Perumahan Tiara Sendayan : Lebih 2000 Unit Rumah Sudah Terjual

 

Perumahan Tiara Sendayan | Lebih 2000 Unit Rumah Sudah Terjual - Memiliki rumah pertama yang cantik adalah idaman dan juga impian setiap orang. Siapa yang tak nak kan memiliki rumah sendiri. Kalau anda masih muda ambil peluang beli sahaja rumah, jangan tangguh. Sekiranya anda mahukan rumah dengan persekitaran kondusif, perumahan Tiara Sendayan ini wajib dipertimbangkan. Nak tahu lebih lanjut? Teruskan membaca.


Perumahan Tiara Sendayan Khas Bagi Yang Mencari Rumah 'Landed'

Perumahan Tiara Sendayan berlokasikan di Seremban, Negeri Sembilan dilihat sebagai lokasi yang menarik untuk didiami. Kenapa syira cakap strategik? Sebab Tiara Sendayan mudah diakses menerusi Lebuh Raya Utara Selatan, Lebuh Raya Seremban-Port Dickson dan KLIA Linkage. Lagi pula, perumahan Tiara Sendayan di bawah pemaju terkemuka, Matrix Concepts Holdings Bhd. Siapa tak kenal kan? Tiara Sendayan telah berjaya membina dan menyerahkan lebih 2,188 kunci kepada pemilik residensi.

Selain itu, kedudukannya yang terletak berdekatan dengan Bandar Sri Sendayan membolehkan penduduk Tiara Sendayan akses mudah kepada sekolah berhampiran, seperti Sekolah Kebangsaan Sendayan, Sekolah Menengah Kebangsaan Sendayan, Sekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Seri Sendayan yang berada pada jarak tujuh kilometer atau kurang.


Suriaman Biz, Sendayan Merchant Square dan Masjid Sri Sendayan juga antara fasiliti yang boleh diakses dengan 5 minit jika memandu dari Tiara Sendayan. Menariknya, Tiara Sendayan berdekatan  dengan d’Tempat Country Club di mana merupakan pusat hiburan dan santai terbesar di Negeri Sembilan dengan 34 ekar penuh dengan tarikan, event dan ruangan serta kemudahan sukan ekstrim.

Tiara Sendayan bakal melancarkan kawasan perumahan 2 tingkat baharu yang dilengkapi dengan 4 bilik tidur dan juga 3 bilik air dengan keluasan 2,000 kaki persegi. Sememangnya Tiara Sendayan ini bersesuaian untuk didiami oleh keluarga besar yang ingin suasana kediaman yang lebih selesa dan luas. 

Apa yang syira suka dengan Perumahan Tiara Sendayan ini adalah 12 ekar Central Park yang menjadi tarikan untuk residensi di sini. Anda yang sukakan pemandangan tumbuhan hijau, Tiara Sendayan adalah pilihan yang tepat. Dilengkapi dengan tasik yang cantik dan pelbagai fasiliti seperti gelanggang futsal, bola keranjang, gimnasium, trek joging dan banyak lagi. Kawasan juga selamat (secured gated) untuk didiami.

Perumahan Tiara Sendayan juga menjadi tempat tumpuan bagi pencinta makanan tau. Di sini terdapat food bazaar yang merupakan salah satu tarikan penduduk untuk menikmati sarapan pagi atau makan malam. Terdapat banyak pilihan makanan dan minuman yang boleh dinikmati bersama rakan dan keluarga.


Dengan semua kemudahan ini, tidak hairanlah setiap penawaran kediaman di Tiara Sendayan sebelum ini mendapat sambutan hangat dengan kejayaan 13 projek laris dalam tempoh 3 tahun. Juga untuk makluman, Matrix Concepts Holdings Berhad berjaya merangkul pelbagai anugerah berprestij termasuk The Edge Excellent Award 2022 (TEPEA), The Edge Billion Ringgit Club 2022, The Malaysia Developer Awards 2022 (Top 10 for Market Capitalisation of RM 1 Billion and above) dan sebagainya.

Harga yang ditawarkan untuk kediaman terbaru Tiara Sendayan ini bermula pada harga RM538,888. Syira tak hairan kalau perumahan terbaru ini laris dengan fasiliti yang ada terutamanya pembeli daripada golongan M40  berlinkungan usia 30 tahun ke atas. Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman layar ini di https://tiarasendayan.com atau hubungi talian 1-800-88-2688 dan juga boleh mengakses

Instagram: https://www.instagram.com/matrix_concepts

Facebook: https://www.facebook.com/matrixconceptshomes




#TiaraSendayan #ModernHomes #OwnHome #FirstHomeOwner #DreamHome #NewHome #Freehold #LandedProperty #SelfSustainingCity #PropertyforInvestment #PropertyforSale #PropertyMarket #NegeriSembilan #MatrixConcepts



16 Comments

  1. Bestnya dapat rumah di Tiara Sendayan. Luas, selesa dan yang penting, kemudahan cukup

    ReplyDelete
  2. Park die besar facilities pun Banyak, lg2 la dapat masuk free club premium tu

    ReplyDelete
  3. Bagusnyaa dekat dengan kapal terbnag, banyak sekolah, kemudahan semua lengkap. Syok juga kalau dapat beli ni

    ReplyDelete
  4. Kira berbaloi juga dengan harga tu. Rumah luas, banyak kemudahan untuk penduduk

    ReplyDelete
  5. Menarik sbb lokasi dia di Seremban dan byk fasiliti dekat sekitar. Mmg berbaloi kalau beli buat aset atau utk jadikan kediaman keluarga kan!

    ReplyDelete
  6. Cepat betul pembanggunan dekat Tiara sendayan ni. Kawasan yang strategik and banyak kemudahan berhampiran.

    ReplyDelete
  7. Teringin sangat nak ada rumah landed dan ada tanah macam ni best dengan kawasan luas cantik hehehehe nanti dah pencen boleh duduk sini...

    ReplyDelete
  8. Memang berbaloi kalau dapat beli rumah kat sini kan..

    ReplyDelete
  9. pasti sebuah pelaburan masa depan yang amat menguntungkan kerana lokasi yang strategik kan Syira :)

    ReplyDelete
  10. Cantik kawasan dia. Teringin nya nak ada rumag sendiri

    ReplyDelete
  11. patut la ramai beli rumah kat sini, macam2 kemudahan ada

    ReplyDelete
  12. syiera kalau kita berjiran nanti bagi tau ya. kawasan ni memang lengkap serba serbi. harga rumah pun memang on it's par.

    ReplyDelete
  13. lawa-lawa rumahnya kawasan persekitaran pun cantik

    ReplyDelete
  14. Serious Nell tertarik dengan project kat Tiara Sendayan ni bah! Tengok map pun still accessible walaupun Nell work kat KL kan.. boleh consider la when they ada new project launch nanti..

    ReplyDelete

Post a Comment

Post a Comment

Previous Post Next Post