Resepi Kek Batik Aiskrim Leleh

Assalamualaikum, rasanya dah lama syira tak kongsikan resepi dekat blog. Yup memang lama pun haha. Tak sempat. So kali ni, syira nak kongsikan resepi mudah dan sedap iaitu kek batik aiskrim leleh.  Ye wak ada aiskrim haha rare sikit. Tapi confirm sedap.


Bahan-bahan:

- setengah Anchor Salted Butter

- 6 sudu susu pekat

- 1 peket biskut marie

- serbuk koko

- aiskrim pilihan

Cara-cara pembuatannya:

- panaskan butter dengan suhu api sederhana kecil sehingga butter cair

- masukkan susu pekat

- masukkan serbuk koko sedikit demi sedikit. Pastikan sentiasa kacau supaya tidak berketul

- masukkan biskut marie yang dipatahkan ke dalam adunan

- matikan api dan kacau adunan sebati

- masukkan adunan kek batik tadi ke dalam bekas dan mampatkan

- setelah selesai, letakkan aiskrim ke atas kek batik tadi sebagai topping

- sejukbekukan di dalam freezer selama beberapa jam

Dah betul-betul keras boleh potong dan siap untuk dihidang. Syira tak gunakan gula ye sebab bagi syira dah cukup manis guna susu pekat. Makan sejuk-sejuk baru sedap tau! Selamat mencuba.

0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post