Hi korang! Kalau bercakap mengenai haid sememangnya agak 'taboo' tetapi minda orang ramai sudah semakin terbuka mengenai perkara ini. Sangat penting ye bagi memastikan keselesaan ketika wanita dalam keadaan haid. So, Syira nak cerita sikit pasal Go&Move™ iaitu seluar dalam haid yang memang lain dari yang lain. Rare weh. Bukan seluar dalam biasa tau, ni power sebab boleh serap darah haid terus, berfungsi macam pad tapi lagi selesa dan on-the-go gitu!
Takut Bocor? Lupakan!
Korang, Go&Move™ ni didatangi dengan teknologi Leakproof yang berpaten tau. Ini bermaksud, memang confirm takkan bocor daripada celah jahitan. Nak tidur, duduk, baring kekiri kanan pun, semua okay.
99.9% Anti-Bakteria – Fabrik dia siap lengkap dengan benang antibakteria, yang dijahit terus dalam lapisan penyerap. So, walaupun dah dibasuh banyak kali, still berkesan dan tak berbau.
Senang Cuci, Tak Tinggal Kesan – Kain kalis kesan, sangat cepat kering, dan yang paling best... bau tak menyenangkan tu memang takdak langsung!
Ultra Nipis & Selesa – Menggunakan membran kalis air seperti jaket hiking gunung tau! Nipis gila <0.02mm je. Tak rasa panas langsung walaupun tengah period.
Lapisan dalam warna ungu gelap — bukan saja lembut dan mesra kulit, tapi memudahkan korang tengok bahagian mana yang dah serap dan bersih bila dicuci. Dan disebabkan pemilihan warna ungu tu, kesan darah pun tak nampak sangat. Barulah tak stress nak cuci.
3 Lapisan Hebat!
1. Lapisan Ungu Yang Mesra Kulit – Selesa, serap cepat dan 99% anti-bakteria.
2. Lapisan Penyerapan Zink Ion – Melawan bau yang tak diingini dan bakteria.
3. Lapisan Kalis Air Ultra Nipis – Fabrik breathable, cepat kering, tak rasa macam pakai seluar dalam langsung.
Macam Mana Nak Cuci?
Basuh tangan je korang, tapi... jangan basuh secara kasar. Hahaha Kalau guna mesin basuh pun boleh, tapi better letak dalam beg dobi. Disarankan untuk tidak menggunakan pelembut fabrik, peluntur dan air panas.
Korang jemur je macam biasa. Kalau dijaga dengan rapi, boleh tahan sampai 2 tahun! Tapi Syira suggest tukar setiap 6–12 bulan bagi menjaminkan kebersihan.
Bila Sesuai Pakai?
Haid ringan: Pakai je macam tu. Tak payah tambah apa-apa dah.
Haid berat: Boleh pakai dengan tampon, pad atau cawan haid untuk extra perlindungan.
Hari biasa: Boleh juga guna macam pantyliner untuk kekal selesa sepanjang hari.
Untuk Korang Yang Baru Cuba..
Korang boleh pakai Go&Move™ pada hari flow ringan. Hari flow berat? Combine dengan tampon atau cawan haid sebagai backup kalau ada overflow. Barulah tak risau bocor kan.
Tapi Korang Kena Tahu...
Tak semua orang boleh tukar terus ke Go&Move™ je sepanjang period kan dan itu sangat normal. Trust me, syira pun macam tu juga! Ada yang okay je pakai masa flow heavy, ada yang perlu tukar lebih kerap atau guna dengan produk lain. Ikut keselesaan korang okay!
Start dulu dengan hari flow ringan. Bila dah yakin, baru explore lebih. Syira sendiri suka pakai bila rasa period nak datang. Rasa selesa gila dan tak panas pun!
Jenis Seluar Dalam Haid Go&Move™
Rayon - Kadar serapan: 3–6 pad. Ultra nipis 0.1 cm je! Fabrik daripada rayon dan benang deodoran Jepun. Reka bentuk "arched-bridge" di mana airflow tiptop dan tak lembap! 100% buatan Taiwan yang menjaminkan keselesaan si pemakai.
Seamless - Serapan power seperti 3 pad dan tak nampak langsung bawah baju. Penyerapan terbaik 10ml dekat satu spot dan perfect untuk flow biasa. Dijamin tidak boco dengan teknologi leakproof yang dipatenkan.
Liner - Kadar serapan seperti 6 pantiliner. Fit dia second-skin, tak gatal, tak ketat dan sememangnya mesra kulit. Reka bentuk kalis air, breathable dan super ringan!
Kenapa Korang Perlu Cuba Go&Move™?
Ini pengalaman syira sepanjang menggunakan seluar dalam haid Go&Move™, seluar dalam haid ini antara seluar dalam haid yang paling nipis pernah syira cuba. Confirm tak rasa bulky dan selesa gila. Period syira tak banyak, jadi syira rasa produk ni terutamanya jenis seamless memang sesuai sangat. Sejujurnya, mula-mula tu syira agak ragu-ragu juga… tapi bila dah cuba, memang best! Tak sangka langsung ia boleh jadi selesa macam ni. Syira pakai sepanjang hari, sampai lupa syira tengah period pun!
Fabrik breathable dan ringan, sangat sesuai untuk cuaca di Malaysia yang panas dan lembap. Direka khas dari Taiwan yang sememangkan mementingkan keselesaan wanita di Asia Tenggara. Lagipula bila pakai takkan nampak 'line' pada baju atau seluar. Nak tidur pun selesa tanpa perlu memikirkan bocor, dan paling best rasa fresh bila dengan Go&Move™!
#leakproofbriefs #periodunderwear #periodpanties #GoAndMoveMY
Post a Comment