Instagram Kena Action Blocked? Macam mana nak buat?


Instagram Kena Action Blocked? Macam mana nak buat? | Assalamualaikum korang! Sihat ke? Baru-baru ni syira baru ja kena action blocked dengan Instagram. Mula-mula kena, menggelabah la jugak. Hahaha haruslah gelabah sebab ada job lagi nak kena post.

Kemain syira cari solusi macam mana nak atasi masalah ni. Stress juga kena blocked daripada like, komen dan sebagainya. Oh ya, syira kena blocked disebabkan 3rd party app. FYI, IG dah restricted app yang ada ada servis bulk unfollowing. Sabor jelah. Lepas ni kena buat manual jelah.


App yang syira guna follow cop. Memang lah ada servis like dalam app tu tapi berbayar. Usd lagi tauu. Memang idok lerrr nak bayar. Ingatkan syira ja kena, rupanya dunia zumal pun kena jugak sebab app ni. Adeh.. so nak buat apa? Ini antara yang syira buat.

1) Uninstall 3rd party app
Macam syira memang naik error macam ni so kena uninstall ASAP application tu.

2) Report a problem
Report a problem dekat IG. Korang boleh ke settings > Help > Report a problem. Pastu korang cerita la apa masalah korang hehe. Buat sekerap yang mungkin.

3) Linked accounts
Syira linked-kan akaun facebook dan twitter syira. Supaya IG tau yang syira ni owner yang legit. Korang boleh linked account di settings > account > linked accounts.

4) Log in dan log out
Ini syira terbaca la. Dan syira cuba juga. Tapi kurang berhasil hahaha. Ada user berjaya removed action blocked guna cara ni. Maybe the lucky one kot.

5) Tukar slot sim card
Yang ni pun syira cuba. Tukar kad sim ke slot yang lain. Contoh macam syira slot 1 Celcom dan slot 2 Maxis. So syira switch. Then log out Instagram selama beberapa jam.

6) Direct message Instagram
Ini langkah terakhir. Syira DM akaun Instagram sendiri. Bagitau jelah apa masalahnya. Yang ni sekali ja syira DM.


Syira tak sure la langkah yang mana satu berhasil tapi semua ni syira buat. Syira kena blocked 22/10/19.. Lepas buat semua ni, IG unblocked balik 25/10/19 petang tadi. Alhamdulillah lega wei.

Okay tu jelah nak bebel. Moga bermanfaat dekat korang. See ya!


30 تعليقات

  1. Gigih juga tu nak kena cuba macam2 cara utk request unblock. tapi baguslah usaha juga dari tak buat apa, ye tak?byw, thanx for sharing.

    Red Linda ~ https://anakperak.com

    ردحذف
  2. Oh at least cuba. Sebab biasa dengar ada jugak kena freeze sebulan. Ni 3 hari kira okei sgt dah tu. Takot gak duk follow unfollow tetiba kena blocked.

    ردحذف
  3. Alhamdulillah dah ok balik.. kalau kena block terus tu rasa terkilan sangat kan.. sekarang ni Instagram banyak buat cucian akaun instagram, tu yang ramai kena macam tu.. hope semua ok..

    ردحذف
  4. PMG, that's really a bad & terrifying experience for you. I can't imagine what I shld do if in the same situation. IG postings is one of our active social media platform for bloggers to share our activities & going-ons!

    ردحذف
  5. Aha instagram sekarang macam dah ketat security dia. Kalau follow unfollow banyak sangat pun terus kena blocked

    ردحذف
  6. TQ for sharing this tips. Pernah kena dulu sekali, rasa geram ya amaattttt

    ردحذف
  7. Nasib da boleh ni kan.. Mmg cuak la kalau kena mcm tu.. Dah la kita buat kerja thru social media kan... Mau tak mnggelabah

    ردحذف
  8. belum pernah kena blocked lagi setakat ni. tapi saya pun ada guna apps follow cop tu. tapi jarang guna. lepas ni tau dah, tak boleh guna. thanks share ya.

    ردحذف
  9. Memag seramlah kalau kene block..dhla kita kerja guna ni..tak tentu arah dibuatnya..oo sekrg ig dah semkain strict ye..banyak benda tak boleh ni..

    ردحذف
  10. Thank you so much! I will also get crazy if one day my Instagram kena blocked~ thanks for the great information , hopefully your account will go back to normal.

    ردحذف
  11. Bila instagram kena blocked memang gelabah kan. Nak nak instagram tu kita guna untuk cari rezeki. Kalaub3rd party melibatkan instagram ni memang akak x install sebab takut jadi macam ni la

    ردحذف
  12. Haaaa ni boleh mati akal ni kalau kena block macam ni. Nasib baik syiera dapat balik IG tu. Makin strict IG skrg ni kan.

    ردحذف
  13. Fuhh nasib baik dah okay balik. Kalau yaya memang dah gelabah puyuh la lagi2 kalau ada task di sosial media. Thanks sharing lepas ni kalau jadi apa2 dah tau nak buat apa

    ردحذف
  14. Buat masa nie tak pernah lagi kena block acc ig..btw thanks sbb sharing bnda nie..bgus juga klau2 trkna sok lusa, da tau solution nye ..

    ردحذف
  15. Selalu sangat kena block.. Tapi chill jela.. Sebab komen dan like lebih had .. Ahhaha... Tapi okla atleast dpt mencuba kan... Boleh share tips ni kat smua

    ردحذف
  16. alhamdulillah dah ok ya. memang terrifying la kalau jadi gini. kalau saya memang dah freak out

    ردحذف
  17. So far guna instagram ni dulu slalu kena sekarang dah ok dah jarang kena

    ردحذف
  18. mmg stress bila akaun socmed kena block...btw tq pada tips yang dikongsikan..insyaallah kalau ada masalah dah tahu cr macam mana nak setelkannya

    ردحذف
  19. Alhamdulillah setakat ni tak pernah kena blocked. maybe sebab saya takde guna 3rd party app tu kot.

    btw thankyou for sharing the ways how to solve the problem! :D

    ردحذف
  20. Thank you. Dah 3 hari juga kene block mcm ni. Gelabah lain macam tu terus Google baca awak punya tips ni terus try. Alhamdulillah dah okey

    ردحذف
    الردود
    1. Hi. Boleh saya tahu cara yang mana satu awak buat? Sebab saya dah kena block since 1 September sampai harini. Sy dh cuba semua cara dah. Still sama.

      حذف
  21. 3rd party apps tu mksudnya apps ape je?

    ردحذف
  22. Dh seminggu kena blocked ni..waaahh manyak grm..baru try last way tuu..klu tk jdi jgk tk tau laa

    ردحذف
    الردود
    1. Hi. Boleh saya tau macam mana ig awak dah unblocked semula?

      حذف
  23. Dah try dah semua , tapi tak boleh jugakk.. Sedihnyaa tk boleh post gambar

    ردحذف
  24. Saya tak faham yang apps 3rd party tu.. contohnya mcm mana? Nak meniaga follow skit kena block 🤦🏻‍♀️

    ردحذف
  25. Nampaknya kena buat yang last, DM lah ni..huhuhu...

    ردحذف
  26. hi. boleh saya tahu the day your acc unblocked,macam mana awak tahu ? ada dapat msg ke ?

    ردحذف
  27. Sepatutnya dah ok semalam tapi arinie masih kena block huhuhu apa patut saya buat? Agak2 dia akan ok balik tak atau memang xboleh guna dah acc tu?

    ردحذف

إرسال تعليق

Post a Comment

أحدث أقدم