Review ID.AZ Dermastic Mask



Review ID.AZ Dermastic Mask | Hi korang! Sejak dua menjak ni syira rajin pulak pakai topeng muka. Yelah.. orang perempuan nak kena jaga macam-macam. Salah satunya kulit muka. Kan? So kali ni,  syira mencuba ID.AZ Dermastic Mask pulak. Ini merupakan kali pertama bagi syira. Sebelum ni, banyak tengok influencer lain yang review. So yeah, mari syira kongsi dengan korang okay.



πŸ‘ID.AZ Dermastic Bright-Fit Mask (Brightening)

Bagi korang yang sedang mencari topeng mask yang berfungsi sebagai pencerah kulit, korang boleh la cuba ID.AZ Dermastic Bright-Fit Mask (Brightening)ni. ID.AZ Dermastic Bright-Fit Mask (Brightening) mengandungi ekstrak mutiara, ekstrak portulaca oleracea dan berry complex.

Review syira: Sepanjang syira gunakan ID.AZ Dermastic Bright-Fit Mask (Brightening)ni, kalau nak kata kulit bertambah cerah tu tak la sebab kena guna secara berterusan barulah nampak sekata. Cuma tona kulit syira nampak lebih sekata.


πŸ‘ID.AZ Dermastic Water-Fit Mask (Hydrating)

ID.AZ Dermastic Water-Fit Mask (Hydrating) ini direka khas untuk individu yang mempunyai kulit sensitif. Macam syira kulit normal tapi still boleh guna. Don't worry. Antara bahan yang terkandung dalam mask ini adalah seawater, hydrolyzed collagen dan sodium hyluronide. Fungsi ID.AZ Dermastic Water-Fit Mask (Hydrating)ini untuk melembapkan kulit sebaik mungkin.

Review syira: Sepanjang syira menggunakan ID.AZ Dermastic Water-Fit Mask (Hydrating)ini, kulit terasa segar dan hydrated. Kulit lebih lembap walaupun lepas bangun tidur.


πŸ‘ID.AZ Dermastic Gold-Fit Mask (Nutrition)

Ini kegemaran syira dalam kesemua topeng muka. Sebab apa? Sebabnya ID.AZ Dermastic Gold-Fit Mask (Nutrition) ini diperbuat daripada emas sebenar. Fuyoh.. best kan. Selain daripada emas, ia juga Mengandungi emas, madu, prospolis, royal jelly dan ginseng merah. ID.AZ Dermastic Gold-Fit Mask (Nutrition) ini berfungsi bagi melembapkan kulit dan juga dapat mencantikkan serta mencerahkan kulit wajah.

Review syira: Kulit syira kekal lembap lebih lama. Terasa kurang berminyak. Kalau tidak, kulit syira agak berminyak lebih lebih lagi di kala cuaca panas. Seronok pula pakai topeng muka ini.


πŸ€Cara menggunakan ID.AZ Dermastic Mask
Gunakan selepas mencuci muka dan toner. Buang film liner dan pakaikan topeng muka di wajah selama 10 minit. Lebihan serum tu korang jangan buang pula, pakaikan di wajah selepas menggunakan ID.AZ Dermastic Mask.



πŸ€Harga ID.AZ Dermastic Mask
ID.AZ Dermastic Bright-Fit Mask (Brightening): RM12.90
ID.AZ Dermastic Bright-Fit Mask (Hydrating): RM12.90
ID.AZ Dermastic Gold-Fit Mask (Nutrition): RM19.90


Harga not bad kan? Lagipun produk berkualiti. Sekiranya korang berminat untuk mencuba ID.AZ Dermastic Mask ini, korang bolehlah berkunjung ke Watson yang berdekatan dengan korang.

Selamat mencuba!




17 Note(s) ?

  1. Reading this post of yours reminds me to use my face masks regularly at home.

    ReplyDelete
  2. Yaya memang suka pakai sheet mask jenis macam ni sebab kit aboleh rasa kulit muka lembut sangat lepas pakai. Lepas ni nak cari yang jenis ni pulaklah kat watsons hee

    ReplyDelete
  3. Yeah......... I also love using these paper masks. It’s part of my beauty routine. But I slalu guna Innisfree paper mask. Next time leh la Cuba mask yg you review nie. Tq for sharing.

    ReplyDelete
  4. Saya pernah beberapa kali je dalam hidup pakai mask untuk kulit muka ni. Kalau mask lain macam untuk jerebu semua tu selalu la jugak. In shaa Allah nanti saya share dengan kaka saya tentang mask ni.

    ReplyDelete
  5. Wah..memang saya sejenis mask hunter juga. yela dah nak masuk patploh tahun ni kena lahcari iktiar utk melambatkan penuaan gittew. Apepun nanti saya nak g cari lah mane tahu serasi ngn kulit sya. tq utk info

    ReplyDelete
  6. best pulak tengok mask gold tu..muka macm disaluti emas je..hehee..annti nak carila..nak cuba..

    ReplyDelete
  7. wah baru tahu brand ni. nanti i explore. thanks for info ni ya

    ReplyDelete
  8. BESTNYA! Dah lama Veronica tak pakai mask! Which means is time for..... mask!!!! Thanks for sharing!

    ReplyDelete
  9. Harga tu untuk 1 paket topeng ke? Then penggunaannya boleh pakai hari-hari ke macam mana? Sekarang, sis pakai brand yang boleh pakai hari-hari. Hehe. Memang ada beza kalau rajin pakai mask.

    ReplyDelete
  10. Mask... one of my favourite regime in view of feeling relaxed while pampering the skin... bila ada mentioned yang kulit still lembab walaupun pakai mask tu, memang plus point tu... sebab saya ni memiliki kulit yang super-super sensitif... jenuh nak cari produk yang sesuai waima mask sekalipun... thanks ya...

    ReplyDelete
  11. I've tried these mask before it's really good especially the moisturizing one

    ReplyDelete
  12. Ouh.. ada Gold pula.. cam best untuk dicuba. Masker memang ada banyak sangat dijual. Tak tau nak pilih mana satu. Rambang mata sangat. Thanks untuk info dari Id.az ni. Boleh usha2 bila berkunjung ke Watsons.

    ReplyDelete
  13. Tak pernah cuba lagi mask ni. Nanti Qiss cari dan nak try juga. Suka part warna tona kulit lebih sekata sebab aritu main tepi pantai sat, dah gelap sikit.

    ReplyDelete
  14. nampak menarik
    ada lebih tak mask?
    sila post sini
    nak cuba juga
    hahaha

    ReplyDelete
  15. Selalunya kita lebihan serum kat kotak mask tu sapu tangan sapu kaki biar gebu gebas sekali hahaha. Btw, Mask ID.AZ ni dari mana ye?

    ReplyDelete
  16. Wow sekarang ni dah macam-macam jenis jenama mask ada yang ada rasa tak ada rasa original organik hurmmm best lah orang perempuan hehehe orang laku kalau pakai pun kulit keras wakakak tapi nak cuba juga lah nak lembutkan kulit muka ni..

    ReplyDelete
  17. wahh macam best jeee hehehe. nanti boleh la try usharr :D

    ReplyDelete