDonald’s Malaysia menyampaikan sumbangan berjumlah RM507,500 bagi meringankan beban golongan kurang bernasib baik di negeri ini.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan mencemar duli menjadi tetamu kehormat majlis tersebut, yang diadakan sempena Program Kayuhan “MAIPs Peduli” kali ke-93. Baginda hadir menyempurnakan Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Perlis selepas mengadakan lawatan berbasikal di sekitar kawasan kampung di negeri ini untuk penyerahan zakat kepada golongan masyarakat yang memerlukan.


(dua dari kiri) Encik Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia ketika menyerahkan bayaran zakat perniagaan McDonald’s Malaysia bagi negeri Perlis untuk tahun 2019 kepada (tiga dari kiri) DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis.

Pelbagai inisiatif diumumkan di bawah Program Komuniti yang dianjurkan, termasuklah pembayaran zakat perniagaan McDonald’s, pelantikan belia-belia untuk menyertai SLDN McDonald’s dan penyerahan pek “Kembali ke Sekolah”.

Di bawah Program Komuniti Peringkat Negeri Perlis, McDonald’s telah menyediakan beberapa inisiatif kemasyarakatan. Antaranya agihan zakat perniagaan McDonald’s, inisiatif pelantikan belia untuk menyertai SLDN McDonald’s dan penyerahan pek “Kembali ke Sekolah” kepada kanak-kanak sekolah rendah.

Agihan zakat perniagaan McDonald’s Malaysia

Melalui inisiatif ini, McDonald’s Malaysia memenuhi kewajipan zakatnya kepada negeri Perlis untuk tahun 2019 dengan bayaran zakat berjumlah RM101,000.  

McDonald's Malaysia baru-baru ini turut menerima Sijil Pembayar Zakat Korporat daripada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), dan merupakan entiti perniagaan pertama yang menerima sijil pengiktirafan tersebut di Malaysia. 

Untuk pengetahuan semua, McDonald’s Malaysia telah membayar zakat sejak tahun 2017 setelah diambil alih oleh Lionhorn Pte. Ltd. iaitu sebuah anak syarikat Reza Group dari Arab Saudi.

Inisiatif pekerjaan untuk belia melalui SLDN McDonald’s

Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s merupakan program latihan berteraskan industri selama 18 bulan menggabungkan 70 peratus latihan praktikal di restoran McDonald’s dan 30 peratus kelas teori di bilik darjah. Program ini diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia – salah satu usaha restoran khidmat segera itu untuk meningkatkan piawaian pembangunan modal insan syarikat dan memupuk bakat baharu, sejajar dengan agenda negara.

(dua dari kiri) Encik Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia dan (tiga dari kiri) DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis ketika menyerahkan sijil pelantikan kepada salah seorang belia yang terpilih untuk menyertai Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s.

Program ini adalah sebahagian daripada Program Komuniti yang dianjurkan untuk belia daripada golongan kurang berkemampuan. Sebaik sahaja para pelatih lulus penilaian dan ujian akhir program ini, mereka layak bekerja di restoran McDonald's. Setakat ini, terdapat 650 pelatih sedang menjalani SLDN McDonald’s.  

Setiap pelatih menerima elaun sara hidup bulanan sebanyak RM1,200, faedah perubatan dan insurans, serta makanan percuma. 


Program “Kembali ke Sekolah

Akhir sekali, Program “Kembali ke Sekolah”. Lebih 1,000 kanak-kanak dari 36 sekolah di seluruh negeri Perlis menerima pek “Kembali ke Sekolah” tahun ini. Program “Kembali ke Sekolah” adalah inisiatif tahunan yang diterajui oleh McDonald's Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.

(dua dari kiri) DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis memakaikan pakaian seragam yang baharu untuk salah seorang kanak-kanak sekolah rendah sebagai simbolik penyerahan pek ‘Kembali ke Sekolah’ semasa Program Komuniti McDonald’s  Peringkat Negeri Perlis 2019. (kiri) Encik Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia; (kanan) Tuan Haji Mohd Nazim Mohd Noor, Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan (dua dari kanan) YAM Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail Ibni Tuanku Syed Faizuddin Putra, anakanda Raja Muda Perlis turut serta di atas pentas.


Program “Kembali ke Sekolah” 2019 yang dilancarkan di Kuala Lumpur pada pertengahan Oktober lalu, merupakan yang terbesar setakat ini – dengan jumlah sumbangan mencecah RM3 juta bagi membolehkan seramai 30,000 kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah dan miskin bandar di seluruh negara menerima pek "Kembali ke Sekolah" menjelang tahun persekolahan 2020. Ia bakal disampaikan secara berperingkat di negeri-negeri seluruh Malaysia sehingga penghujung tahun ini.


 Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia dan DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis ketika sesi lawatan restoran McDonald’s Pandu-Lalu Kangar, Perlis.

Warga kerja McDonald’s dan Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bersama-sama DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis bergambar mesra bersama penduduk kampung ketika lawatan berbasikal, Program “MAIPs Peduli” di negeri Perlis untuk penyerahan zakat kepada golongan masyarakat yang memerlukan.

Dengan ini, Syira menzahirkan rasa kagum dengan usaha-usaha yang dilakukan oleh McDonald's Malaysia. Tahniah diucapkan kepada McDonald's Malaysia kerana sudi menyediakan inisiatif sebegini kepada rakyat Malaysia yang tidak berkemampuan. Sejujurnya masih ramai golongan yang tidak mampu, maka dengan inisiatif ini dapat meringankan beban mereka secara tidak langsung. 




0 Note(s) ?