Lumira @ Eka Heights, Seremban - Linked House Terbaru Untuk Dimiliki

 

Kalau bercerita bab pembelian rumah, semestinya syira menitikberatkan kawasan perumahan yang tenang dan kondusif. Rumah yang memberikan keselesaan sudah tentulah menjadi pilihan utama. Jadi, kalian boleh baca sehingga habis sebab... Syira nak kongsikan kepada kalian mengenai perumahan terbaru iaitu Lumira @ Eka Heights. Cukup menarik untuk dikongsikan dengan pembaca syira kali ini.


Lumira @ Eka Heights merupakan projek perumahan yang dibangunkan oleh Matrix Concepts yang menawarkan perumahan dengan sentuhan moden. Meskipun dikelilingi dengan alam sekitar, Lumira @ Eka Heights sangat mudah diakses kerana berdekatan dengan lebuhraya iaitu North-South Expressway dan KLIA Linkage.

Terletak di Barat Seremban, kalian jangan risau perumahan Lumira @ Eka Heights ini sangat strategik dan menjanjikan kehidupan yang mempunyai kelas tersendiri. Eka Heights ini mengandungi kesemua 10 kawasan rumah berangkai yang merangkumi 3620 buah unit.


Apa Yang Menarik di Lumira @ Eka Heights - Rumah Teres Dua Tingkat?

Bercirikan double storey linked house, Lumira @ Eka Heights berkeluasan 1607 kaki persegi (20' x 70' lot size) di mana mempunyai 4 bilik tidur dan juga 3 bilik mandi. Cukup besar untuk keluarga yang besar. Sememangnya memberikan keselesaan untuk family bonding.



Di Lumira @ Eka Heights juga terdapat Eka Biz iaitu deretan bangunan pejabat dan kedai yang merangkumi kedai, restoran, fasiliti untuk membeli barangan keperluan dan sebagainya. Penghuni Lumira @ Eka Heights juga dapat mengakses kawasan riadah dan membeli-belah yang berdekatan seperti Sendayan MetroPark, Tiara Biz, dan Sendayan Merchant Square.

Menariknya bakal penghuni Lumira juga berpeluang untuk menikmati gaya hidup yang dikelilingi dengan rekreasi di Taman Mageka seluas 15.5 ekar. Terdapat aktiviti riadah yang boleh dilakukan iaitu futsal, bola keranjang, badminton, laluan jalan refleksologi dan banyak lagi. Untuk anak kecil juga disediakan taman permainan.





Eka Heights juga tidak jauh dari mercu tanda dan pelbagai kemudahan gaya hidup. Untuk aktiviti beriadah, ada d’Tempat Country Club yang berorientasikan keluarga terbesar selain X-Park Sendayan juga merupakan tempat hiburan terbesar dengan 34 ekar yang terdiri daripada tarikan menarik, ruang acara dan kemudahan sukan lasak.

Selain itu, hab Pendidikan juga berdekatan seperti SK Sendayan, SMK Bandar Sri Sendayan dan SMK (Felda) Seri Sendayan yang kurang dari 10KM jaraknya. Ibu bapa jangan risau, kalian mudah akses sekolah, dekat sahaja dengan Lumira @ Eka Heights.

Terdapat hab komersial seperti Tiara Biz, Sendayan Metropark dan Suriaman Biz selain Masjid Sri Sendayan, yang menjadi overnight icon di Bandar Seri Sendayan, juga kurang daripada 10km memandu dari Eka Heights. Untungnya penduduk Lumira @ Eka Heights. Semua dah ada.


Dengan sejumlah 193 buah unit Lumira @ Eka Heights, pemaju menawarkan harga bermula daripada RM405,000. Cantik betul Lumira @ Eka Heights ni. Dengan adanya tasik yang menyerupai seperti dek gitar, kalian pasti tidak akan menyesal. Kemudahan juga lengkap dan syira sangat syorkan kepada pelanggan yang mahukan konsep rumah yang terbuka dengan sentuhan gaya hidup moden. Lumira @ Eka Heights adalah pilihan yang tepat!

Sebarang pertanyaan dan info lanjut:

Daftar sekarang https://www.ekaheights.com atau hubungi 1800 88 2688 untuk mengetahui lebih lanjut!

Laman sosial:

Instagram: @matrix_concepts

Facebook: @matrixconceptshomes



#Eka8A #EkaHeights #Lumira #FlexiLivingHomes #HomesofyourDream #EscapetoNature #MagekaPark #MatrixConcepts


10 Comments

  1. Banyak Jugak tempat lepak kan, memang sesuai untuk family.

    ReplyDelete
  2. deck gitar di tasik tu nampak unik sangat lanskap perbandaran di EKA Heights ni

    ReplyDelete
  3. Wow!! Cantik sangat Taman perumahan ni. Rasa MCM aman damai je dapat duduk sini

    ReplyDelete
  4. lawa kan rumah kat sini… berbaloi kalau beli

    ReplyDelete
  5. Best kan rumah macam ni. Ada banyak kemudahan berdekatan. Persekitaran yang cantik dan selesa.

    ReplyDelete
  6. bestnya kalau dapat rumah dekat Lumira ni. cantik jugak hehe

    ReplyDelete
  7. Ada rezeki boleh consider invest satu rumah here kan!

    ReplyDelete
  8. Aduhai. Terpikat la tengok layout rumah ni. Dah la luas, kemudahan banyak dan dekat plak tu.

    ReplyDelete
  9. Pergh! Memang lawa. Tertawan dibuatnya, sukalah lanskap dan design rumah nih.

    ReplyDelete

Post a Comment

Post a Comment

Previous Post Next Post