Banyak Pilihan Game Percuma di Website Plays.org


Kadang-kadang bosan juga kalau duduk rumah tapi tak ada benda nak buat kan? Rasanya rata-rata suka kan main game. Macam hobi di masa lapang. Syira pun jika ada masa terluang memang suka main game tak kisahlah sama ada di smartphone atau PC.

Kalau main di smartphone kadang-kadang bateri cepat habis. So nak elakkan perkara ini berlaku, syira layan game percuma online di website Plays.org. Kalau korang nak tau website ini menyediakan game online secara percuma tau.

Rasa teruja betul dengan game di website Plays.org ni. Yelah, dah lama tak layan game online, dah tu free pulak. Teringat masa sekolah dulu, waktu balik sekolah mesti singgah pusat komputer untuk layan game online. Tapi sekarang dah ada website percuma macam ni. Untung budak-budak sekarang tau.

Banyak pilihan game di Plays.org!

Kalau nak tau, website ni menyediakan ratusan pilihan game untuk korang main. Wow banyak gila kan. Jenuh juga syira nak pilih tau. Yang bestnya korang tak payah muat turun dan register. Mudah kan? Kesemua game yang ada bersesuaian dengan semua peringkat umur.

Hanya tunggu dan pilih ja game yang korang nak main. Contoh game yang ada seperti arcade, quiz, football, sport, spelling dan banyak lagi. Banyak weh, jenuh nak pilih yang mana satu. Yang paling syira suka sebab tiada iklan. Haaa.. korang mesti rimas kan kalau keluar iklan semasa main game. Dekat website Plays.org ni tak ada iklan. Bebas main!


3 pilihan syira di website ini

- Marvel's Avengers Hydra Dash Game Online
Kalau nak tau syira memang peminat Marvel tau. So of course lah, syira pilih game ni haha lagi pula syira minat game yang kutip token ni. Rasa macam satu kepuasan tau.

Play this game: DI SINI


- Snake Attack Game
Haaa.. game ni mengimbau kenangan tau. Dulu-dulu masa kecik, syira suka main game ular. Tapi sekarang dah lawa grafik dan lebih menarik. Cara nak main game ni pun senang. Cuma gerakkan ular dan makan buah sebanyak mungkin tanpa berlanggaran dengan ular lain.

Play this game: DI SINI

- Snake and Ladders
Game ini pun sama macam pernah kita semua main masa zaman kecik. Alah.. game dam ular kalau kita panggil dulu. Cara main pun senang, roll dadu dan pastikan kita paling awal sampai ke penghujung. Tapi mencabar tau.

Play this game: DI SINI


Haaa.. apa macam? Best kan? Banyak lagi game yang tersedia tapi syira dah tak larat nak pilih. Haha kadang-kadang main game ni sebab nak hilangkan stress. Korang jangan risau kalau tak tau nak main, ada arahan yang disediakan di website Plays.org Ok tu jer, bye!

1 Comments

Post a Comment

Post a Comment

Previous Post Next Post