Kulit Si Manja Sensitif? Cubalah Chomel Baby


Assalamualaikum
Penjagaan kulit si manja sememangnya penting. Syira excited sangat nak kongsi dengan korang mengenai produk Chomel Baby. Sebelum ini, syira pernah mencuba rangkaian produk Chomel Baby iaitu Foaming Hand Wash dan Hand Sanitizer. Syira paling suka guna Hand Sanizer Chomel Baby. Untuk info lanjut korang boleh klik sini sekiranya berminat untuk mengetahui dengan lebih jelas. Untuk kali ni, syira nak share dengan korang rangkaian produk Chomel Baby iaitu Head to Toe Wash, Baby Wipes dan juga Baby Daily Lotion. Meh syira cerita satu-satu.

Head to Toe Wash
Chomel Baby Head to Toe Wash diformulasikan daripada tumbuh-tumbuhan di mana bebas sabun dan mempunyai pH balanced yang membantu membersih tanpa kekeringan yang berlebihan. Selain itu, Head to Toe Wash juga tiada sintetik dan bahan yang digunakan terdiri daripada benih rami (flaxseed), rosehip, kelapa dan minyak Manoi Tiare yang memberikan kelembapan kepada kulit si manja.
Head to Toe Wash juga diperkaya dengan vitamin C dan E bagi membantu kulit si manja lebih sihat dan lembut sentiasa. Syira suka sangat Head to Toe Wash sebab tear free! Tak memedihkan mata Medina bila mandi. Head to Toe Wash ini juga sesuai bagi bayi baru lahir dan bayi berkulit sensitif.

Harga Chomel Baby Head to Toe Wash: RM34.90

Baby Wipes
Comel gila packaging Chomel Baby Wipes ni. Hehe ibu Medina pulak yang teruja. Macam Head to Toe Wash, bahan yang digunakan juga sama. Sememangnya syira yakin 100% selamat digunakan untuk Medina. Apa yang syira suka pasal Baby Wipes ni sebab ultra tebal dan tahan lama.
Baby Wipes ini juga melembapkan kulit bayi dan lembut sesuai untuk bayi berkulit sensitif. Baby Wipes ini boleh digunakan untuk newborn baby, jari yang kotor, permainan bayi, sebelum dan selepas makan dan sebagainya. Syira suka bawa Baby Wipes kalau travel. Senang nak guna contoh lepas Medina makan.

Harga Chomel Baby Wipes: RM6.90

Baby Daily Lotion
Selain itu, syira juga mencuba Chomel Baby Baby Daily Lotion. Ya ampun, wangi betul losyen ni. Serius mummy, syira tak tipu okay. Tekstur Baby Daily Lotion ini juga sangat ringan dan mudah meresap ke dalam kulit si manja korang. Bila sapu dekat Medina, kulit Medina lebih lembut dan lembap sentiasa.
Sesuai sangat untul bayi baru lahir dan bayi berkulit sensitif. Syira sapu dekat Medina selepas mandi agar kulit Medina kekal lembap. Bukan setakat Medina je guna, ibu dia pun nak tumpang sekaki juga. Haha Baby Daily Lotion ini tidak mempunyai minyak mineral dan silikon yang boleh mengakibatkan iritasi, ruam dan kemerahan pada kulit. Wah bagus kan.

Harga Chomel Baby Baby Daily Lotion: RM34.90

Untuk maklumat lanjut dan tempahan:
Facebook: Chomel
Instagram: @chomel_baby_


21 Comments

  1. bau baby nye product mesti macam waaangi gila and sedap je..
    kadang2 tu cilok gak anak2 buah nye.. sebab best. hehe..

    ReplyDelete
  2. Produk Chomel ni bagus sebab free from sls n free paraben kan, harga pun reasonable dan mampu milik. ❤️

    ReplyDelete
  3. so adorable and cute.. top to toe is nice product... yet to try out chomel.. looks great..

    ReplyDelete
  4. Produk yang mesra bayi ni bagus la sebab kulit bayi sensitif dan nipis. Jadinya kena cari produk2 yang mesra kulit bayi ni. Comel je packaging Chomel ni. Plant based ni bagus la.

    ReplyDelete
  5. WAH BAGUS LA PRODUK CHOMEL NI. pACKANGING PUN DAH COMEL SESUAI NAMANYA. BAGUSLAH ADA PRODUK YNG KHUSUS UTNUK ANAK-ANAK.KULIT MEREKA DAHLA TAK SETEBAL KULIT KITA NI. KENA SIKIT SAHAJA DAH MERENGSA. SESUAI PRODUK CHOMEL INI UNTUK MEREKA.

    ReplyDelete
  6. Hari ni ramai betul up pasal product CHOMEL ni, akak suka betul tengok warna dan packaging dia..nasib baik takde anak kecik atau baby baru..kalau ada dah lama dah akak cari produk ni

    ReplyDelete
  7. Kita pun suka produk Chomel ni. Sbb kita mmg pilih yg bebas SLS & paraben je utk anak kita. Sesuai sgt ngan Chomel ni. Dah la ada Halal JAKIM kan.

    ReplyDelete
  8. Good to have another brand of products which are safe for our baby. Will recommend this to my friend.

    ReplyDelete
  9. Aduhai! Baby dah jadi model kecik kecik ni. Macam nama dia Chomel, the ingredients use sesuai untuk si Comel juga. Safe for skin and good for babies.

    ReplyDelete
  10. Betul tu..kulit baby memang lembut dan sensitif so memang kena jaga2 bila gunakan produk untuk kulit mereka. Kena check dari bahan apa..jangan main sebarang sapu aje. Bagus jugak produk chomel ni ekk..nanti bolehlah suh anak2 buah cuba

    ReplyDelete
  11. Produk Chomel Baby ni memang bagus untuk kanak-kanak sebab produk yang lembut dan sesuai untuk kulit baby yang sensetif dan juga mudah kena penyakit...

    ReplyDelete
  12. Best gila produk ni kan...
    Akak biasa pakai yg hand wash dia ja. Tapi gentle gila on skin. .. Yg paling penting free from paraben n sls kan

    ReplyDelete
  13. best produk chomel ni..ada macam-macam dah ye sekrg..siap lotion dengan tisu basah..bagus..nad pernah guna sebelum ni, produk untuk pembersih mainan ..memnag bagus..sebab bebas alcohol dan free parabem

    ReplyDelete
  14. Nama pun Chomel. Mesti anak pun happy bila dapat guna produk yang baik. Lambakan produk utk anak semua sekarang ni bau wangi dan packaging cantik. Tp fungsi bebas kuman, sls semua yilek. Kena ada extra knowledge about barang utk anak. Kan?

    ReplyDelete
  15. Comelnya nama dia. Ala-ala nama dolu-dolu. Sangat2 nostalgik. Yang penting adalah mudah dan selamat digunakan ye tak.

    ReplyDelete
  16. Cx Cuka produk ni! Plant based and natural. Dahlah wangi. Paling in love dengan lotion dia. Ya Allah, bila pakai, tak melekit langsung elok je menyerap mcm air ke dalam kulit. Lepas tu tak berminyak pon. Suka sangat cx ni dah lah tak suka pakai lotion sebab asyiklah berminyak. Tapi dengan adanya Chomel ni jadi seronok pakai lotion anak beranak. Satu rumah wamgi hehheeh bau dia pon tahan lama dekat kulit. Lembut sgt

    ReplyDelete
  17. chomel really comel ya! good that it is plant based and natural without all those chemical ingredients. certainly good for the newborn baby with soft skin.

    How to deal with markets ups and downs?

    ReplyDelete
  18. kulit sensitif bgus cuba ni kan... bahan terbaik

    ReplyDelete
  19. AM suka guna product chomel nie.. Rasa cam babies plak bila pakai.. AM suka wangian losyen & rasa puas bila gunakan Produk Chomel nie.. Feel n rasa Best sgt tau..

    ReplyDelete
  20. wah i will rekomen untuk parent yang anak anak ada kulit sensitif pakai produk chomel ni. u punya gambar lawa sangat lah i rasa macam balik ke zaman childhood, i rasa bukan anak i je pakai produk ni, i rasa I pun akan guna sebab paraben freee... i suka barang penjagaan kulit bayi..

    ReplyDelete
  21. TB pun pernah guna rangkaian produk Chomel ni.. sebelum ni pernah guna laundry detergent dia.. sangat bagus untuk cuci baju baby.. sebab non chemical.. so kulit baby takkan alergik or gatal2.. sekarang tengah nak try lotion dan mandian dia..

    ReplyDelete

Post a Comment

Post a Comment

Previous Post Next Post