Masalah Ruam Bukan Masalah Lagi Dengan Joielle Baby VCO Set


Masalah Ruam Bukan Masalah Lagi Dengan Joielle Baby VCO Set | Hai korang! Syira pernah menggunakan produk Joielle Baby sebelum ini. Korang boleh scroll down archieve syira okay. Syira suka sangat bau produk Joielle Baby sebab wangi gila. Bak kata Syatilla Melvin, bau baby masa lahir. Bau syurga yang tak semua orang dapat rasai.

So kali ini, syira nak review Joielle Baby Vco Set pulak. Sebab dengar cerita sangat berkesan untuk si manja yang mempunyai masalah kulit seperti ruam, panau dan sebagainya. Medina ni ada masalah ruam ja. Disebabkan cuaca yang tak menentu, memang senang naik ruam di celahan leher dan belakang badan. Dalam Joielle Baby Vco Set ni terdapat losyen bayi, krim bayi dan mandian bayi. Jom syira share satu per satu!




Kebaikan Joielle Baby Vco Set
💦Merawat masalah kulit kering
💦Mengurangkan kulit berpanau
💦Meredakan ruam bayi
💦Merawat masalah kulit ekzema
💦Mengurangkan kegatalan kulit
💦Melembapkan kulit
💦Mengurangkan rekahan pada kulit


Mandian Bayi 
Apa apa pun mesti la mulakan harian dengan mandi dulu kan? Hehe syira mandikan Medina dengan mandian bayi Joielle Baby hampir setiap hari. Syira suka bau mandian ni. Macam ada 'calming' efek terhadap Medina. Bila menggunakan mandian bayi ni, kulit medina terasa lembut ja. Best ja ibu sentuh hehe.


Dengan penggunaan aloe vera, vitamin E dan juga ekstrak minyak kelapa dara dalam mandian ini menjadikan kulit si manja lebih lembap sepanjang hari. Tidak la medina terasa gatal disebabkan ruam. Sememangnya bebas dari bahan kimia berbahaya.

Cara penggunaan
Basahkan badan bayi dengan air bersih. Letakkan Joielle Baby Vco Bath di telapak tangan dan gosok sehingga berbuih. Sapukan buih mandian ini di seluruh badan. Bilaskan dengan air bersih.


Krim Bayi
Selepas mandi syira sapukan krim bayi dekat medina yang diperkaya dengan khasiat Alor Vera dan Vitamin E serta kebaikan dari minyak kelapa dara. Kebaikan krim bayi ini dapat mengurangkan kemerahan kulit yang berpunca daripada ruam. Kalau ada masalah kulit kering pun sesuai digunakan.



Boleh digunakan sekerap mana pun supaya dapat melegakan kawasan yang terjejas. Amat sesuai digunakan pada setiap hari. Tekstur krim pun ringan dan melembutkan kulit Medina.

Cara penggunaan
Sapukan krim bayi dekat bahagian badan si manja anda  yang kelihatan kering dan mempunyai kulit mengelupas.


Losyen Bayi
Last step syira gunakan losyen bayi dekat Medina. Wangi betul losyen ni. Sangat recommended mummies! Berasaskan daripada bahan-bahan semula jadi yang diuji secara klinikal. Oh ya sangat sesuai digunakan untuk kulit sensitif.



Apa yang syira suka, losyen ni melembapkan kulit medina. Boleh disapu setiap hari. Syira kalau keluar, syira bawak je losyen ni. Senang dan very handy nak bawak pergi travel. Lagipun senang meresap ke dalam kulit medina dan paling best tak melekit.

Cara penggunaan
Lapkan badan bayi sehingga kering. Letakkan sedikit losyen bayi mengikut keperluan. Sapu dan urutkan di seluruh badan si manja.

Testimoni Pengguna Lain



Untuk tempahan dan maklumat lanjut:


11 Comments

  1. Menarik!
    Jemput singgah blog

    https://eatmakeread.blogspot.com/2019/05/review-chinese-drama-put-your-head-on.html

    ReplyDelete
  2. Selalu baby2 memang ada masalah ruam terutama bila panas atau ruam setelah pakai lampin. Bagus lah ada produk macam ni utk membantu hindangakn ruam dan memberi kelegaan pada baby

    ReplyDelete
  3. TB pun suka produk bayi yang menggunakan bahan natural tanpa bahan kimia berbahaya.. sebab semasa umur bayi memang mencabar juga kalau guna produk tak sesuai.. maun naik merah-merah..

    ReplyDelete
  4. Packaging dia nampak sangat chic dan elegan - seumpama jenama terkenal dan kegunaan dewasa.
    Yang penting ingredients dia selamat digunakan ye tak.

    ReplyDelete
  5. Kanak-kanak selalu sangat kena serangan ruam anak sedara kita selalu kena ada produk macam ni bagus juga boleh bagi kulit yang sihat dan menggunakan bahan selamat ok lah nak beli satu ni...

    ReplyDelete
  6. Virgin Coconut Oil memang bagus. Sesuai untuk kulit anak-anak kita yang lembut mulus ni kan. Hehehehe. Dalam amsa yang sama mesti kita pun selesa dapat manfaat dengan bau dan kelembutan tangan kita.

    ReplyDelete
  7. bagus betul produk nie untuk mengatasi masalah ruan dan kulit kering. yer, banyak dengar kebaikan virgin coconut oil. nanti nak beli jugaklah utk diri sendiri.

    ReplyDelete
  8. produk baru erk..macm baru denagr..bagus ni virgin coconut oil..ade bau wangi tak.si kecik tu senang kene ruam..boleh la cari produk ni..

    ReplyDelete
  9. Kalau produk bayi yang menggunakan bahan natural memang Mimi suka sebab selamat dan sesuai dengan kulit anak. Ada virgin coconut oil lagi confirm lagi best pakaikan untuk anak

    ReplyDelete
  10. first time nampak produk ni. No wonder bagus untuk kulit sebab ada ekstrak aloevera sebagai bahan utama dia. Musim panas memang senang badan naik ruam, boleh la try produk ni

    ReplyDelete
  11. Jenama baru ye? Kita memang tak ada anak lagi tapi adalah jugak pernah jaga cousin kecik. Selalu pakai brand yang supermarket jual. Tak pernah nampak ni lagi.

    ReplyDelete

Post a Comment

Post a Comment

Previous Post Next Post