Drama TV3 - Tulus Cinta

Assalamualaikum dan selamat petang. Syira boleh dikatakan kaki tengok drama jugak. Drama pendek jelah. Yang bersiri ni tengok pelakon jugak nak layan lama lama. Okay ni salah satu drama Tv3 yang syira suka iaitu Tulus Cinta.
Drama tulus cinta ni pernah ditayangkan pada bulan Mac yang lalu kalau tak silap syira. Malam ni 13 Oktober bakal ditayang semula pada pukul 9 malam. Okay meh syira cerita sikit sinopsis drama ni.

Sinopsis
Mengisahkan tentang seorang perempuan bernama Maira yang menghidap penyakit leukimia. Sejak Maira mengetahui mengenai penyakit beliau, beliau banyak menyendiri. Tetiba eh. Hahah tanpa diduga Maira bertemu dengan Azim dan sejak itu mereka berkawan rapat. Lepas tu apa yang terjadi? Haa korang kena tengok sendiri ok. Ada orang ketiga tetiba muncul di antara Maira dan Azim ni. Damn it hehehehe.

Arahan: Ellie Suriaty
Terbitan: Sha's Media Sdn Bhd
Pelakon: Amar Asyraf, Siti Elizad, Puteri Aishah, Halim Radzi,  Anne Abdullah dan ramai lagi.

Selamat menonton!


1 تعليقات

إرسال تعليق

Post a Comment

أحدث أقدم