Tasneem Naturel Balm Kit Bayi Magik Medina



Assalamualaikum

Sejak sejak jadi ibu ni memang menjadi kebiasaan untuk syiera cari balm yang sesuai untuk kegunaan harian baby. Baru baru ni syiera diberi peluang untuk mencuba rangkaian produk Tasneem Naturel. Tasneem Naturel balm ni agak famous di media sosial. Mula mula tu syiera dok usha jugak nak beli untuk Medina tapi siapa sangka rezeki Medina dapat pulak try balm comel ni.

Tasneem Naturel balm ni merupakan produk keluaran Muslim yang diyakini halal untuk kegunaan orang Islam. Selain itu, produk ini juga mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan turut dihasilkan di kilang OEM yang bertarafkan GMP (Good Manufacturing Practices).


Syiera bertambah tertarik untuk mencuba kerana Tasneem Naturel balm ni merupakan produk bebas daripada bahan kimia yang merbahaya seperti SLS, paraben dan bahan pewarna. Untuk pengetahuan korang, Tasneem Naturel balm ini juga dihasilkan dengan menggunakan bahan semula jadi dan pati minyak (essential oil) lebih daripada lima jenis EO sesuai dengan penggunaan setiap balm. Wah menarik kan? Terdapat empat jenis balm seperti berikut:

CoughFlu Time

Coughflu Time Balm antara favourite syiera untuk Medina. Sebab apa? Sebab balm magik ni boleh mengurangkan selsema, batuk dan sebagainya. Husband syiera baru baru ni berjangkit dengan sapa ntah selsema (hehehe jangan marah tok laki :P) terus syiera suruh sapu coughflu time. Esok tu alhamdulillah kurang selsema dia. Eh, apasal orang dewasa guna bukan baby? Haaa.. balm ni bukan untuk baby jelah. Orang dewasa pun boleh guna okay. Selain tu kan, balm ni mampu mengurangkan asma, menurunkan suhu badan kalau tetiba demam dan mencairkan kahak. Kalau untuk baby ni bagus sangat lah simpan satu. Standby kalau kalau Medina demam ka batuk ka, tahu tahu jelah kan bawah setahun mana boleh minum ubat.

Cara guna CoughFlu Time
Sapu pada hidung, tulang belakang, tekak, tapak kaki dan dada

Tummy Time

Eee..sukanya tummy time ni. Sebabnya Medina kadang kadang tak poo poo dua hari (which is normal for breastfeeding baby) pun syiera tak risau sangat. Bila syiera sapu ja tummy time kat perut dan tapak kaki Medina mesti Medina buang angin. Itu tandanya perut Medina dalam keadaan selesa dan tak sebu. Sesetengah baby kan kalau tak berak memang rasa kembung ja perut. So, tummy time memang bagus sangat untuk membuang angin dalam perut sesuai dengan ramuan balm ni yang mengandungi halia. Halia kan elok sangat untuk kita buang angin dalam badan. So korang yang rasa macam banyak angin boleh try tummy time balm ni okay.

Cara guna Tummy Time
Sapu pada perut dengan urutan ‘love’ dan tapak kaki

Sleep Time

Yang ni mesti kegemaran ibu ibu sekalian kan? Fungsi utama sleep time balm ini memudahkan anak untuk tidur lebih lena serta membaiki kualiti tidur anak. Selain itu, balm ini juga berkesan bagi membantu supaya anak bangun tidur dalam mood ceria. Happy ja kalau bangun. Medina ni boleh dikatakan kerap bangun malam tapi bukan bangun nak main ke apa. Bangun sebab mengigau ja. Orang Kedah cakap tidoq tak jerap. Hahahaha. So far, syiera dah cuba apply dekat Medina, kadar keberangkalian Medina untuk bangun tu berkurangan daripada sebelum ni. Kalau dia bangun pun untuk menyusu je. Ibu so happy. Sebab ibu pun boleh lena muahehe. Pada yang tak tau kalau korang rasa korang tidur tak lena, korang boleh jugak sapu sleep time balm ni bukan baby ja boleh sapu. Insyaallah lena tidur korang. Sapu nipis ja, jangan menebal pulak kalau ye pun nak nyenyak :P Ala gurau ja.

Cara guna Sleep Time
Sapu di nadi belakang telinga, tapak kaki, tulang belakang dan pergelangan tangan

Calm Time

Calm time balm ni syiera suka jugak. Eh semua balm syiera suka la macam tu. Calm time balm ni syiera gunakan sekali dengan sleep time sebab sangat berkesan bagi menenangkan anak sekiranya anak anda meragam atau dalam keadaan yang tidak selesa dan keletihan. Kalau Medina macam bad mood ja syiera sapu sikit dekat dia. Baby pun tau bad mood ke? Yes of course. Contohnya kalau dia panas. So Medina agak meragam sebab kurang selesa. Balm ni mampu melahirkan aura ketenangan gitu. Sebabnya bau balm ni yang sangat wangi dan kita yang bau pun rasa lebih relaks.

Cara guna Calm Time
Sapu di tulang belakang, tapak kaki, pergelangan tangan dan nadi belakang telinga

INFO MENARIK MENGENAI TASNEEM NATUREL BALM

  • Boleh digunakan oleh seisi keluarga. Daripada newborn sehingga dewasa
  • Bersaiz kecil dan comel packaging balm ini. Mudah dibawa ke mana saja
  • Dihasilkan dengan ramuan yang bermutu tinggi dan bebas kimia
  • Tasneem Naturel balm ini juga mampu tahan sehingga tiga bulan bergantung kepada penggunaan individu tersebut. Jimat kan?
  • Bau yang sangat wangi serta teksturnya yang tidak melekit, tidak pedih dan mudah meresap ke dalam kulit

HARGA TASNEEM NATUREL BALM

Harga bagi setiap unit Tasneem Naturel balm adalah RM49 bagi Semenanjung Malaysia dan RM52 bagi Sabah dan Sarawak. Berbaloi dan berpatutan kan? Sebab tahan sehingga tiga bulan.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut dan jika korang ingin menempah bolehlah melayari:

TASNEEM NATUREL NETWORK
15-1, Jalan Putra Kajang, Taman Putra Kajang, 43000 Kajang, Selangor

Hotline: 011-20964665(ORDER) / 010-8453469(DAFTAR AGEN&STOKIS)

Okaylah auntie..Medina dah mengantuk. Ibu dah sapu Sleep Time

8 Comments

  1. Memang best balm TS ni, anak² suka guna.

    ReplyDelete
  2. bekasnya dia pun comel2 lahaiiiii

    ReplyDelete
  3. Packaging dia comel sangat. Anak pun suka dan serasi dengan balm ni.

    ReplyDelete
  4. moga serasi untuk medina. ainy pun pakai jugak balm ni dan ainy suka yang sleep time tu. best je. senang nak tidur sekarang. salam kenal ya. ainy follow.

    ReplyDelete
  5. Packagingnya pun nampak sgt menarik.. cute je :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Post a Comment

Previous Post Next Post