Syahirah Hydra Soft Hydrating Plus Essence - Rawatan Kulit kering


Assalamualaikum. Lama juga syira tak share dengan pembaca syira mengenai produk skincare dekat blog syira ni. So, syira excited sangat nak kongsikan satu produk keluaran terbaru daripada Syahirah Malaysia iaitu Hydra Soft Hydrating Plus Essence.


Korang mesti pernah dengar pasal perfume keluaran Syahirah Malaysia kan? Tapi Syahirah juga sebenarnya ada keluaran produk penjagaan kulit. Hydra Soft Hydrating Plus Essence ini didatangkan khas dengan isipadu 30ml di mana sangat sesuai untuk travel. Syira dah seminggu lebih menggunakan Hydra Soft Hydrating Plus Essence ini.


Merawat Kulit Kering dan Kurangkan Bintik Hitam


Syira mempunyai masalah kulit kering dan juga mempunyai dark spots. Penat juga nak cari produk yang bersesuaian dengan kulit syira ni. Syira pun saja la cuba Hydra Soft Hydrating Plus Essence ni. Mana tau kan sesuai.. nak tahu sesuai ke tak? Teruskan membaca.


Keistimewaan Hydra Soft Hydrating Plus Essence

100% Penambahbaikkan pada kulit kering dan mengelupas

56%  Membaiki kulit rosak

42% Melegakan kulit yang merengsa


Kebaikan Hydra Soft Hydrating Plus Essence yang lain pula:

- Memperbaiki penampilan kulit untuk lebih gebu dan anjal.

- Membantu mengurangkan masalah kulit apabila kulit terhidrat dengan baik

- Membantu melembapkan kulit dan menyihatkan kulit 

- Melambatkan tanda-tanda penuaan



Kalau korang nak tahu, Hydra Soft Hydrating Plus Essence ini telah diuji secara dermatologi oleh pakar kulit. Yang pastinya selamat kerana bebas paraben, alkohol dan minyak mineral. Diformulasikan daripada jeju green tea, vitamin b5 dan juga asid hyaluronik yang pekat dan senang meresap. 



Penggunaan bahan-bahan ini sangat membantu hidrasi kulit yang lebih baik. Korang yang ada masalah kulit kering, this is for you! Syira suka tekstur Hydra Soft Hydrating Plus Essence ini sebab tak melekit dan senang meresap ke dalam kulit. Terasa ringan di muka.


Cara guna Hydra Soft Hydrating Plus Essence

- sapukan 2-3 titik ke seluruh wajah dan leher selepas kenakan toner



Korang... Kesan Hydra Soft Hydrating Plus Essence ini memang mantap. Dark spots pun dah berkurangan dan kulit syira rasa lebih lembap. Wangi tau Hydra Soft Hydrating Plus Essence ni. Syira rasa macam fresh lepas gunakannya. Anyway, boleh apply juga pelembap untuk kesan yang lebih baik. Selamat mencuba! Info lanjut boleh tengok Instagram Syahirah Malaysia.



0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post