Review Neem Balm Keluaran ZM Beauty


Review Neem Balm Keluaran ZM Beauty | Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca kesayangan syira. Kali ni syira nak kongsikan dengan korang mengenai produk terbaru keluaran ZM Beauty iaitu Neem Balm. Sebelum ni, Syira pernah gunakan produk ZM Beauty, Garlic Balm untuk Medina. Pernah dengar tak daun semambu? Khususnya daun semambu digunakan bagi merawat campak atau chicken pox.



Medina pernah terkena campak masa umur setahun. Husband syira punya la puas mencari daun semambu sebab zaman sekarang ni agak sukar untuk cari daun ni tau. Tak silap selalu ada tumbuh pokoknya di kuil. Disebabkan itulah syira standby siap-siap Neem Balm ni. Senang kan kalau bila perlu nanti.


Neem Balm - Rawatan Moden Daun Semambu !

Syira tertarik dengan Neem Balm keluaran ZM Beauty ni sebab senang untuk bawa ke mana saja. Bahan-bahan yang digunakan pun bahan semula jadi dan selamat digunakan oleh seisi keluarga. Bahan-bahan yang terkandung dalam Neem Balm adalah daun semambu, minyak zaitun dan lilin lebah.




Neem Balm Sesuai Digunakan Untuk:
🌿Merawat kulit kering
🌿Ruam demam campak
🌿Masalah kulit yang ringan
🌿Kegatalan kulit
🌿Ruam lampin

Perlu diingatkan Neem Balm ini hanya boleh digunakan untuk sapuan luaran sahaja. Macam mana nak gunakan Neem Balm? Cuma sapukan secara nipis di bahagian kulit bermasalah. Syira gunakan Neem Balm selepas mandi. Tapi korang boleh je rujuk pada belakang balm ini untuk maklumat lanjut.


Testimoni Syira
Untuk pengetahuan korang, syira sendiri menggunakan Neem Balm ini selain syira sapukan juga dekat Medina. Medina senang sangat digigit nyamuk. Tak tau la kenapa nyamuk suka sangat dengan dia. Eh. Hahaha bila kena je gigit terus syira sapukan Neem Balm dekat Medina. Supaya kesan gigitan itu berkurangan. Kalau tidak mesti timbul bintik merah. Selain itu, Medina sering juga kena ruam disebabkan faktor cuaca sekarang yang agak panas. So far cepat surut ruam Medina. That's means serasi dengan Medina.

Syira gunakan Neem Balm di tumit kaki. Rasanya disebabkan kulit kering, tumit kaki senang pecah atau merekah. Selepas menggunakan Neem Balm, kulit di tumit kaki semakin lembap dan kesan pecah berkurangan. Alhamdulillah. Seronok ibu Medina. Syira juga sapukan di jari syira selalu mengelupas. See? Dah tak mengelupas lagi!




Oh ya korang jangan risau tau Neem Balm ini mendapat kelulusan KKM dan bebas kimia. Syira suka sangat dengan tekstur Neem Balm ni tidak melekit dan senang meresap ke dalam kulit. Lagipun bau Neem Balm ni sangat wangi. Nak sapu pun rasa best je baunya. Yang paling penting guna neem asli okay. Natural je.

Testimoni Pengguna Lain

Harga Neem Balm
Harga Neem Balm adalah RM45 dengan berat 60gm. Setiap pembelian Neem Balm, korang akan dapat free gift iaitu termometer digital dan casing khas daripada ZM Beauty berserta keychain. Oh ya termometer digital sangat terhad kepada 10k unit pertama sahaja. Cepat-cepat grab tau! Kat mana nak beli? Tengok details di bawah ini.

Facebook: Zuraini Muhammad
Instagram@neembalmhq
FB Page: NeemBalmHQ
Whatsapp: 011-32484182
Call: 07-7550792


Agent Wanted!!
Kepada yang berminat untuk tahu lebih detail boleh terus klik link dibawah untuk fast respond








9 Comments

  1. Bagu Neem balm ni, dia melembabpakn kulit Sis yang kering ..memang sukakannya ..

    https://www.sislin76.com/2019/02/neem-balm-produk-terbaru-keluaran-zm.html

    ReplyDelete
  2. Harga dia ok juga, tengok saiz bekas tu pun besar. Tak kenal pun rupa daun semampu tu. hihihihi, tapi mesti wangi kan bau balm ni.

    ReplyDelete
  3. first time heard of this brand of balm.. ur review looks great.. can try try it out.. nice one..

    ReplyDelete
  4. Balm neem ni dah lame tahu khasiatnya. Tapi dulu mencari cjmpa masa azriel kena chicken pox.. plg mudah skg dah siap teka jd sabun. Dulu sy siap g minta ngn india daun neem ni hihi

    ReplyDelete
  5. 1st time dengar nama produk ni. Tapi nina memang sedia maklum Neem bagus untuk skin terutama kulit yang bermasalah. Biasa pakai jenis yg lain tapi agak mahal, pasni leh laaa try ug ni. Thanks sharing

    ReplyDelete
  6. Bagusla ade balm neem ni. .Kot kalau kene demam campak pakai ni.. Boleh kan.. Banyak kgunaan dia ye. .Nak kene ada satu la ni dekt rumah

    ReplyDelete
  7. DAUN SEMAMBU sangat bagus bagi yang alami cacar AIR... nampak menarik pula sebab nampak macam kulit hidrat bila u pakai produk ni btw tangan u tu kenapaaa.. mengelupas jadi macam tu i is seram lah. :( haritu nampak gambar tangan mengelupas orang cakap eczemaa.

    ReplyDelete
  8. TB pun ada masalah kulit kering.. memang dah try macam-macam produk pun.. ada yang berkesan, ada yang tak.. boleh la try neem balm ni pulak nanti..

    ReplyDelete
  9. Oh ada daun semambu dalam dia. Senang la kalau anak-anak terkena chicken pox ye.

    ReplyDelete

Post a Comment

Post a Comment

Previous Post Next Post