Kucing haiwan yang bersih..

Assalamualaikum


Nabi Muhammad S.A.W. menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu bukanlah najis. Malah dibolehkan untuk berwudhu' menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap tidak kotor. Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing suci dan tidak tergolong dalam lingkungan najis? Bagaimana Rasullualh tahu pada badan kucing tidak terdapat najis? Sebenarnya pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak sel bakteria. Otot kucing itu juga dapat disesuaikan dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing ditutupi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini bengkok menguncup seperti kikir atau gergaji.
  
Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun cairan yang jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya. Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing dan berbagai perbezaan usia, perbezaan posisi kulit, punggung, bahagian dalam telapak kaki, pelindung mulut, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel dengan usapan. Di samping itu, dilakukan juga penanaman kuman pada bahagian-bahagian khusus.

Hadis Kabsyah binti Ka’b bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah, masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhu. Pada masa itu, datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bejana sampai kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah.” Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Ia menjawab, “Ya.” Lalu, Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan),” (HR At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah)

ni Ryan si lionnn sayaaa. comel dak? k baiiii ;) 






0 تعليقات

إرسال تعليق

Post a Comment (0)

أحدث أقدم