Althea Korea A'Bloom Review

Althea Korea A'Bloom Review | Hai hai korang! Assalamualaikum. Oh heyyy. Selamat hari raya. Maaf zahir dan batin ya. Kali ni syira nak review Althea Korea A'Bloom. Ini merupakan kali pertama syira review produk daripada Althea. So, syira agak excited gituuu. Thank you Althea kerana memberi peluang dekat syira.

Bila sampai ja terus syira unboxing. Cantik box Althea kali ni. Bertemakan hari raya. I'll guess so. Hehehe bila buka ja aduhai comel-comel belaka produk Althea Korea A'Bloom ni. Althea Korea A'Bloom terdiri daripada A'bloom BHA Blackhead Blaster, A'bloom Mask sheet (4 variasi), A'bloom Giant Meringue Puff dan A'bloom Baby Meringue Puffs. Meh syira story one by one.



🦄A'bloom BHA Blackhead Blaster

Yang ni syira paling excited nak cuba sebab unik sikit. Selalu kalau kita pernah tengok mesti dalam bentuk liquid atau mask. Oh ya, A'bloom BHA Blackhead Blaster ini merupakan blackhead/whitehead removal. Tapi dalam bentuk stick. Very user friendly. Sebab senang nak bawak ke mana-mana.

Mengandungi Natural BHA (White Willow Bark Extract 5,000ppm), so that A'bloom BHA Blackhead Blaster ini mampu menanggalkan blackhead/whitehead degil korang tu dengan mudah tanpa rasa sakit. Easy peasy. Selain itu, benda magik ni jugak menanggalkan sel kulit mati dan sebum. Syira dah guna A'bloom BHA Blackhead Blaster ni. Memang mampu menanggalkan blackhead dan whitehead. Cuma kena konsisten la guna kan.


Cara menggunakan A'bloom BHA Blackhead Blaster
Basahkan muka terlebih dahulu. Lepas tu sapukan A'bloom BHA Blackhead Blaster di tempat bermasalah. Kemudian bilas dengan air suam.


🦄A'Bloom Mask Sheet

A'Bloom Mask Sheet ini terdapat empat variasi mengikut keperluan kulit masing-masing. Serius syira suka betul packaging mask sheet ni. Comel sangat. Syira boleh dikatakan penggemar mask jugak. Sesuai dengan cuaca sekarang yang tak menentu. Tambahan dah lepas raya ni, wearing a mask is a must.

🍋Sparkle-Me-Bright
Mengandungi lemon dan limau yang diperkaya dengan vitamin C bagi mencerahkan kulit serta mengurangkan masalah bintik hitam. Bahan yang digunakan adalah Niacinamide, Ekstrak Buah Citrus Lemon, Ekstrak Buah Jeruk Citrus Aurantifolia dan Ekstrak Daun Camellia Sinensis.

🍑Ac-Me-Peach
Ac-Me-Peach ini pulak diperbuat daripada ekstrak buah peach dan minyak pokok teh. Berfungsi untuk membersih dan merawat kulit sensitif. Bahan yang terkandung adalah Ekstrak Buah Prunus Persica (Peach), Ekstrak Daun Melaleuca Alternifolia (Pokok Teh). Mask ini jugak mampu mengawal masalah kulit berminyak dan melembapkan kulit.

🍉Water-Me-Long
Water-Me-Long yang diperkaya dengan ekstrak buah tembikai berfungsi sepenuhnya untuk menghidrasi kulit dan memberikan kelembapan kulit sepanjang masa. Selain itu bahan lavendar yang digunakan jugak untuk memberi efek 'calming' dengan bauan yang wangi dan relaks kepada si pemakai.

🍐Avo-Cuddle-Me
The last one is Avo-Cuddle-Me. Diperbuat daripada buah avocado, of course la kan. Sememangnya kaya dengan antioksidan yang terkenal dalam melindungi kulit daripada cuaca serta mencegah kedutan. Kulit pun bertambah cantik dan glowing gituuu.
Bagi syira kesemua mask ni best sangat. Harga pun murah RM2 setiap satu. Murah kan? Nanti boleh repeat beli lagi.


🦄A'bloom Giant Meringue Puff

Kalau korang biasa tengok ada orang gunakan berus untuk ratakan foundation. Althea kini mengeluarkan span yang berbentuk meringue puff. Giant Meringue Puff ini mampu mengembang sehingga 1.5 x daripada bentuk asalnya. Ye wak. Basahkan ja Giant Meringue Puff nanti dia mengembang dengan jayanya. Hehehe dah la comel. Giant Meringue Puff ini digunakan untuk kawasan dahi, pipi dan dagu.



🦄A'bloom Baby Meringue Puff

Yang ini lebih kecil daripada Giant Meringue Puff. Aduh comel sangat size dia. Khusus untuk meratakan foundation di bahagian seperti bawah mata, tepi hidung dan sebagainya. Pendek kata bahagian yang susah la nak ratakan. Oh ya, A'bloom Baby Meringue Puff ni pun boleh mengembang jugak.



Macam mana? Comel kan semua produk Althea Korea A'Bloom? I told you. Hehehehe. Korang boleh purchase dekat website Althea Korea 👉👉 https://my.althea.kr/

Oh ya. Lupa syira nak inform korang mengenai Althea Korea ni. Althea ni bukan sahaja menjual produk A'Bloom sahaja, tapi banyak lagi produk lain seperti skincare, make up dan sebagainya. Beauty addict, korang kena layari website ni ye.

Happy shopping guys!


19 Comments

  1. jeles dengan semua org yg dapat ni sbb packaging dye cute gilaaa

    ReplyDelete
  2. Rajin tengok web Althea ni..cuma belinya belum lagi.

    ReplyDelete
  3. Rawlins sekarang dah makin rajin guna BHA Blackhead Blaster tu - setiap minggu at least sekali guna agar hilanglah kedegilan blackhead la, whitehead la hahaha

    ReplyDelete
  4. I tried this mask too.. very nice to use.. Love it.. the effect is superb!

    ReplyDelete
  5. Seronoknya dapat produk dari Althea ni. Dahlah quality tinggi dan bagus. Byk positif review yg cx tgk. Jeles pon ya ni ehhe. Nanti nak usha la kot² boleh lekat 2,3 brg nanti heheh

    ReplyDelete
  6. cutenya packaging, ni ke rahsia kecantikan akak? Patut muka glowing gittew

    ReplyDelete
  7. I paling suka dengan A blomm mask. Bukan aje murah tapi berkualiti and rich with serum yg baik untuk kulit.

    ReplyDelete
  8. Para wanita memang suka kecantikan kan. hehe. mesti akan mencari produk ini

    ReplyDelete
  9. memang best semua barang althea abloom ni..nad restock mask dia..hehe..sebab best..sponge tu boleh je guna untuk apa sahaja makeup..hehee

    ReplyDelete
  10. Kita dok usha banyak kali dah mask sheet ni. Ramai review kata best. Teruja nak cuba gak! Yang watermelon tu nampak best nya.... Kena borong gak nampaknya. Dah terpengaruh dah kita. HAhaa

    ReplyDelete
  11. Produk A'bloom Althea ni memang best best. Terutama sekali mask. Lepas pakai mask kulit memnag rasa fresh dan lembab kan. Siap repeat beli. Sekali 10 keping tau

    ReplyDelete
  12. Waj.. Tgk ramai gak review produk Althea ni.. npk mcm best jer.. berblomm. npknya

    ReplyDelete
  13. Althea ni bestkan. Banyak produk korea menarik yg boleh dicuba. Paling best produk dia semua comel-comel geram tengok

    ReplyDelete
  14. Until this moment saya belum pernah guna produk Althea lagi, tapi tengok online review kebanyakan pengguna mostly bagi 5 star. so, memang produk ni digemari ramai

    ReplyDelete
  15. I love t shop at Althea also, there are so many K Beauty brands at a very reasonable price. I like their face masks too.

    ReplyDelete
  16. Mouse mommy also loves the Abloom ranges, has repurchased A'bloom BHA Blackhead Blaster and Abloom Avocado sheet mask via Althea app! Love it!

    ReplyDelete
  17. Memang comel! For the masks I baru dapat beli the sale price RM15 for 10 pieces tu... Masa the first round tak sempat habis sold out... This week nak test all that masks. And for that blackhead buster to going to try it soon jugak.. Kena use consistently yer.. OK ok Yana try

    ReplyDelete
  18. Banyak sgt produk althea kan.. Yg latest ni super cute... Geram tgk yg sponge puff tu... Mask dia pun best... Yg blackhead pun best... Senang kata smua best2..xpenah failed..

    ReplyDelete
  19. halahhh halah.. juga menghantui ni ha produk althea ni sejak2 BW ni :-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Post a Comment

Previous Post Next Post