Tips Menggayakan Kimono Cardigans

Tips Menggayakan Kimono Cardigans

Hello readers! Buat apa tu? Kali ni syira nak kongsi dengan awak semua mengenai tips menggayakan Kimono Cardigans. Sejak tahun lalu, fenomena cardigans telah mula memeriahkan industri fesyen antarabangsa dan juga amat popular dikalangan penggemar fesyen tempatan. Potongan cardigans ala kimono dan lebar pada bahagian lengan dan boleh dtemui dalam pelbagai corak menarik ini amat selesa dipakai dan sedang 'in'. Kalau syira sendiri, syira menggemari corak tribal dan abstrak. Tak kira tua atau muda, kurus atau gempal, semua wanita boleh tampil bergaya dengan rekaan koleksi kimono cardigans yang comfy dan versatile. Tak tahu macam mana nak menggayakan kimono cardigans? Berikut merupakan beberapa tips untuk para fashionista tampil bergaya dengan koleksi kimono cardigans terkini;



Gayakan bersama seluar slacks dan blouse untuk penampilan smart casual yang ringkas. Ringkas dan tampak menawan mata yang melihat. Penampilan sebegini boleh anda gayakan ke pejabat atau menghadiri majlis-majlis istimewa dan kekal selesa sepanjang hari.



Jika pemakaian jeans dan t-shirt sudah terlalu biasa bagi anda, gayakan kimono cardigans ini sebagai outwear untuk memiliki penampilan yang masi simple tetapi lebih menyerlah. Ini merupakan penampilan hujung minggu yang cukup ideal!



Gemar memakai dress tetapi tidak mahu kelihatan too sexy? Mungkin anda juga boleh menggayakan koleksi kimono cardigans ini menggantikan blazer atau jacket untuk penampilan yang lebih santai dan pada masa yang sama anda masih kelihatan feminine. Stail ini memang sesuai bagi remaja yang bertudung untuk tampil sopan dan bergaya. Just sarung dress labuh dengan kimono cardigan. Mesti cantik kan?



To make it short, kimono cardigans look good in everything. Untuk hujung minggu yang santai or during your lazy days, cukup gayakan kimono cardigans ini dengan apa jua pakaian yang paling selesa dipakai. Kalau korang yang suka holiday di pulau, kimono cardigan memang sesuai sangat digayakan!


2 Comments

  1. tengok orang pakai cantik je.. tapi bila diri sendiri pakai.. alahai.. comot

    ReplyDelete
  2. Model pakai lawa je. Hehe. Cardigan pelengkap gaya :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Post a Comment

Previous Post Next Post