KKM SPOTCHECK POSLAJU?


Assalamualaikum

Kecoh betul sekarang ni isu KKM/Kastam ambush courier Poslaju, Citylink dan sebagainya. Ekoran tu ramai seller online memaki hamun. Termasuk syira pun terkesan dengan apa yg berlaku. Sobs sobs

Sekarang ni bukan soal supplement tu original ke ada lulusan kkm ke tak, yang mana disyaki pun kena jugak. Yg menyedihkan segala kos plastik pos yg dirobek tak ditanggung. Kesian customer yg terima barang rosak. 

Dua kemungkinan je sekarang, sama ada barang kena rampas (kalau tidak menepati syarat) atau barang tu rosak @ hilang. Hilang ni lagi la parah. Putih mata. Bukan nak buruk sangka, tapi kejadian kecurian di kalangan staff poslaju pernah berlaku dan nasib penjual/pengguna tak terbela pun. Kat mana silapnya?

Syira kelu lidah nak berkata. Tapi terus terang sangat tidak bersetuju dgn apa yg berlaku. Menyusahkan ramai pihak. Setakat sekarang customer terima parcel ok lagi. Tak da rosak lg. Hopefully cepat2 la reda. Dah berbulu tgk ambush sana sini.








0 تعليقات

إرسال تعليق

Post a Comment (0)

أحدث أقدم